5 Tempat Makanan Halal di Singapore Yang Sedap

June 7, 2022

Apabila datang ke Singapore, salah satu perkara yang kita akan fikir adalah di mana tempat makanan halal di Singapore ini kerana Singapore merupakan bukan negara Islam walaupun penduduknya ada terdiri daripada muslim. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak tempat makanan halal yang sedap di Singapore dan harganya juga berpatutan. Sejujurnya, sebelum Lisa tinggal di Singapore, Lisa fikir nak cari makanan halal di sini agak susah tetapi sebenarnya ia sangat mudah untuk dapatkan makanan halal di sini.



Sebelum anda masuk ke sesebuah restoran di Singapore pastikan anda mencari logo halal seperti di bawah. Kemudian barulah anda boleh mula memesan makanan.

Jom Lisa share 5 tempat makanan halal di Singapore yang sedap dan harganya juga berbaloi.

Lau Pa Sat

Lau Pa Sat terletak di jalan Raffles Quay, iaitu tidak jauh dengan Merlion Park( Arca Kepala Singa Badan Ikan). Jika berjalan kaki, ia hanya ambil masa 12 minit sahaja. Bangunan Lau Pa Sat ini sangat unik dan ia adalah salah stau bangunan bersejarah ketika zaman dahulu. Di tengah-tengahnya terdapat jam besar. Di sini, mempunyai lebih daripada 10 kedai makanan yang menjual makanan halal. Tidak sah jika anda datang ke sini tidak merasai sate tepi jalan yang terletak betul-betul di tepi Lau Pa Sat ini. Ia mula dijual pada pukul 7 malam. Sangat meriah suasana di sini, tidak kisahlah pada hari bekerja mahupun hari cuti.

Sate sedap yang dijual di tepi Lau Pa Sat.

Selain itu, terdapat juga makanan masakan panas seperti mee goreng, kue teow kung fu, tomyam, sup ayam dan sebagainya. Range harga dalam 5sgd-10sgd untuk 1 menu bagi seorang makan.

Artikel Berkaitan: 7 Tempat Menarik Dilawati Di Singapore

Pasar Geylang Serai

Jika ditanya kepada muslim di Singapore, di mana tempat makanan halal yang mempunyai pelbagai jenis masakan dan menjual pelbagai bahan makanan halal, sudah tentu jawapan daripada mereka adalah Pasar Geylang Serai. Selalunya Lisa dan keluarga akan datang ke sini pada awal pagi hujung minggu kerana untuk membeli barang masakan dan selepas itu kami akan bersarapan di tingkat atas. Jangan risau semua kedai makanan di sini adalah halal.

Jika anda sempat singgah di Pasar Geylang ini, jangan lupa cuba nasi padang mereka serta lontong singapore. Ia sangat sedap. Anda akan dapat lihat betapa ramai rupanya orang muslim di Singapore ini. Yang datang ke sini termasuklah Melayu, Indonesian, cina muslim dan sebagainya lagi.

Mereka ini sangat peramah. Oh ya! Konsep restoran di Singapore, selepas makan anda perlu letak kembali pinggan mangkuk dan cawan di tempat yang disediakan. Jangan tinggal begitu sahaja di atas meja. Ia merupakan satu kesalahan.

Rasa Rasa Singapore

Terdapat banyak cawangan bagi restoran Rasa Rasa Singapore ini antaranya di Yinshun, Sengkang, Pasir Ris dan Teck Whye. Lebih daripa 50 jenis makanan halal yang dijual di restoran ini termasuklah makanan Chinese Muslim, Western, Indian food, dessert, goreng pisang cheese, dan sebagainya lagi.

Rasa Rasa Singapore ini juga menggunakan perkhidmatan robot untuk menyediakan makanan kepada pelanggan. Staffnya yang baik dan peramah membuatkan kami selesa datang ke sini. Restoran ini juga mempunyai rekod kebersihan yang bagus dan ia terletak di tempat yang strategik.

Klook.com

Encik Tan CompassOne Mall

Restoran Encik Tan antara restoran yang terkenal menjual makanan cina yang halal antara makanannya yang paling terkenal adalah mee wanton, sup dim sum dan nasi kuah kari. Terdapat lebih daripada 5 cawangan restoran Encik Tan di seluruh Singapore ini tetapi di CompassOne Mall adalah antara yang besar dan seperti foodcourt. Range makanan yang dijual lebih banyak.

Anak-anak Lisa paling gemar makan mee wanton Encik Tan, sebabnya ia sangat sedap dan kanak-kanak memang sukakan mee/noodle nipis. Manakal Lisa dan suami suka dengan sup wanton.

Cara bayarannya hanya ada 2 sahaja sama ada dengan menggunakan cash atau pun Shopee Pay.

Arab Street

Selain Pasar Geylang, Arab Street juga merupakan tempat di mana orang muslim berkumpul. Di sini merupakan syurga buat mereka untuk dapatkan makanan halal, shopping barangan muslim dan sebagainya. Terdapat deretan makanan halal antaranya makanan Arab Timur Tengah, Makanan Mamak, makanan thailand, makanan asli melayu dan sebagainya lagi.

Di sini juga terkenal dengan murtabak Singapore di mana terdapat pelbagai saiz, iaitu kecil, sederhana dan besar. Kebiasannya pelanggan akan memesan saiz yang besar kerana ia sedap dan tidak cukup bagi saiz kecil mahupun sederhana.

Teh Tarik di sini juga antara salah satu penarik utama pengunjung apabila datang ke sini. Selain itu, ada beberapa cafe yang menjual dessert halal yang sedap dan harganya berbaloi.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi idea kepada anda untuk dapatkan makanan halal di Singapore yang sedap. Jangan lupa kongsikan artikel ini di mesia sosial anda.




Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post