5 cara Bagaimana AirBnb Menjimatkan Kos Percutian Anda

October 28, 2017
30 Shares

Apabila anda merancang untuk bercuti, yang mana satu bahgian yang menyebabkan kos percutian anda menjadi agak tinggi. Adakah tempat tinggal? Atau kenderaan seperti ticket flight? Atau aktiviti? Mahupun makanan? Selalunya yang kita dengar adalah tempat tinggal dan tiket penerbangan. Sebab itulah lahirnya, AirBnb untuk bantu anda menjimatkan kos percutian anda. Tapi dengan cara bagaimana?



Sebelum ini, saya tidak familiar dengan AirBnb ini sehinggalah suami saya sangat suka buat tempahan menggunakan Airbnb dan menyebabkan percutian kami menjadi semakin jimat dan lebih menarik. AirBnb ini bukan sahaj untuk di luar negara malah di dalam negara Malaysia juga semakin dapat tempat di hati penduduk Malaysia sendiri.

5 Cara Bagaimana AirBnb Menjimatkan Kos Percutian Anda

Lebih Murah Berbanding Hotel

Konsep Airbnb itu sendiri adalah seperti anda menumpang rumah orang. Jika anda menumpang pasti kosnya adalah jauh lebih murah berbanding hotel di tempat destinasi pelancongan anda. Anda boleh pilih sama ada mahu memilih konsep rumah iaitu berkongsi dengan owner/host atau lebih kepada persendirian seperti homestay, guesthouse mahu pun seperti hotel. Pelbagai jenis rumah atau penginapan yang disediakan dalam Airbnb. Seperti kami pergi ke Australia, kami membuat survey jika tinggal di hotel maka kos penginapan sangat mahal tetapi bila kami lihat di website Airbnb, kami mendapat rumah yang berkongsi dengan ibu host, ia jauh lebih murah serta ia seperti tinggal di rumah sendiri. Lagipun, tempat penginapan hanya untuk tidur dan istirehat sahaja kerana seharian kita akan berjalan di luar.

Ruangan FILTER untuk pilih Harga

Di website Airbnb, anda akan lihat terdapat ruangan ‘FILTER’. Di situ, anda boleh set kan harga berapa sewa mengikut bajet yang telah anda tetapkan. Airbnb akan mempamerkan jenis penginapan yang sesuai dengan budget anda. Kami pernah menggunakan Airbnb dan pada masa itu budget penginapan kami agak sedikit tetapi kami tidak sangka dengan budget sedikit, Airbnb dapat berikan penginapan yang agak mewah.

Tuan Rumah Memberi Yang Terbaik

Untuk pengetahuan anda, konsep Airbnb ini adalah seperti yang saya katakan tadi tentang menumpang rumah orang. Maka ada tetamu dan ada owner rumah tersebut. Anda perlu mendapat keizinan tuan rumah untuk masuk atau booking rumah tersebut. Kelebihannya, anda akan dilayan seperti tetamu kerana tuan rumah yang akan melayan anda. Berbanding di hotel, receptionist yang melayan anda dan layanan tersebut tidaklah semesra tuan rumah. Dan tuan rumah akan memberi yang terbaik. Sebagai contoh, semasa kami ke Cappadocia, tuan rumah/host memberi pakej aktiviti ( hot air balloon, green tou package, red tour) di cappadocia yang agak jimat dan murah. Dan ejen yang dihubungi oleh host kami dikira agak bagus dari segi pengurusannya. Kami tidak dapat bayangkan jika kami yang uruskan, tentu dapat harga jauh lebih mahal kerana mereka tahu kita orang luar.

Anda mungkin meminati: Tips melancong di Turki

Sistem Credit

Sistem credit yang dilancarkan oleh Airbnb menyebabkan ramai yang suka untuk menggunakan website ini. Sistem credit ini bermaksud jika anda klik di link ini anda akan peroleh diskaun RM105 dan jika anda perkenalkan Airbnb ini kepada rakan-rakan, anda akan peroleh credit. Dan credit tersebut anda boleh guna untuk buat tempahan for next vacation. Kami pernah menggunakan credit ini untuk membuat tempahan melancong di luar negara, dan yang mengejutkan tempahan penginapan kami 100% percuma. Maka kos pelancongan kami lebih jimat.

Ada FREE Cancellation

Di sini anda boleh pilih untuk free cancellation terms oleh host. Kadang-kadang kita tak boleh nak jangka perkara yang akan berlaku akan datang maka jika anda tiba-tiba terpaksa membatalkan percutian anda atau terpaksa bertukar tempat anda boleh pilih free cancellation terms dari host. Sebelum anda buat booking, lihat dahulu host tersebut menawarkan free cancellation atau tidak. Jika ya, maka anda boleh pilih host tersebut.

SIGN UP AIRBNB Dan Dapatkan RM106 free credit untuk percutian Anda

Dan jika anda mempunyai extra space rumah yang boleh anda beri untuk disewakan atau dikongsi, anda boleh sign up di sini untuk menjadi host Airbnb.
30 Shares




20 Comments

  • SHAFYQAH AZAHAR

    October 29, 2017 at 5:26 am

    first time dengar mengenai airbnb ni, macam best je tawaran yang diberikan

  • Cikcappuccinolatte

    October 29, 2017 at 7:25 am

    Terima kasih atas perkongsian

  • Masturadin

    October 29, 2017 at 12:25 pm

    Menarik ni…

    1. Mama Lisa

      October 30, 2017 at 8:45 am

      thanx mas..

  • Annur

    October 29, 2017 at 12:37 pm

    AS memang tengah kumpul credit airbnb ni.hihi Standby untuk nak bawak anak-anak jalan hujung tahun ni.
    Orang yang ada homestay, elok promote melalui airbnb sebab website diorang ni akan muncul teratas dalam google search. So, boleh meningkatkan potensi penyewa untuk booking homestay kita.

    1. Mama Lisa

      October 30, 2017 at 8:45 am

      yup btol tu as. jom same2 kite kumpul credit boleh melancong secara percuma. hahah

  • Nuha Nawawi

    October 30, 2017 at 1:53 am

    Ye ke, baru tahu ada sistem kredit. Bolehlah kurangkan kos penginapan bila melancong. Terutama yang ada keluarga pasti sistem begini sangat membantu.

    1. Mama Lisa

      October 30, 2017 at 8:44 am

      ya nuha. sgt membantu kami sekeluarga.

  • Qisstiera

    October 30, 2017 at 2:42 am

    Best jugak Airbnb ni walaupun first time dengar kan. Jimat betul ni kalau boleh booking tempat penginapan percuma kan.

    1. Mama Lisa

      October 30, 2017 at 8:43 am

      yup btol, qis boleh sign up di link tersebut utk dptkn free rm106.

  • Dayah my

    October 30, 2017 at 3:52 am

    Betul menarik. First time saya dengar ni. Terima kaish kongsi info

    1. Mama Lisa

      October 30, 2017 at 8:43 am

      u r wcm dayah

  • Kak Su @KakSu

    October 30, 2017 at 5:19 am

    yes, airbnb semakin popular. akak pon suka, tempat tinggal selesa, comfy tak cam duk hotel anak cucu rasa selesa so dorang tak banyak kerenah , harga pon ok kita boleh pilih mengikut bajet dan kesesuaian
    Kak Su – Membantu ibu2 membina bisnes online dari rumah

    1. Mama Lisa

      October 30, 2017 at 8:42 am

      btol tu kak su. heheh

  • Shamiera Osment

    October 30, 2017 at 1:58 pm

    Menarik tu boleh kumpul kredit..boleh la guna juga nnt..

  • devil2teng

    October 31, 2017 at 5:14 am

    airbnb memang best msa saya pergi taiwan,
    host saya tu memang treat kita macam keluarga, belanja makan dinner lagi2 bawa jalan jalan ..
    best experience ever!

  • Bagaimana Saya Bermula Solo travel di usia 22 Tahun? – Blog Mama Lisa

    November 16, 2017 at 11:27 am

    […] Anda mungkin meminati: Airbnb menjimatkan Kos Percutian Anda […]

  • Satu Malam di Weil Hotel, Ipoh – Blog Mama Lisa

    December 25, 2017 at 5:06 am

    […] Anda mungkin meminati: 5 Cara Bagaimana Airbnb Menjimatkan Kos Percutian Anda […]

  • Homestay Morib Banting – Ladylisaa.com

    January 8, 2018 at 10:21 am

    […] Artikel berkaitan: 5 cara Bagaimana Airbnb menjimatkan Kos Percutian Anda […]

  • Part 1: Pengalaman Bercuti di Dubai – Ladylisaa.com

    February 14, 2018 at 2:35 pm

    […] Anda mungkin meminati: 5 Cara Bagaimana Airbnb Menjimatkan Kos Percutian Anda. […]

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Share29
Pin1
+1
30 Shares