Blog post

5 jenis Percutian Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Bercuti

January 15, 2018
4 Shares

Penting sangat ke perlu tahu jenis percuti sebelum kita merancang untuk bercuti? Ya, memang wajib tahu tentang jenis percuti ini. Antara sebab kenapa anda perlu tahu 5 jenis percutian ini adalah anda boleh decide cara pakaian untuk dipakai, cara perjalanan sepanjang percutian tersebut, jenis tempat tinggal, aturan makan dan minum, tempat yang bakal dituju dan sebagainya.



Lisa akan explain more details about this reason dalam setiap jenis percutian ini. Selalunya, sebelum Lisa decide untuk jenis percutian ini, Lisa dan husband akan decide tempat atau destinasi bercuti terlebih dahulu kemudian baru kami decide jenis percutian yang mana sesuai untuk destinasi tersebut. Dan untuk pengetahuan anda, Lisa lebih suka merancang percutian 3 hingga 5 bulan sebelum supaya kita dapat prepare dari segi itinerary, transport, accomodation and etc. Tambahan pula, percutian yang melibatkan flight ticket sebab selalunya harga atau promosi diberi adalah 3 hingga 6 bulan sebelum tarikh penerbangan. Tapi jika anda jenis yang tidak tengok price tag, then you can plan one month before is also convenient to plan your holiday.

 

5 Jenis Percutian Yang Perlu Anda Tahu

Percutian Santai dan Tenang

Percutian santai dan tenang lebih sinonim untuk mereka yang ingin pergi honeymoon atau menyambut anniversary perkahwinan. Kerana percutian ini untuk pasangan yang ingin kembalikan memori atau saat-saat zaman mereka bercinta. Frankly speaking, Lisa rasa jenis percutian ini perlu dilakukan setiapa pasangan dan setiap tahun supaya cinta suami isteri kembali mekar. Dengan kesibukan masing-masing, kadang-kadang kita lupa tentang cinta kita. Oppsss…sorry i am not Doctor Cinta. Normally, percutian jenis santai dan tenang ni cukup untuk 2 atau 3 hari sahaja. Mengikut pengalaman Lisa, waktu kami honeymoon kami hanya tempat chalet dan hanya 3 hari 2 malam sahaja. Percutian kami sangat santai. Hanya berjalan di tepi pantai, hirup udara segar, menikmati keindahan alam dan paling seronok pakej yang disediakan adalah termasuk buffet. Percutian jenis ini boleh dikatakan sebagai refresh our mood.

Percutian Secara Luxury

Percutian ini lebih kurang dengan percutian di atas iaitu percutian jenis santai dan tenang tetapi percutian secara luxury atau mewah ini lebih besar skop destinasinya serta konsepnya juga lebih besar. Maksud Lisa di sini, percutian secara luxury ini bukan setakat hanya di pantai atau di pulau sahaja( contohnya di Boracay, Maldives tetapi bercuti di destinasi seperti Italy, Dubai, Paris mahupun di Kota London juga anda boleh bercuti secara luxury. Kerana destinasi tersebut sudah tentu terkenal dengan barangan mewah dan jenama terkenal di sana. Jika anda sudah decide untuk bercuti secara luxury, anda boleh memilih accomodation yang mewah iaitu taraf 5 bintang contohnya anda decide ingin bercuti di Paris, antara hotel 5 bintang di sana ialah Hotel Intercontinental, Hotel Fraser Suites, Hotel Renaissance. Hotel-hotel ini kebanyakannya untuk satu malam adalah Rm1500 ke atas dan harga bergantung kepada permintaan dan musim. Service yang disediakan pasti tidak mengecewakan malah anda tentu ingin menginap kembali di sana. Klik di sini untuk booking hotel.

Percutian Secara Berkumpulan Mengikut Agensi Pelancongan

Kebiasaannya, percutian secara berkumpulan mengikut agensi pelancongan, anda perlu membuat booking 4 hingga 6 bulan sebelum tarikh percutian tersebut. Kerana jika anda lambat membuat booking untuk tarikh tersebut, mungkin ia akan fully booked. Jadinya anda akan terlepas dengan tarikh tersebut. Percutian jenis ini, anda hanya perlu bayar sahaja mengikut harga pakej yang disediakan antaranya full board, half board, ground package and free and easy package. Maksud pakej ini anda boleh rujuk dengan agensi yang anda pilih. Mengikut pengalaman Lisa apabila sertai percutian secara berkumpulan dengan agensi pelancongan, percutian kita sangat mudah dan tak perlu nak fikir banyak. Hanya ikut sahaja itinerary yang telah disediakan dan anda juga dapat berkenalan dengan ahli kumpulan yang lain.

Percutian Bersama Keluarga

Percutian ini bergantung kepada bilangan ahli keluarga yang telah anda decide untuk pergi bercuti bersama. Anda juga perlu mengambil kira dari segi soal kesihatan ibu bapa atau orang tua yang mengikuti percutian tersebut dan termasuklah kanak-kanak. Percutian ini dikira sebagai percutian santai tetapi ia lebih aktif untuk kita explore destinasi percutian tersebut. Dan anda pelu pilih siapa yang bakal ketuai percutian tersebut supaya tiada percanggahan idea berlaku. Dari segi accomodation, disarankan anda boleh memilih website Airbnb untuk membuat tempahan kerana ia berkonsepkan penginapan kekeluargaan. Contohnya, Lisa dan suami bawa keluarga pergi bercuti kami telah membuat booking penginapan menggunakan Airbnb dan kami melilih Villa sebagai tempat bercuti. Percutian tersebut agak jimat berbanding jika kita memilih bilik hotel. Klik di sini untuk membuat tempahan Airbnb.

Percutian Secara Backpackers

Percutian ini merupakan percutian kegemaran Lisa, sebab utamanya adalah ia sangat jimat dan anda boleh merancang sendiri itinerary percutian. Anda juga boleh memilih jenis penginapan, jenis pengangkutan serta destinasi yang ingin dituju. Risiko bagi percutian jenis ini adalah anda akan menghadapi sebarang kemungkinana kerana anda tidak biasa dengan destinasi tersebut serta culture mereka. Maka try and error and learn akan berlaku. Percutian ini ada yang dilakukan secara individu, berkumpulan iaitu dengan rakan-rakan atau sedara serta keluarga kecil. Anda sendiri boleh memilih ahli backpackers. Untuk pengetahuan anda, di facebook group Malaysia ada menyediakan group untuk mereka yang ingin backpackers secara buddy. Klik di sini untuk sertai Backpackers Buddy Malaysia.

 

This difference type of holiday is base on my own experience and through my reading, If this article is really help you to determine for your holiday type, kindly share this article with your friend.  This year, let’s focus on more joy, less stress, more love, more fun. Happy holiday guys!!

 

4 Shares




2 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Share3
Pin1
+1
4 Shares