6 Idea Trend Baju Raya Tahun 2022

April 15, 2022

Ada yang dah beli baju raya untuk tahun 2022? Lisa baru-baru ni ada tanya dalam instagram Lisa, siapa yang dah beli baju raya, rata-rata ramai yang belum beli lagi baju raya untuk tahun 2022, maklumlah dah 2 tahun kita tak merasa kemeriahan suasana hari raya, dan raya tahun ini InsyaALLAH akan disambut penuh kesyukuran dan kemeriahan maka fikiran ni tiba-tiba jadi blur, tak tahu nak pilih baju raya mana yang sesuai dan cantik untuk dipakai di pagi raya.



Bagi anda yang masih belum beli baju raya, Lisa nak kongsikan 6 Idea Trend Baju Raya Tahun 2022 yang menjadi tarikan utama buat para wanita sekalian. Sudah tentu kita sebagai wanita mahu tampil menarik dan kemas di pagi hari raya.

  1. Baju Kebaya Labuh

Dengan menggayakan baju kebaya labuh menampakkan anda lebih ayu dan sopan. Di samping ia seperti mengimbau kembali pada zaman dahulu di mana baju kebaya labuh ramai yang memakainya oleh masyarakat Riau. Jika anda rasa di bahagian depan baju kosong, boleh tambah dengan kerongsang besar atau rantai labuh. Tampak lebih menarik.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak pilihan kebaya labuh.

2. Abaya

Dulu Abaya hanya terkenal di negara Timur Tengah sahaja sehinggalah ada beberapa peniaga cuba membawa masuk fashion abaya ke negara belah Asia termasuklah Malaysia. Tanpa disangka-sangka kini, Abaya merupakan salah satu baju raya yang sangat menjadi rebutan ramai. Mungkin kerana ia nampak mudah dipakai tetapi eksklusif apabila si pemakai menggayakan abaya beserta shawl di kepala.

Terdapat banyak jenis warna yang ditawarkan oleh peniaga abaya, bukan seperti dahulu iaiatu hanya warna hitam sahaja.

Klik di link ini untuk melihat abaya eksklusif.

3. Baju Kurung Moden

Baju kurung moden juga tidak ketinggalan mendapat tempat di hati wanita untuk trend baju raya tahun 2022. Bagi mereka yang mempunyai bentuk badan yang kecil dan tinggi, baju kurung moden ini sangat sesuai dipakai dan nampak anda lebih langsing dari biasa. Tambahan pula, baju kurung moden yang bercorak atau printed merupakan trend sekarang.

Boleh klik di link ini untuk pembelian.

4. Baju Kurung

Baju kurung untuk tahun 2022, banyak peniaga dan designer mengubah sedikit design baju kurung. Ia bukanlah lagi straight cut tetapi telah dimodenkan dengan bentuk baju tersebut di bahagian hadapannya, sisi dan jenis lengan. Contohnya seperti gambar di sebelah, design baju kurung ini, di hadapannya dipotong seperti bentuk bulan. Menampakkan si pemakai lebih tinggi dan langsing.

Boleh klik di link ini.

5. Dress labuh

Terdapat banyak Instagram Shop yang menjual dress labuh ini dan apabila penjual mula membuat pengunguman tentang dress bakal dilancarkan, tidak lama kemudian ia sudah habis dijual. Ini menunjukkan bahawa, wanita kini lebih suka pakai dress labuh seperti gambar di sebelah di mana yang sangat senang dipakai tetapi kecantikan terserlah. Tidak kurang juga dress labuh yang bercorak dan mempunyai sedikit perbezaan dari segi design dan potongan dress labuh ini.

Klik di link ini untuk melihat pelbagi jenis dress labuh yang ada di pasaran.

6. Kurung Kaftan

Kurung kaftan merupakan baju raya paling trending untuk tahun 2022 apabila ia mendapat sambutan yang menggalakkan apabila banyak peniaga yang menjual kurung kaftan ini mengatakan bahawa mereka mendapat positif respond daripada pembeli pada tahun ini.

Klik di link ini untuk pembelian.

Selamat Hari Raya. Semoga raya tahun ini memberi makna untuk kita semua.




Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post