Bagaimana Kami Dapat Penginapan Percuma Semasa Travel?

Mungkin ada di kalangan Traveler selalu berfikir bagaimana ingin mendapatkan penginapan yang percuma dan bagaimana untuk menjimatkan kos sepanjang anda Travel sama ada di dalam atau di luar negara. Sebenarnya, banyak sangat cara untuk anda boleh jimatkan kos sepanjang anda travel sama ada dari segi kos pengangkutan, kos penginapan dan kos makan minum. Untuk entry post ni, Lisa nak kongsikan dengan anda bagaimana kami dapat penginapan percuma semasa travel di dalam dan di luar negara.



PENGINAPAN PERCUMA

Kisahnya bermula bila husband kenalkan Airbnb dengan Lisa semasa kami travel ke Perth, Australia. Mula-mula memang kami ingin menginap di hotel tetapi memandangkan harga hotel di Australia agak mahal maka kami mencari alternatif lain dan sehinggalah husband berjumpa dengan website Airbnb ni. Konsep Airbnb adalah seperti anda datang ke rumah orang dan tumpang menginap. Ada host yang akan tinggal dengan anda sekali, ada juga host yang membuat konsep sewakan bilik-bilik dan mereka tidak tinggal di sana.

Anda mungkin meminati: Bagaimana Airbnb menjimatkan kos percutian anda.

Semasa kami menginap di Perth, Australia menggunakan Airbnb, host rumah kami sedang bekerja di Italy tetapi beliau adalah warga Pakistan. Di rumah tersebut ada 2 bilik dan satu bilik di beri kepada kami dan satu bilik lagi untuk isteri dan ibunya. Sepanjang kami tinggal di sana, Alhamdulillah kami dapat layanan yang baik dan sarapan pagi juga disediakan oleh ibu host.

Sejak itu, kami memang akan memilih Airbnb sebagai website utama untuk menempah penginapan kami semasa travel. Bagi anda yang ingin tahu bagaimana kami dapat penginapan percuma semasa travel di dalam dan di luar negara, ikuti sahaja langkah di bawah.

Anda perlu mendaftar di link ini   membuka akaun Airbnb dan untuk tempahan pertama anda akan dapat FREE Rm100 hingga Rm120( harga potongan bergantung kepada currency mata wang negara anda)

sign up airbnb

Kemudian, anda klik di bahagian ‘ Sign up to Claim Credit‘ dan anda akan di bawa untuk sign up menggunakan email atau pun Facebook.

Seterusnya, anda sudah boleh membuat tempahan pertama anda dan dapatkan potongan credit tersebut ketika pembayaran akhir.

Apabila anda sudah buat tempahan dan anda sudah pun merasai pengalaman menggunakan Airbnb di mana ia menggunakan konsep host and guest, anda sudah boleh menceritakan pengalaman tersebut di media sosial dan sebarkan link yang diberikan oleh Airbnb. Untuk dapatkan link tersebut, anda klik di Profile>> My credit .

Semakin rajin anda spread the word with your link, semakin tinggi chances anda untuk dapatkan credit percuma dari Airbnb. Lisa sukakan konsep Airbnb ini di mana ia merupakan salah satu strategi marketing yang bagus dan ia seperti win-win situation di antara Airbnb dan guest yang pernah menggunakan website ini. Airbnb menghargai mereka yang rajin perkenalkan Airbnb kepada orang ramai.

Ini merupakan penginapan yang kami dapat secara percuma dengan Airbnb. Jika kami boleh lakukan untuk menjimatkan kos travel kami, anda juga pun boleh lakukannya. Travel is for everybody but not everybody love traveling.

Penginapan kami semasa di Turki, ia adalah 100% percuma. Boleh baca di sini pengalaman bercuti di Istanbul dan Cappadocia.

Ini penginapan kami semasa di Ipoh, Perak. Hotel ni adalah 4 star tetapi ia register under Airbnb. Penginapan ini adalah 100% percuma. Layanan yang diberikan memang terbaik. Boleh baca di sini pengalaman kami bercuti di Ipoh, Perak.

Banyak lagi penginapan percuma yang kami dapat melalui Airbnb sama ada dalam dan luar negara melalui step yang telah Lisa terangkan seperti di atas. Ia sangat menjimatkan kos percutian kami. Selalunya kos percutian menjadi agak tinggi disebabkan faktor kos kenderaan dan kos penginapan. Jika kos penginapan kita dapat jimat, maka kos yang lain juga boleh dikurangkan.

Jika anda rasa info ini sangat berguna, jangan lupa SHARE di media sosial anda supaya lebih ramai traveler dapat jimatkan kos percutian mereka. Selamat Bercuti!!




1 thought on “Bagaimana Kami Dapat Penginapan Percuma Semasa Travel?”

  1. Assalamualaikum Pn.saya selalu baca blog puan dan ingin mempelajari bagaimana nak membuat blog sendiri dan saya harap puan beri tunjuk sbb saya masih lg taktahu bagaimana nak melakukannya…terima kasih puan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top