Bagaimana Mompreneur Buat Duit Dengan Homestay dan Airbnb

Untuk menjadi mompreneur tidak semestinya anda perlu melibatkan diri dengan bisnes jual beli barang atau pun menyediakan servis perniagaan tetapi pada zaman kini pelbagai cara anda boleh buat duit hanya melalui dari rumah sahaja. Anda boleh baca di entry post lisa sebelum ini mengenai 10 Cara Mompreneur jana pendapatan sampingan dari rumah. Ini adalah idea yang boleh Lisa kongsikan dengan anda berdasarkan pengalaman Lisa sendiri dan orang yang terdekat dengan Lisa. Entry post kali ni Lisa nak kongsi dengan anda tentang bagaimana mompreneur buat duit dengan homestay dan Airbnb.



Klik di sini untuk mendaftar sebagai host Airbnb secara PERCUMA. 

Kebanyakan wanita di luar sana, ingin memcuba buat bisnes di mana memerlukan sedikit modal untuk memulakan perniagaan tersebut maka bermulalah dalam fikiran untuk meminjam wang dari seseorang mahupun dari sumber pinjaman berdaftar.

Lisa masih ingat lagi ada seorang mentor dalam perniagaan kata bahawa lihat kiri kanan depan belakang anda. Apa yang anda ada? Mulakan perniagaan atau sesuatu perkara dengan apa yang anda ada sahaja, tidak perlu melihat apa yang kita tiada. Apabila kita mula melihat apa yang kita tiada maka perasaan sedikit down akan mula timbul dalam diri. Sedangkan untuk memulakan satu perniagaan, perasaan semangat itu wajib ada pada diri. Itu kunci permulaan untuk kecapi kejayaan.

 

Jika anda lihat dalam rumah anda, ada lebihan 1 bilik kosong di mana anda tidak menggunakannya maka percayalah bilik itu bakal membuka pintu kewangan anda.

Sebelum Lisa ceritakan bagaimana mompreneur boleh buat duit dengan homestay dan Airbnb, suka Lisa kongsikan beberapa kisah kejayaan ibu-ibu yang boleh menjana pendapatan melalui dua sumber ini hanya dari rumah sahaja.

Kisah Buat duit Dengan Airbnb.com

Sebagai seorang backpackers dan budget traveller, Lisa dan keluarga kecil ini suka menggunakan servis penginapan dengan booking di Airbnb.com kerana harganya jauh lebih murah berbanding dengan harga hotel terutamanya di belah Eropah. Konsep Airbnb adalah seperti anda tumpang rumah orang. Semasa kami menginap di Amsterdam dan Rotterdam, host Airbnb kami adalah seorang wanita suri rumah. Kami diberikan sebuah bilik yang dilengkapi katil, bilik air dan keperluan harian contohnya tuala mandian. Kami tinggal di situ bersama anak dan suaminya sekali. Kami dibenarkan menggunakan mesin basuh, peti ais, dapur memasak dan sebagainya lagi. Bilik kami di tingkat atas dan mereka di tingkat bawah. Mereka membuat urusan mereka sendiri tanpa mengganggu kami.

1 malam untuk Airbnb yang kami menginap adalah Rm280 dan kami lihat jadual yang telah di booking oleh guest lain dalam 15 hingga 20 hari sebulan.

Rm280 x 20 hari = Rm5600 sebulan

Bayangkanlah seorang suri rumah yang hanya menyewakan 1 atau 2 bilik sahaja kepada pelancong, purata sebulan beliau boleh dapat Rm3000 hingga Rm5600 sebulan.

*Harga sewa tertakluk kepada harga pasaran di tempat anda. 

Ini bukanlah hanya satu situasi sahaja yang kami alami, malah kebanyakan Airbnb yang kami tumpang, adalah mereka yang hanya menyewakan rumah sendiri kepada pelancong dan mereka adalah terdiri daripada wanita suri rumah sahaja.

Mungkin nampak ganjil dan ia seperti bukan culture orang Melayu iaitu tinggal serumah dengan orang lain atau bukan saudara mara kita tetapi dalam Airbnb.com, anda boleh pilih siapa bakal penyewa anda dan anda boleh review sejarah behaviour mereka sebelum ini. Jika anda bersetuju, barulah anda benarkan mereka sewa di rumah anda dan jika tidak anda boleh klik ‘reject/cancel’ booking.

Seperti mak ayah Lisa sendiri, ayah buat partition iaitu membahagikan rumah kepada dua bahagian. Bahagian pertama untuk penyewa dan bahagian kedua untuk mak ayah Lisa duduk secara santai di rumah tersebut. Tujuan partition itu dibuat untuk mengelakkan gangguan di antara dua pihak. Supaya kedua-duanya berasa selesa.

 

Kisah Buat Duit Dengan Homestay

Untuk pengetahuan anda, homestay juga boleh didaftarkan dalam website Airbnb cuma bezanya pada setting shared house or entire house sahaja. Ini adalah untuk makluman dan pengetahuan guest. Sebagai seorang mompreneur yang ingin buat duit melalui homestay, Lisa nasihatkan supaya anda bermula dahulu dengan konsep Airbnb dan setelah mempunyai modal yang mencukupi maka anda boleh membeli atau menyewa  property/aset/rumah untuk disewakan kepada pelancong atau pengunjung di kawasan anda.

Ramai ibu saudara Lisa dan ramai wanita terdekat dengan Lisa membuat bisnes homestay ini dan mereka menjana pendapatan ribuan ringgit. Kerana apa? Kerana bisnes homestay ini agak mudah pengurusannya berbanding bisnes yang lain.

 

Untuk permulaan membina dan mengurus homestay, ia nampak agak susah tetapi percayalah ia hanyalah permulaan sahaja. Apabila ia sudah siap, maka pengurusannya sangat mudah.

Kebiasaannya, masalah yang dihadapi oleh owner homestay adalah bagaimana untuk menguruskannya iaitu siapa yang bakal mengemas dan siapa yang akan uruskan check in check out customer. Jika rumah anda berdekatan dengan homestay dan anda adalah suri rumah, maka tiada masalah untuk anda uruskan semuanya tetapi jika ia agak jauh dari tempat tinggal maka anda boleh memberi upah kepada mereka yang anda percayai.

Bagi anda yang mahukan ilmu tentang panduan untuk membuat dan mengurus homestay boleh baca di sini

Ia akan mengajar anda tips pemilihan lokasi yang bersesuaian untuk dibuat homestay, bagaimana penyediaan homestay, pemasaran homestay serta teknik pengurusan tetamu homestay.

Diharapkan entry post ini dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk mompreneur yang ingin buat duit dari rumah sahaja dan tidak memerlukan kos modal yang tinggi. InsyaALLAH Lisa akn berkongsi lagi bagaimana mompreneur boleh buat duit dari rumah di samping dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Jika anda rasa entry post ini memberi manfaat kepada mompreneur yang lain, sila kongsikan di media sosial dengan menekan button share Facebook dan Pinterest.

 

 

 

 

 




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top