Cara Booking Flight Murah Dengan Kiwi.com

Sejak kebelakangan ni ramai yang tanya Lisa bagaimana nak booking flight murah untuk ke destinasi yang kita pilih. Mengikut pengalaman Lisa sendiri, Lisa suka menggunakan kiwi.com dahulu sebagai tanda aras harga bagi flight yang kita nak pilih. Selepas itu, baru Lisa akan buka beberapa website lain untuk membuat tempahan. Kenapa kiwi.com? Sebabnya Lisa akan terangkan di bawah bersama dengan tutorial cara booking flight murah dengan kiwi.com.



 

Situasi yang pertama adalah anda ada budget untuk pergi travel tetapi anda tidak tahu untuk ke destinasi mana dan bila anda mahu pergi. Maka anda boleh apply this method to get cheap flight by using kiwi.com.

Langkah 1.

Buka link Kiwi.com. Dan klik di ruangan ‘From’ iaitu destinasi dari mana anda mahu mulakan travel atau trip anda. Kemudian Klik ‘To’ buat setting anywhere seterusnya departure time dan return time, juga buat setting ‘anytime’.

Baca: 5 Cara Bagaimana Airbnb Menjimatkan Kos Percutian Anda 

 

Langkah 2.

Di bahagian bawah, website ini akan menunjukkan pelbagai lokasi yang boleh anda pilih mengikut budget dan masa yang sesuai. Dan jika anda mahu setting harga flight paling murah maka klik ruangan ‘Show Cheapest’. Maka semua destinasi yang paling murah akan keluar di ruangan bawah. Anda boleh lihat gambar di bawah dengan red arrow sebagai panduan.

 

Lisa sukakan website kiwi.com ni kerana di belah kanan akan menunjukkan harga tiket flight di seluruh lokasi di serata dunia. Maka kita sudah boleh buat budget dan pilihan di lokasi mana yang kita ingin pergi mengikut budget kita.

Bagi situasi yang kedua, anda sudah ada tarikh yang telah anda tetapkan untuk pergi travel cuma anda tidak tahu ingin pergi ke mana maka anda boleh lakukan perkara yang sama seperti di atas tetapi di ruangan setting Departure, anda boleh pilih tarikh yang anda bercadang untuk travel.

 

 

Bagi situasi ketiga, anda sudah tahu ingin ke destinasi mana cuma tarikh anda boleh fleksibel. Jadi caranya seperti di bawah.

 

Ini adalah sebagai panduan anda untuk memilih cara booking flight murah dengan kiwi.com. Anda juga boleh pilih flight murah dengan buka website lain supaya anda boleh dapat harga yang berbaloi mengikut budget anda.

Kongsikan artikel ini di media sosial anda supaya ia memberi manfaat kepada rakan anda yang kaki travel juga.

 




1 thought on “Cara Booking Flight Murah Dengan Kiwi.com”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top