Beauty Products

5 Tips Beli Produk Kosmetik di Lazada

3 Shares

Tahun 2018 ni kita dapat lihat produk kosmetik semakin banyak di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Lisa pasti sebagai seorang wanita tentu kita akan rambang mata dan ingin mencuba produk yang berada di pasaran dan menjadi viral di media sosial. Di samping itu, tentu ada rakan-rakan yang recommend untuk membeli produk kosmetik berdasarkan pengalaman mereka memakai produk tersebut. Lisa pun tak boleh lari daripada perasaan ingin mencuba produk kosmetik dipasaran tetapi Lisa ni jenis setia pada yang satu contohnya dari sekolah menengah mak suruh Lisa pakai pencuci muka brand Clean & Clear dan selama 5 tahun Lisa pakai brand yang sama sahaja sehinggalah Lisa diperkenalkan dengan rakan mengenai produk penjagaan wajah dari Herbalife. Lisa tertarik dengan produk penjagaan muka Herbalife sebab ia adalah Paraben Free dan Dhermatology Tested.



Sama juga dengan produk kosmetik, dari dulu Lisa suka Siti Nurhaliza sebab dia sangat cantik dan suara pun sedap. Waktu Dato Siti Nurhaliza tengah popular, beliau menjadi duta untuk produk kosmetik jenama Maybelline. Sejak itu Lisa tertarik dengan produk Maybelline.

Pada bulan lepas, Lazada ada buat jualan sempena Online Revolution dan Lisa tengok produk kosmetik jenama Maybelline juga terdapat di Lazada dan harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah dari harga biasa iaitu harga promosi. Jadinya, Lisa terus ambil peluang untuk membeli secara online di website Lazada. Lisa sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan dari pihak Lazada serta pihak penjual. Barang sampai di rumah tepat mengikut jadual yang ditetapkan serta ia dalam keadaan yang selamat sampai.

Kebanyakan produk kosmetik yang berada di website Lazada adalah produk yang dijual di drugstore seperti jenama Silkygirl, Maybelline dan beberapa produk lagi. Dan anda juga berpeluang membeli high end product di Lazada cumanya anda perlu mengikut tips di bawah supaya tidak tersalah beli dengan produk kosmetik tiruan seperti yang berada dipasaran.

5 Tips Beli Produk Kosmetik di Lazada

1. Pastikan anda membeli di Official Stores dan bukannya dari pembekal yang hanya menggunakan nama kedai semata-mata. Contohnya Lisa membeli produk Maybelline di Official Stores iaitu dari pembekal rasminya. Boleh lihat di bawah.

lazada malaysia

Lihat bulatan merah yang bertulis Official Store dan logo rasmi tersebut.

 

Jika anda perasan, ada beberapa produk kosmetik yang dijual di Lazada hanya menggunakan nama kedai atau nama syarikat sahaja. Maka, lebih dipercayai untuk membeli produk kosmetik di official store.

2 . Lihat review di bawah produk kosmetik jenama yang ingin anda ingin beli. Lisa lebih percaya dengan review yang diberikan oleh pengguna kerana ia seperti benchmark untuk kita pilih produk kosmetik tersebut bagus atau tidak untuk kita. Pengguna akan bercakap berdasarkan pengalaman sebenar mereka. Sebab itulah review sangat penting sebelum membeli sesuatu produk kosmetik.

3. Setelah anda klik di bahagian Category, akan keluar pelbagai jenis produk yang ingin anda pilih berdasarkan category tersebut. Anda lihat di bahagian kiri sekali dan anda akan nampak filter sebaris ke bawah. Maka anda boleh pilih mengikut pilihan seperti anda mahu produk ksometik yang hanya dari Korea sahaja atau hanya dari America sahaja. Maka produk kosmetik dari China atau dari negara lain tidak akan appear dalam senarai pilihan produk kosmetik yang anda ingin beli. Pelbagai filter yang disediakan oleh Lazada untuk memudahkan anda membeli produk kosmetik pilihan anda.

lazada malaysia

4.  Selalunya apa yang terlintas dalam fikiran pembeli adakah produk kosmetik di Lazada original atau tidak tambahan pula high end product. Sebenarnya anda boleh bandingkan harga yang dijual di website rasmi mereka dengan harga di Lazada. Jika perbezaan terlalu ketara, berkemungkinan ia adalah produk tiruan. Jangan lupa lihat pembekal atau penjualnya dari siapa, seperti yang telah diterangkan di nombor 1. Anda juga boleh lihat di ruangan memilih category terdapat Top Beauty Brand tetapi ia tidak sebanyak Sephora.

5. Pastikan code produk kosmetik yang ingin anda beli di Lazada adalah betul kerana selalunya produk kosmetik mempunyai banyak jenis kod warna, kod jenis bahan dan sebagainya. Jika anda tersalah beli kod produk kosmetik tersebut maka anda tidak boleh memulangkannya kembali kecuali ada terma dan syarat yang membolehkan anda pulangkan kembali kepada penjual.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa kongsikan artikel ini untuk panduan rakan-rakan anda yang suka beli produk kosmetik di Lazada.

Jika anda mahu membeli produk kosmetik di Lazada, sila klik di link ini. Dan anda berpeluang mendapat diskaun sempena Tahun Baru cina 2018. Promosi akan tamat pada 31 january 2018.

 

3 Shares




Lady lisaa

I'm Lisa, a stay-at-home mom turned to mompreneur. I'm also a blogger and freelance writer. I love sharing about my travel experience with my kids and husband by backpacking around the world. I'm also love sharing with mommies about how to make money from home.

You may also like...

33 Comments

  1. Hai Lisa ? Nice blog!!

  2. Sekarang juga nak cuci mata..

    1. Lady lisa says:

      hehhe…

  3. Terima kasih atas perkongsian maklumat. Sebab akak tak pernah membeli make up di online.

    1. Lady lisa says:

      u r wcm kak mah.

  4. nak pernah lagi beli mekap secara online..tq for the tips ya

    1. Lady lisa says:

      u r wcm

  5. saya adalah pembeli tegar online boleh dikatakan saya sgt suka guna platform lazada utk beli barang keperluan. akn di terjah kejap lagi. thanks utk info berguna tu yer

    1. Lady lisa says:

      you are welcome.

  6. emi x pernah pun beli kosmetik kay lazada. tak berani. takut yg tiruan punya. yela, kat lazada kan lain2 seller. lazada tu just platform utk beli brg je. brg nya dtg dari seller yg berbeza. mana tau ada seller x jujur.

    1. Lady lisa says:

      btul sebab tu kena beli di official store,

  7. sekarang ni mmg ada jual bnyk produk… ada bnyk kualiti dan jenis… kadang-kadang murah boleh bagi kualiti yang elok.. cuma kena pandai pilih…

    tak dinafikan kebnyakkan yang berkualiti harga nya mmg sedikit mahal…

    1. Lady lisa says:

      aah btul tu aimi. lisa setuju.

  8. hai lisa. aida terjah entry ni 🙂
    tq for sharing. aida ni jarang beli make up online.
    sebab faktor2 takut tertipu lah tau.
    yes. skang ni byk make up atau kosmetik yg fake. seram!
    nanti pakai, abis muka 🙁 aduhai…

    1. Lady lisa says:

      thanks aida. betul tu, sbb tu lisa lebih suka beli kat official store. dan trusted brand berbanding produk yg tgh byk di pasaran skrg.

  9. Takut jugak erk nak beli produk2 kosmetik online nie. Takot kena tipu x genuine.

    1. Lady lisa says:

      btol tu, sbb tu kena tau tips ni.

  10. Thanks for the tips, I’ve always shop at lazada but never for cosmetics because I’m afraid of the authenticity. Now I can visit those with official stores.

    1. Lady lisa says:

      yup, official store more trusted.

  11. Tips ni mmg patut semua tahu especially wanita yg slalu tertarik dgn produk2 kosmetik.. perkongsian yg bermanfaat sebagai peringatan.

    1. Lady lisa says:

      betul tu, trima kasih.

  12. Setakat ni tak pernah lagi beli make up di Lazada, biasa shopping barang-barang gadget je.. apapun, tq for the tips. Nanti boleh refer kalau nak beli make up pulak

    1. Lady lisa says:

      u r wcm

  13. Pernah beli sekali dari lazada..mommy beli mascara.. mommy biasa kalau nak beli online pon selepas pernah cuba sendiri(beli secara offline), kemudian belian kedua baru secara online.. takut dapat produk xkena dengan jiwa sebab tak tengok sendiri..hehe.. anyway mommy pon akan jenguk juga kedai yang menjual tu kalau bukan produk mekap pon.. thanks sharing!

    1. Lady lisa says:

      betol sy pon sama, bila dh tau kualitinya baru berani nk beli secara online, kalau tak takut jgk nk beli.

  14. Thanks kongsi tips menarik ni. Mmg terbaik beli produk dari official store.

    1. Lady lisa says:

      sama2 huda.

  15. Jarang beli online sebab selalu dapat barang yang tak puas hati. Hmmm. Btw, bagus tips ni. Lepas ni mesti nak pastikan official store baru yakin sikit denagn produk tu.

  16. good info untuk pembeli online. walaupun kita x beli make up tp kena tau mana tau satu hari nanti nk beli make up kt isteri ke kan eh

  17. thanks for the tips, they are all very useful

    1. Lady lisa says:

      u r wcm 🙂

  18. Ada juga beli barangan makeup dekat Lazada baguslah info ni boleh bantu pembeli yg tak tahu nak semak siapa penjualnya.

  19. Appreciate this post. Let me try it out.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *