Blog post

Aplikasi Servis Penghantaran dan Pengambilan Barang

July 31, 2018
5 Shares

Baru-baru ini, Lisa ada terbaca satu status facebook oleh rakan Lisa yang mempunyai masalah tentang menghantar barang jualannya iaitu kek dan pastri kepada pelanggannya. Selalunya, suami beliau akan tinggalkan kereta untuk beliau buat penghantaran kepada pelanggan mahupun untuk beli barang dapur tetapi pada hari tersebut suami beliau perlu menggunakan kereta untuk pergi menguruskan sesuatu hal. Maka, rakan Lisa tidak tahu bagaimana untuk menghantar barangan tempahan kek dan pastri kepada pelanggan. Disebabkan itu, Lisa terpanggil untuk menulis dan memperkenalkan satu aplikasi servis penghantaran dan pengambilan barang yang menjadi semakin terkenal di kalangan penduduk Klang Valley iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Seremban.



 

Adakah anda pernah dengar aplikasi GOLOG? Aplikasi atau website GOLOG ini adalah satu aplikasi untuk memudahkan urusan harian anda iaitu mengambil dan menghantar barang. Berita baik buat anda iaitu barang tersebut tidak kira berbentuk makanan, saiz kecil mahupun besar ataupun barangan seperti dokumen. Aplikasi GOLOG ini akan menerima apa sahaja barangan yang ingin anda minta mereka hantar atau ambil dari sesuatu tempat. Sebagai contoh, anda terlupa untuk mengambil pakaian di dobi maka anda boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk mewakilkan anda. Mudahkan?

 

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menjadi pelanggan mereka dan pada masa yang sama anda juga boleh mendaftarkan diri sebagai Gologer mereka iaitu anda boleh menjadi sebahagian ahli GOLOG dengan mengambil dan menghantar barang pelanggan. Di samping anda menggunakan servis penghantaran dan pengambilan barang GOLOG, anda juga dapat menjana pendapatan sampingan bersama website/aplikasi ini. Bagi Lisa, ia sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan.

Untuk pengetahuan anda, website GOLOG ini sudah melakukan sebanyak 3000 lebih penghantaran dan mempunyai 2500 driver yang berdaftar.

Lisa pasti anda sudah tidak sabar untuk mendaftar bagi menggunakan serives ini. Di bawah ini Lisa sertakan cara bagaimana untuk mendaftar sebagai GOuser dan boleh daftar sebagai Gologer.

Langkah 1.

Klik di link ini GOLOG.com 

Langkah 2.

Klik link GOUSER seperti di atas. Jika anda mahu menggunakan servis mereka maka daftar sebagai GOUSER tetapi jika anda mahu daftar sebagai driver mereka maka klik di link sebelah iaitu GOLOGER.

Langkah 3.

Klik di link Become a user, seperti di bawah. Jika anda sudah berdaftar maka, next time anda hanya perlu isi maklumat email dan password sahaja, kemudian sign in.

Langkah 4.

Isi borang seperti di bawah.

 

Langkah 5.

Siap didaftar dan anda sudah boleh untuk menggunakan servis mereka. Tetapi anda perlu memilih terlebih dahulu pakej yang disediakan. Ia seperti servis touch n go. Anda perlu mengisi wang dalam point tersebut dan barulah boleh untuk menggunakannya. Mereka akan tolak point dalam akaun anda. Untuk melihat baki yang ada, anda boleh klik di link logpoint.

 

Semoga perkongsian tentang aplikasi servis penghantaran dan pengambilan barang ini dapat membantu dan memudahkan urusan harian anda.

5 Shares




Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Share5
Pin
+1
5 Shares