Tidak cukup tidur. Banyak kerja rumah yang perlu disiapkan. Karenah anak perlu dilayan. Kebajikan suami perlu dijaga. Keadaan rumah perlu dikawal. Ya semua ini sangat sinonim dengan tugas ibu. Menjadi seorang ibu amat memenatkan. Tapi itulah tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap wanita yang bergelar ibu. Malah bukan itu sahaja, bagi ibu yang bekerja mereka juga perlu seimbangkan dunia kerjaya dan dunia rumah tangga. Bagi ibu yang bekerja di rumah pula, mereka perlu pandai membahagikan masa antara tugas mencari rezki dan tugas seorang ibu dan isteri. Jika ingin disenaraikan tugas ibu, subhanallah terlalu panjang dan tidak cukup 1 muka surat. Tapi tahukah anda wahai ibu bahawa inilah jalan kita untuk ke syurga supaya ia menjadi lebih mudah.
Lisa juga tidak ketinggalan mengalami perkara yang sama, percayalah wahai ibu bahawa anda tidak keseorang melalui semua ini kerana kita semua yang bergelar ibu sedang melaluinya. Adakah ia susah? Adakah ia meletihkan? Ya, memang betul. Sebab itulah, dalam menjalani kehidupan harian ini, pada masa yang sama kita perlu mencari jalan kebahagiaan supaya kita tidak pernah rasa gelaran ibu itu memenatkan malah gelaran ibu itulah membuatkan kita menjadi semakin kuat dan bahagia.
Tapi mengapa kita perlu mencari kebahagiaan sebagai seorang ibu dan wanita?
Kerana ibu yang bahagia dan gembira akan melahirkan anak yang bahagia dan gembira juga. Ia dalam positive environment. Ketahuilah bahawa, anak akan dapat rasakan yang kita sedang tertekan dan dalam mood negative maka mereka juga akan bertindak negative dan membuatkan kita menjadi semakin negative. Sebab itulah, ibu perlu sentiasa positive dan bahagia. Tersenyumlah dan kata pada diri bahawa kita ingin menjadi ibu yang bahagia.
5 Cara Membina Kebahagiaan Sebagai Seorang Ibu dan Wanita
Love And Appreciate Yourself
Siapa lagi yang mahu cintakan diri kita melebihi diri sendiri? Ya, kita perlu mencintai diri sendiri. Eh, ini bukan namanya syok sendiri. Don’t get me wrong.
Kadang-kadang disebabkan kesibukan aktiviti harian kita,membuatkan diri ini lupa mencintai diri kita sendiri. Mencintai diri bermaksud anda memberi sedikit ruang dalam kehidupan untuk menjadi lebih bahagia. Bagaimana untuk mencintai diri? Dengan, memberi penghargaan kepada diri sendiri. Antaranya, anda menghadiahkan sesuatu kepada diri anda sendiri. Mungkin anda suka untuk manjakan diri dengan pergi spa, maka minta izin kepada suami untuk jaga anak dan anda pergilah untuk menghargai diri sendiri. Walaupun ia hanya sejam atau 2 jam sahaja tetapi percayalah bahawa ia memberi ‘refreshment’ pada diri kita. Contoh yang lain, dengan menghargai diri, anda ingin menurunkan berat badan dan tampil lebih langsing maka beri masa pada diri untuk membawa anak ke pusat rekreasi, sambil mereka main anda dapat membuat sedikit senaman ringan. Dan apabila sudah dapat berat ideal, belilah baju yang cantik untuk digayakan. Lisa pasti, sedikit sebanyak ia dapat memberi kebahagiaan pada diri. Jangan lupa, pada hari jadi anda sendiri, hadiahkan pada diri apa yang anda terlalu inginkan dan boleh lihat di sini dan di sini . Jangan sesekali mengharapkan orang lain untuk menghadiahkannya, kerana hadiah dari diri sendiri adalah lebih bermakna.
Sebenarnya, banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menghargai diri sendiri. Oleh itu, anda perlu kenal diri anda dan selami apa yang membuatkan anda menghargai diri sendiri. Mungkin dari segi bentuk material mahupun spritual. Ia bergantung kepada setiap cita rasa anda sebagai seorang ibu.
Bagaimana Kita Melepaskan Letih dan Penat
Menjadi seorang ibu kita tidak boleh lari dari perkataan letih dan penat. Jika kepenatan dan keletihan ini tidak dirawat maka terhasilah mood negative dan tidak bahagia. Maka ibu perlu tahu bagaimana merawatnya. Mungkin dengan cara berehat di depan television, berehat sambil membaca majalah atau bercerita dengan suami tentang kepenatan kita. Mana tahu, si suami boleh menenangkan dan mengurangkan kepenatan kita dengan membantu sedikit sebanyak kerja rumah. Jika tidur itu yang terbaik maka tidurlah wahai ibu bagi megurangkan rasa kepenatan itu.
Stop Being Perfectionist
Kadang-kadang kita sendiri rasa tidak bahagia kerana kita terlalu inginkan yang terbaik dan menjadi sempurna sehingga kita lupa yang sempurna itu adalah milik ALLAH sahaja. Tak salah untuk menjadi yang terbaik tapi yang salahnya apabila diri kita menjadi sangat penat demi yang terbaik. Eh apa sebenarnya maksud menjadi terbaik dan sempurna ni? Biar Lisa bagi contoh yang mudah untuk difahami, jika di dalam konteks household iaitu kerja rumah, kita mahukan kalau boleh 24 jam rumah perlu kemas licin lincau dan tiada apa-apa barang di atas lantai tapi pada masa yang sama kita ada anak yang masih kecil, yang mahukan development diri. Kanak-kanak ini perlukan ruang untuk mereka bermain dan bersepah, dari situ mereka belajar tentang motorskill dan montessori. Jika rumah sentiasa tiada barang permainan dan 24 jam sentiasa kemas, bagaimana anak ini mahu belajar. Tak kanlah setiap saat lepas anak main, kita akan terus kemas walaupun hakikatnya kita adalah orang yang sangat pengemas. Bila kita jadi seperti itu, ia membuatkan kita sendiri menjadi penat dan lesu. Berilah masa anak bermain dan mungkin anda boleh kemas apabila menjelang petang atau malam. Maka jimatlah sudah masa dan tenaga kita. Nampak perkara ini remeh sahaja, tapi tahukah anda bahawa ramai sangat wanita di luar sana menghadapi masalah ‘perfectionist’ iaitu inginkan kesempurnaan.
Carilah Ruang Mendekati Tuhan
Sebenarnya, rasa diri Lisa ni tak layak nak bercerita mengenai perkara ini sebab banyak lagi ibadah yang perlu ditampung dosa yang ada tetapi sebagai ibu dan wanita yang biasa ini, Lisa rasa terpanggil untuk menulis dan menjadi peringatan untuk diri Lisa sendiri. Carilah ruang mendekati Tuhan bukanlah bermaksud hanya solat sahaja, tetapi berikan masa dan ruang pada diri untuk mempelajari ilmu agama,mendengar ceramah serta berzikir mengingati Tuhan. Di television sekarang, banyak rancangan agama yang memberi banyak pesanan dan nasihat untuk kehidupan harian kita,maka ambillah masa untuk mendengar rancangan tersebut. Ada segelintir manusia kata, ‘ala tak payah tengok tv, sebab buang masa saja’. Tetapi sebenarnya TV tidak salah pun, yang salah apabila kita menonton rancangan yang lagha. Lisa tekankan tengok Tv untuk rancangan yang memberi manfaat kepada kita kerana Lisa faham, sebagai ibu dan wanita kadang-kadang kita tidak berkesempatan untuk ke masjid mahupun ke majlis ilmu disebabkan kengkangan masa.
Carilah Tujuan Hidup dan Dekati Impianmu
Bila kita tahu tujuan hidup ini untuk apa maka kita akan rasa lebih bersemangat dan faham tentang aliran hidup ini. Hidup ini cuma sekali sahaja maka gunakanlah ia sebaiknya. Jika tujuan hidup anda ingin menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik maka, anda akan sentiasa ke arah itu. Pada masa yang sama, selamilah impianmu wahai ibu. Pernahkah, ada orang bertanya apa impianmu? Jika tiada siapa, maka tanya pada diri apa impianmu. Senarailah sebanyak mungkin dan cubalah untuk kecapinya supaya anda merasakan hidup anda tidaklah sia-sia.
Happiness is a commitment you must make to yourself every single day. And when you commit it, you show your children how to commit it. They will follow us.
Our children learn from us. Let’s teach them to be happy.
Have a tip on how to create more happiness? Leave the comment below, I feel so happy if we can share it together.
Disclaimer: This opinions and tips are from my own base on reading, experience and watching the video about how to create happiness.
I like this web blog very much so much superb information. https://wikimedia.org.au/noongarwp/Eyelash_Growers_-_Do_They_Really_Work