Cabaran dan Tips Ceraikan Susu(wean-off) anak

Bila dah jadi seorang ibu ni, siri drama air mata memang selalu berlaku. Mana tidaknya, bila nak lahirkan anak, ibu akan menangis kegembiaraan dan kesakitan, bila anak dah pandai jalan kita rasa terharu kemudian menangis, bila anak dah pandai panggil kita mama/ibu/ummi kita terharu kemudian menangis dan bila nak ceraikan susu pun kita akan menangis sebab terlalu rapat dengan anak.



Tangisan. Air mata. Di antara seorang ibu memang tidak dapat dipisahkan.

Begitu jugalah Lisa alami bila nak ceraikan susu(wean-off) Fareeq. Penuh dengan drama dan cerekarama TV3. Kalau tak Fareeq yang nangis, mama pula yang nangis.

Sejujurnya, memang agak cabaran nak ceraikan susu(wean-off) Fareeq. Sebab Fareeq dah umur 2 tahun 9 bulan tapi masih fully breastfeed. Jika nak ikut tahun dia dah berumur 3 tahun. Sepanjang Lisa susukan Fareeq lebih umur 2 tahun ni, ada juga orang sekeliling yang tegur dan perli kenapa lebih 2 tahun masih fully breastfeed. Sepatutnya, minum susu formula dah diusia tersebut.

 

Bukan mudah untuk terima pandangan orang lain tetapi kami gagahkan juga, sebab mengenangkan susu ibu ni sangat baik untuk anak. Syukur sangat sepanjang Fareeq masih fully breastfeed, keimunan sistem dia sangat bagus. Susah nak demam dan if demam pun hanya sehari dua sahaja. Selsema atau sakit lain pun susah nak dapat.

Sebenarnya, kami suami isteri dah cuba pelbagai cara untul ceraikan susu(wean-off) dengan Fareeq dan mencari pengganti susu ibu ni. Lebih dari 10 jenama susu formula di pasaran, kami telah beli tapi Fareeq sehingga kini tak sentuh langsung susu formula. Dia paling tak suka tengok air berwarna putih. Awal-awal lagi dia dah tolak.

Bayangkan, jika masa itu kami paksa juga dia untuk ceraikan susu(wean-off) dan mestilah tiada nutrisi dalam badan dia. Lisa tiada pilihan maka berikan juga Fareeq fully-breastfeed dan tambahan shake nutrisi herbalife. Tapi di kalangan orang negatif masih ada juga orang yang positif dan support Lisa, beliau kata tiada sebab nak ceraikan susu(wean-off) anak, Lisa pun bukan tengah mengandung dan Allah dah nak bagi rezeki banyak susu then bagi je kat anak. Satu masa nanti, dia sendiri pandai untuk berhenti dan masa tu pihak ibu dan pihak anak pun dah bersedia dan bersetuju untuk ceraikan susu(wean-off).

Perjalanan menyusukan Fareeq selama 2 tahun sembilan bulan ini tidaklah mudah yang disangkakan. Tapi Alhamdulillah Allah selitkan juga kemudahan dalam mengharungi perjalanan tersebut.

Alhamdulillah, perancangan Allah adalah yang terbaik. Hari ni dah masuk hari keempat Fareeq dah tak breastfeed. Syukur sangat-sangat. Tapi dalam rasa bersyukur, rasa sedih pun ada sebab selalu Fareeq memang akan berkepit dengan mama. Sebelum tidur pun mesti akan cari mama. D

Di sini Lisa nak share dengan pembaca tips menceraikan susu(wean-off) anak berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman keluarga serta rakan-rakan yang terdekat.

TIPS MENCERAIKAN SUSU(WEAN-OFF) ANAK

  1. Firstly, anda perlu tahu kenapa anda mahu ceraikan susu anak(wean-off) dan keperluannya? Ada golongan ibu memberi sebab kerana sedang mengandung anak yang seterusnya, ada yang kata sebab susu memang dah tiada, dan tidak kurang juga mengatakan sibuk bekerja. Apa apa pun sebabnya, yang penting anda mula kena kuatkan fizikal dan mental. Sebab ia tidak mudah.
  2. Seminggu sebelum anda decide untuk ceraikan susu(wean-off) pastikan anda kerap memberitahu anak bahwa anda ingin ceraikan susu supaya indirectly anak dah bersedia.
  3. Maka bermulalah tindakan anda. Ada yang letak asam jawa, kopi dan sirap di nipple. Ia bergantung keberkesanan kepada anak anda. Setiap anak akan berbeza cara ceraikan susunya. Lisa sendiri pernah guna asam jawa tapi tidak berjaya. Kemudian, give up. After a few month, try letak sirap akhirnya berjaya.
  4. Waktu nak wean-off ada sesetengah anak, anda akan nampak mereka ada sedikit memberontak atau cranky tapi apa yang anda perlu lakukan always peluk dan terangkan kepadanya. Bila Fareeq wean-off dia selalu kata, “mama nak hug”, “mama sorry”, “mama, ayeeq nak salam”. May be dia ingat Lisa tak bagi dia susu sebab kesalahan dia. Then I keep telling him that, mama punya sakit, mama tak bagi ayeeq susu bukan maksud mama tak sayang tapi sebab mama nak ayeeq hidup independent dan ayeeq pun dah besar. Lama-lama dia pun faham dan boleh tidur tanpa susu.
  5. Alhamdulillah, akhirnya berjaya. Yang penting ibu-ibu jangan cepat mudah putus asa. Walaupun sebenarnya agak sedih untuk ceraikan susu tapi ia penting kerana ia adalah salah satu langkah untuk anak kita mula hidup berdikari.

 

Semoga perkongsian Lisa ini dapat membantu anda dalam menceraikan susu(wean-off) anak. Anda kena terima bahawa ada sesetengah anak mudah untuk wean-off dan ada sesetengahnya ambil masa yang lama. Yang penting kuncinya adalah sabar. Always give them hug and love. Doakan Lisa untuk buat toilet train pula untuk Fareeq after this. May Allah ease our journey to jannah!




1 thought on “Cabaran dan Tips Ceraikan Susu(wean-off) anak”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top