Cara Mudah Packing Barang Untuk Travel Bersama Anak Kecil

Waktu zaman bujang, bila hendak travel saya rasa tiada masalah untuk packing barang sebabnya satu backpack atau luggage bag memang kita sendiri punya barang. Jadinya nak campak-campak barang pun tak kisah sebab semuanya barang kita. Tapi setelah berkahwin dan mempunyai anak kecil maka untuk packing barang nak travel agak cabaran juga. Tambahan pula, jika 1 bag dikongsi bersama suami dan anak-anak. Jadi saya fikir bagaimana cara mudah packing barang untuk travel bersama anak kecil supaya barang tidak bercampur-campur dan memudahkan si ibu untuk packing barang. Maklumlah, kerja packing barang travel selalunya diserahkan kepada si ibu.



Dalam 1 atau 2 bag, bukan setakat hanya pakaian sahaja dikongsi tetapi termasuklah toiletries, barangan gadget, keperluan dalaman, barangan make up, skin care, serta banyak lagi barangan keperluan diri perlu dibawa semasa travel. Bagi si ayah keperluan dan barangannya berbeza dengan si ibu dan si anak. Masing-masing mempunyai barangan keperluan yang penting untuk dibawa.

Bagaimana cara mudah untuk packing barang semasa travel bersama anak kecil?

 

Sebenarnya saya pun mengalami masalah yang sama untuk packing barang travel bersama anak kecil. Tapi apabila sudah banyak kali travel bersama anak kecil, maka saya dapati ada beberapa cara yang mudah untuk packing barang untuk travel bersama anak kecil. Cara packing barang untuk travel ini akan memudahkan bagi pihak si ibu, si ayah dan anak-anak. Dan tips packing barang ini juga boleh diaplikasikan apabila kita pulang ke kampung halaman.

Cara pertama untuk packing barang semasa travel bersama anak kecil adalah bahagikan pakaian, keperluan dalaman dan barangan mengikut perseorangan.  Contohnya keperluan si ayah adalah tshirt, seluar jeans, boxer, stoking, kopiah dan kain pelekat  akan diletakkan dalam 1 bag plastik. Kemudian keperluan si ibu seperti blouse, skirt, seluar jeans, tudung  dalam 1 bag plastik serta anak-anak juga seperti baju,seluar, pampers dalam 1 bag plastik. Jika boleh bag plastik tersebut mudah dilihat. Setelah siap saya akan labelkan nama untuk setiap bag plastik tersebut dengan nama masing-masing. Masukkan kesemua bag plastik tersebut ke dalam 1 atau 2 backpack atau luggage bag. Terpulang kepada anda pilih bag yang mana.  Apabila tiba di destinasi, buka bag luggage tersebut dan keluarkan bag plastik tersebut dan beri kepada kepunyaan masing-masing.

 

Maka mereka akan tahu bag plastik tersebut adalah milik mereka dan barangan keperluan masing-masing tidak akan bercampur di antara satu sama lain.

Mungkin ada di antara anda mengatakan, lagi mudah untuk bawa backpack/bag luggage masing-masing. Sudah tentu tidak akan bercampur dengan yang lain. Ya betul tetapi lagi mudah jika kita satukan sahaja dalam 1 backpack/luggage bag supaya risiko untuk bag tertinggal di airport/ di stesen bus atau di mana-mana dapat dikurangkan. Tambahan pula, bila kita ada anak kecil yang bawah usia 3 tahun maka, kita perlu jimatkan bag yang dibawa di tangan kerana perlu bawa stroller dan baby carrier.

Sebab itulah, kami lebih suka bawa backpack berbanding luggage bag kerana ia mudah untuk kami bergerak ke sana sini.

Cara Kedua  untuk packing barang semasa travel bersama anak kecil adalah bahagikan barangan keperluan serta pakaian mengikut hari. Contohnya anda akan melancong ke Australia dalam masa 5 hari. Maka anda sudah bahagikan pakaian apa untuk dipakai oleh si ayah, si ibu dan si anak untuk hari pertama sehingga hari ke lima. Setelah dibahagikan, masukkan pakaian tersebut dalam plastik yang berbeza dan label mengikut hari.

Apabila pakaian tersebut sudah dipakai pada hari tersebut, kemudian masukkan kembali dalam plastik tersebut dan anda akan tahu plastik tersebut adalah pakaian yang sudah dipakai.

Cara kedua ini juga memudahkan untuk si ibu packing barang untuk travel. Bagi barangan seperti toiletries, skin care, makanan, barangan elektrik anda boleh masukkan dalam bag khas mengikut jenis keperluan tersebut.

Anda boleh klik di link ini  LAZADA dan 11STREET untuk membeli bag toiletries, backpack dan keperluan travel. Harga di sini amat berpatutan dan cepat sampai. Kalau boleh untuk membeli online di LAZADA dan 11STREET, biarlah 2 minggu sebelum anda travel. Jangan buat kerja last minute nanti everything akan mess up.

Cara packing barang ini, saya hanya ambil masa dalam 5 hingga 7 minit untuk mengemas.

Terpulang kepada anda untuk memilih cara pertama atau kedua yang lebih memudahkan travel anda. Jika ditanya kepada saya, saya memilih cara pertama atau kedua mengikut destinasi yang kami pergi serta cara pelancongan yang dipilih. Jika jenis pelancongan kami adalah santai maka saya akan memilih cara pertama. Dan jika pelancongan kami lebih adventure dan banyak berpindah randah maka kami akan memilih cara kedua untuk packing barang travel.

Kami bawa 2 backpack ini semasa melancong ke Istanbul dan Cappadocia. Serta 1 stroller untuk anak nak duduk dan tidur di dalamnya. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat anda untuk travel lebih mudah bersama anak kecil. Jika anda ada cara yang lebih mudah untuk packing barang travel bersama anak kecil, boleh tinggalkan sharing anda di ruangan komen. Saya juga boleh belajar bersama.

 

 

 




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top