Blog post

Bagaimana Saya Bermula Solo travel di usia 22 Tahun?

November 16, 2017
8 Shares

Sekarang ni semakin menjadi trending untuk orang travel ke sana sini dan berkongsi itinerary, pengalaman serta budget yang berpatutan semasa mereka travel. Seronok saya Lihat ramai anak-anak muda mula mengembara di luar negara sama ada wanita mahupun lelaki. Tambahan pula, sejak tahun 2014 AirAsia sudah mula memperkenalkan penerbangan tambang murah dan saya juga tertarik dengan tagline AirAsia iaitu everyone can fly. Bermaksud, walaupun kita ada budget yang sedikit tetapi kita masih mampu untuk pergi ke luar negara dan menikmati pengalaman di sana. Disebabkan itulah, saya teringat tentang bagaimana saya bermula solo travel di usia 22 tahun iaitu 6 tahun yang lepas dan sebagai seorang wanita untuk solo travel ia tidaklah mudah yang disangkakan. Dalam entry ni, saya juga ingin memberi sedikit nasihat untuk anak muda terutamanya wanita di luar sana yang mempunyai keinginan untuk mengembara tetapi pada masa yang sama perlu juga ikut syariah islam.



Bagaimana Saya Bermula Solo Travel Di Usia 22 Tahun?

Tak sangka ia sebenarnya berlaku pada 7 tahun yang lepas. Terasa masa begitu pantas berlalu. Sebenarnya ia bermula bila pada usia saya 16 tahun, saya mendapat tawaran untuk mengikuti kursus penulisan dengan Usman Awang di Sabah. Pihak penganjur iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, telah memberi tiket percuma dari Airport Negeri Perak ke KliA dan seterusnya ke Sabah. First time saya naik kapal terbang, saya rasa sangat teruja dan sejak itu ia menjadi semakin ketagih untuk naik kapal terbang. Ia seperti anda berasa bebas di awangan.

Selepas tamat SPM dan matrikulasi, saya sudah mula untuk tanam impian untuk mengembara sehinggalah saya kata pada diri saya ingin ke luar negera tetapi tak tahu nak pergi negara apa. Duit di tangan hanya ada sekitar Rm450 sahaja. Kemudian, bila saya lihat beberapa website dan buat beberapa research, saya dapati travel ke Thailand boleh dirancang mengikut budget yang saya ada.

Saya terus membuat perancangan dari segi itinerary, budget dan transportation ke sana. Saya ingat lagi waktu nak booking hotel di THailand, saya pinjam kredit kad kakak dan nasib baik dia bagi pinjam dan duit saya transfer secara online kepada dia.

Maka terjadilah pengembaraan saya sebagai woman solo traveler at the age of 22. Pengalaman tersebut saya tak boleh lupa hingga kini. Saya pergi ke Thailand iaitu 2 hari di Hat Yai dan 3 hari di Bangkok. Transportation saya adalah keretapi dari Malaysia ke sana. Dan saya duduk dalam keretapi selama 25 jam. Mula-mula nak naik kapal terbang, tapi memandangkan budget agak ciput so terpaksa pilih keratapi. Hanya jalan darat sahaja.

Sepanjang saya membuat solo travel, pelbagai cabaran yang dilalui dan masa itu anda akan rasa hanya ALLAH sahaja tempat bergantung dan anda belajar untuk menjadi diri sendiri dan face your fear.

Nasihat saya untuk wanita yang ingin membuat solo travel, baiklah anda pergi bersama-sama mahram atau ada rakan-rakan kerana perjalanan mengembara tidak mudah dan dalam syariah Islam sendiri menyarankan kita supaya seorang wanita yang ingin keluar rumah, baiklah bersama mahram atau ada teman kerana di luar sana agak berbahaya. Pada masa saya ingin mengembara di usia muda kerana saya terlalu mengikut darah muda ini sehingga lupa saranan dan landasan Islam itu sendiri. Belajar dari kesilapan saya.

Travel ni dia seperti dadah. Bukan sebab anda akan menjadi lupa diri tetapi anda akan menjadi ketagih. Sekali anda travel anda akan ingin travel lagi dan lagi. Seolah-olah ia sebagai terapi diri. Selain itu, saya membuat solo travel lagi ke Beijing, China tetapi travel kali ni berbeza sedikit kerana saya pergi mengikut rombongan pakej pelancongan. Semasa berkenalan dengan ahli rombongan, mereka pelik hanya saya seorang sahaja yang mengikut rombongan tersebut tanpa ada teman berbanding ahli rombongan lain mereka ke Beijing ada yang bersama ibu dan bapa, ada yang bersama rakan-rakan dan tak kurang juga bersama pasangan. Tetapi sekurang-kurangnya saya pergi travel kali ini mempunyai teman baru iaitu ahli rombongan tersebut.

Anda mungkin meminati: Airbnb menjimatkan Kos Percutian Anda

Saya ada juga ajak rakan-rakan yang lain tetapi mereka enggan mengikuti travel tersebut dan antara alasan mereka adalah, kami masih muda pada usia tersebut dan duit simpanan pun masih sedikit.

Kemudian, saya teruskan lagi pengembaraan ke Singapore, Indonesia, Hong Kong, Philipine dan sehinggalah saya berkahwin. Kebanyakan negara saya travel semasa saya sedang belajar di Uitm Shah Alam.

Alhamdulillah, syukur tak sangka suami pun rupanya kaki travel. Pada tahun pertama kami berkahwin, tiada perancangan travel yang dibuat kerana suami banyak ke luar negara atas urusan kerja dan masa itu saya mengandungkan anak pertama kami.

Tahun kedua usia perkahwinan, kami mula kembali untuk travel secara backpackers dengan anak. Urusan travel A sampai Z, kami uruskan sendiri tanpa menggunakan mana-mana khidmat agensi pelancongan. Sebenarnya, lebih indah bila kita melancong bersama pasangan dan anak-anak. Itulah memori terindah yang kita akan lalui.

Susah senang semasa travel dilalui bersama.

Kepada anda yang suka backpackers dan suka solo travel cepat-cepat lah berkahwin dengan pasangan yang kaki travel juga supaya dapat mengelakkan daripada perkara yang berbahaya ketika solo travel ni.

Doakan kami meneruskan misi backpackers dan pengembaraan bersama keluarga kecil ini ke daerah Eropah dan negara-negara yang belum kami lawati.

 

 

 

 

 

 

8 Shares




1 Comments

  • titan

    December 1, 2017 at 8:42 am

    syukur leh travel awal.
    kita ni dok malaysia aje la jawabnya.
    dah tua dah nak berjalan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Share8
Pin
+1
8 Shares