5 Website untuk Booking Hotel Murah

Bila anda sudah decide untuk pergi bercuti bersama keluarga mahupun dengan rakan-rakan, perkara pertama yang perlu anda pilih adalah transportation. Jika anda mahu bercuti ke luar negara, tiket flight adalah nombor satu yag perlu anda beli. Perkara kedua adalah booking hotel atau tempat tinggal di tempat percutian yang telah anda pilih.



 

Jika anda ada saudara mara di sana sebagai contoh anda mahu ke Australia, maka tiada masalah untuk tempat tinggal kerana anda boleh tumpang di rumah mereka. Tetapi jika tiada, anda tentu mencari-cari hotel yang selesa dan berbaloi untuk anda menginap.

Di sini, Lisa nak berkongsi dengan anda 5 website untuk booking hotel murah yang biasa dan pernah Lisa guna sepanjang Lisa pergi bercuti dengan keluarga dan secara backpackers.

Airbnb

Konsep Airbnb lebih kepada tuan rumah dan pelanggan. Apabila anda masuk ke website Airbnb dan membuat tempahan hotel, anda perlu mendapatakan approval dari tuan rumah. Tapi ada juga tuan rumah yang secara automatik approve dengan tempahan anda. Dari segi harga Airbnb lebih jauh murah berbanding hotel dan chalet. Pelbagai konsep yang diketengahkan dalam Airbnb sebagai contoh ada konsep yang seperti anda tinggal satu rumah dengan tuan rumah, ada juga konsep satu rumah tu memang anda boleh gunakan dan ada juga seperti konsep hotel. Terpulang kepada pilihan anda dan mengikut tempat bercuti.

Pengalaman Lisa menggunakan Airbnb semasa ke Perth Australia memang seronok sebab tuan rumah sangat peramah. Beliau siap beri tips melancong di Perth. Kami menggunakan Airbnb sebab di Perth harga hotel agak mahal dan tempat host kami sangat dekat dengan bandar. Kemudahan awam juga mudah dapat. Lisa ke Perth secara backpackers bersama suami dan anak.

Anda akan dapat diskaun Rm107 klik di link ini Register Airbnb

Agoda.com

Agoda.com merupakan antara pilihan utama Lisa untuk booking hotel yang murah dan berbaloi. Ia dapat membandingkan harga hotel dan tempat penginapan mengikut range harga, rate hotel tersebut serta anda boleh lihat rating hotel tersebut diberikan oleh beberapa golongan.

Contohnya anda pergi bercuti bersama anak kecil maka anda boleh lihat the best rating yang diberikan oleh mereka yang membawa anak kecil sesuai tinggal di hotel yang mana. Ini sangat membantu anda untuk memudahkan tempat penginapan yang sesuai dengan situasi anda. Agoda.com juga ada insider deal. Bermaksud jika anda log in sebagai member, anda akan dapar harga yang berbeza dengan mereka yang tidak register.

 

Ikut pengalaman, Lisa dah menggunakan agoda.com sudah banyak kali. Antara destinasi yang Lisa menggunakan agoda.com untuk membuat booking hotel adalah di Indonesia, Krabi , Malaysia dan Kota Kinabalu, Sabah. Memang tidak menghampakan. Memberi pengalaman yang seronok tinggal di hotel yang di recommend oleh agoda.com.

Booking.com

Booking.com merupakan salah satu website yang membandingkan harga hotel yang murah dan mengikut rating dari satu bintang sehinggalah 5 bintang. Dalam booking.com , anda juga boleh menempah restoran yang menampilkan makanan tradisional di tempat percutian anda. Selain itu, booking.com juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Anda boleh buat tempahan percutian dalam satu website sahaja.

Trivago.com

Ramai yang sudah mengenali dengan website ini kerana pemasarannya berleluasa dalam station televisyen dan ia terkenal dengan tag line bandingkan harga hotel murah. Ingat hotel, ingat trivago. Website trivago.com sebenarnya adalah search engine di mana ia menunjukkan perbezaan harga antara website-website booking bilik hotel. Jika anda rasa susah untuk buka satu satu website maka trivago.com menunjukkan kesemua website dalam satu search engine . So, mudah untuk anda pilih hotel yang anda inginkan mengikut budget dan pilihan anda.

Expedia.com

Edxpedia.com adalah salah satu pilihan Lisa untuk booking hotel. Yang bestnya expedia.com, jika anda tempah secara kombo maksudnya booking tiket flight sekali hotel harga dapat lebih murah dan berbaloi berbanding anda booking untuk hotel sahaja atau untuk tiket flight sahaja.

Tips membuat booking hotel murah dan berbaloi:

Kumpul point

Jika anda ingin dapat harga lebih murah dan berpeluang mendapat booking hotel secara percuma bila anda kumpul point dalam website tersebut. Contohnya Airbnb, jika anda kenalkan website tersebut kepada rakan-rakan, anda akan dapat point dan point tersebut membolehkan anda untuk dapat potongan harga. Lisa pernah dapat booking hotel secara percuma dengan Agoda.com sebab point agoda.com dah cukup untuk kami redeem point.

Bandingkan harga dalam website tersebut

Lisa suka buka kelima-lima website tersebut dan pilih satu atau dua hotel betul-betul berkenan. Dan cuba bandingkan harga di antara kelima-lima tersebut. Kadang-kadang ada juga hotel terdapat dalam agoda.com tetapi tiada dalam booking.com. So korang kena rajin buat research sikit berkenaan harga bilik hotel.

Booking hotel bukan pada masa peak time

Maksudnya, kalau boleh jika anda menitik beratkan soal harga dan percutian budget, maka Lisa sarankan korang booking hotel pada masa bukan  musim perayaan mahupun cuti sekolah. Sebab masa itu, harga hotel agak tinggi.

Rasanya itu sahaja perkongsian Lisa dalam entry booking hotel murah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda pembaca. Jika anda ada website yang lagi best dan dapat harga yang berbaloi boleh share di komen ini.

 




17 thoughts on “5 Website untuk Booking Hotel Murah”

  1. Airbnb tu femes dlm kalangan backpackers. lepasni kalau nk gi mana2 boleh rujuk website tu, harap2 dapat jumpa yg murah tapi entah bila entah nk pergi melancong lagi huhu

  2. cara utk perkenalkan pd member website tersebut kena mention our nickname atau ada kod utk dapatkan point? interrsting boleh selalu ajak kawan2.. tq for sharing dear

  3. Rasanya cukup lah pakai Trivago sebab laman web tu sendiri dah gabungkan 200 website dan apps hotel untuk cari yang termurah tak akan ada lagi laman web lain yang boleh lagi murah hurrmmmmm… Pandangan sahaja..

  4. Pingback: Part 1: Pengalaman Bercuti di Cappadocia, Turki - Blog Mama Lisa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top