Checklist 36 Perkara yang Wajib Anda Lakukan di Turki

19 Shares

Sebelum anda merancang untuk melancong di Turki, pastikan anda masukkan  checklist 36 perkara yang wajib anda lakukan di Turki ini supaya percutian anda di sana meninggalkan kenangan yang sangat manis nanti. Dengan adanya checklist ini at least, anda ada tujuan dan pelancongan anda tidak lah sia-sia semata-mata.



Checklist 36 Perkara Wajib Anda Lakukan di Turki

Makanan Yang wajib anda cuba di Turki

  1. Bila anda datang ke Turki, anda wajib rasa makanan bernama Testi Kebab iaitu kebab disediakan dalam pottery. Ia sangat unik dan sangat sedap. Selalunya, ia akan disediakan bersama dengan roti. Kami makan Testi Kebab ni di Cappadocia. Kebanyakan restoran menyediakan makanan ini. Di Istanbul juga disediakan.

2. Makan Chicken/Beef Wrap. Banyak restoran di tepi jalan di area Istanbul menjual chicken atau beef wrap ini. Perbezaan antara restoran yang menjual chicken atau beef wrap ini adalah rempah dan cara perapannya. Kebanyakannya memang sedap dan ia dijual dari 6 Lira ke 15 Lira. Dan ada sesetengah restoran menjual chicken atau beef wrap ini mengikut berat gram dan kilogram.

3. Makan fish sandwich di bawah Galata Bridge yang terletak tidak jauh dengan station Tram Eminonu. Rasai kesegaran ikan yang baru ditangkap di laut. Memang sangat sedap. Ia dijual dalam lingkungan 10 Lira hingga 15 Lira.

4. Makan breakfast di atas rooftop sambil menikmati udara segar laut. Makanan breakfast di Turki antara yang biasa disediakan adalah 3 hingga 5 jenis cheese, buahan anggur, sayuran seperti tomato, salad, timun dan roti bersama 3 hingga 5 jenis jam.

5. Minum Tea Turki. Ia sering disediakan dalam cawan kecil dan sering dijual dalam 2 Lira hingga 4 Lira. Jika anda pergi ke kedai-kedai sambil membeli belah, ada juga staf kedai akan menyediakan tea turki percuma.

6. Rasai makanan tempatan. Pelbagai jenis makanan tempatan yang sedap dan unik. Mungkin anda boleh rasainya.

7. Makan Simit. Ia seperti berbentuk gelang atau donut besar. Di atasnya ditabur dengan bijan. Anda boleh request untuk letak cheese atau nutella dalamnya. Ia sering dijual di kawasan tempat pelancongan dan station tram.

8. Makan Ais Krim Turki. Lain rasa ais krim Turki dengan ais krim yang biasa kita beli. Ia rasa lebih likat dan pekat. Uniknya ais krim Turki sebab, penjualnya akan bermain-main dahulu dengan anda sebelum anda dapat ais krim tersebut. So ia agak menguji kesabaran anda ketika anda sedang haus.

9. Turkish Delight. Kedai-kedai yang menjual turkish delight ni selalunya kedai yang menjual souvenir juga. Dan mereka akan memberi tester dahulu sebelum anda memilih nak beli Turkish delight yang mana. Sebab lebih dari 10 jenis turkish delight yang dijual. Rasanya agak manis.

10. Rasai kesedapan Kofte. Ia adalah daging cincang dan dibuat bentuk panjang seperti sosej mahupun bulat. Ia ada campuran rempah dan beberapa bahan yang lain menyebabkan ia rasa sangat sedap.

Tempat yang wajib anda datang melawat di Turki

11. Ada peluang, anda boleh solat waktu atau solat sunat di Masjid Sultan Ahmed. Subahanallah, rasa seronok bila solat di sini di mana ia adalah masjid yang dibina beratus tahun dahulu.

12. Melihat dan rasai sentuhan dekorasi campuran kristian dan Islam di Haghia Sophea. Haghia Sophea terletak berhadapan dengan Masjid Sultan Ahmed dan memisahkan dua bangunan bersejarah ini adalah taman yang cantik. Ia dipenuhi dengan bunga bungaan dan burung-burung.

13. Melawat ke Topkapi Palace di mana ia merupakan tempat tingal Sultan Ottoman. Ia sangat besar dan anda perlu spend dalam 1 hingga 2 jam dalam Topkapi Palace ini.

14. Melihat saluran dan kawasan tankungan air iaitu di Basilica Cistern. Ia terletak di bawah tanah dan tidak jauh dari Masjid Sultan Ahmed.

15. Rasai Kemewahan tempat tinggal Atarturk serta tempat beliau meninggal dunia iaitu di Dolmabahce Palace. Kawasan nya sangat luas dan terletak di sebelah sungai besar.

16. Jika anda ingin merasai seperti anda sudah melawat keseluruhan bandar Istanbul dan tempat menarik, anda boleh datang ke Miniaturk di mana ia mempunyai replika kecil bangunan,masjid serta tempat tarikan utama di Turki. Ia juga ada replika kecil yang menjadi 7 keajaiban dunia.

17. Pierre Loti. Tempat ni adalah antara kawasan yang menjadi kegemaran dikalangan penduduk Turki mahupun pelancong kerana anda boleh lihat seluruh Bnadar Istanbul di sini. Dan anda boleh bersantai dengan ahli keluarga dan rakan-rakan sambil minum teh Turki.

18. Bhosporus Tour. Ini antara paling wajib anda perlu buat apabila datang ke bumi Istanbul ni. Sebab anda dapat lihat kecantikan laut selat yang misahkan Turki dibahgian Europe dan Asia. Di tepi tepi selat ini terdapat bangunan dan masjid lama yang cantik. Serta kedudukan rumah orang Turki +yang bertingkat-tingkat di bukit. Pakej Bhosporus ni anda boleh booking di pejabat pelancongan atau di bahagian station Eminonu atau Kadakoy.

19. Grand Bazar. Ini merupakan tempat shopping sakan anda. Boleh shopping souvenir dan barangan yang boleh anda bawa pulang ke tanah air sebagai kenangan. Tapi jangan terkejut di luar Grand bazar juga tidak kurangnya ada menjual barangan souvenir serta barangan branded tapi ciplak. Antara brandnya adalah Gucci, LV, HuGo Boss dan lain-lain. So sediakan jelah duit poket yang tebal untuk shopping di sini.

20. Galata Bridge. Anda boleh berjalan kaki di atas jambatan ini atau nak naik tram pun boleh. Bawah Galata bridge ini ada sederet panjang restoran yang menawarkan makanan laut yang segar dan sedap. Bila waktu petang, anda akan lihat ramai penduduk Turki akan memancing di sini.

Anda mungkin meminati: Pengalaman Bercuti di Istanbul, Turki

21. Museum. Negara Turki antara negara yang tertua dan negara yang kaya dengan sejarah lama makanya, kepada yang suka sejarah anda boleh datang ke museum-museum yang terdapat di Istanbul ini. Jika nak jimat, boleh beli Museum Pass dimana kad ini berharga 85Tl dan anda boleh masuk ke 8 museum di sekitar Istanbul.

22. Cappadocia. Siapa tengok cerita manisnya cinta di cappadocia, cantikkan pemandangan di sana. Bila anda di sana anda akan nampak cara dorang eja ialah Kapadokya. Di sana sangat tenang. Ia juga terkenal dengan Hot Air Balloon.

23. Underground City. Tempat ni sangat unik sebab anda akan masuk sampai 7 level kebawah tanah. Tempatnya sangat-sangat sempit. Ia merupakan tempat perseumbunyian orang kristian pada masa dahulu. Untuk pergi Underground city, anda boleh booking pakej Green Tour yang terdapat di cappadocia atau di Goreme. Siapa ada masalah jantung, tidak digalakkan masuk ke bawah.

24. Ihlara Valley. Ini pun tempat yang bagi saya anda wajib pergi sebab jika anda hidup dalam kesibukan bandar, dan anda tang ke sini seolah-olah anda back to nature. Dan anda perlu turun tangga yang agak curam dan anda akan merasakan anda berada di dunia yang lain. sebab sangat nyaman dan indah di sini. Sepanjang 3.5km anda perlu berjalan dan ditemani air sungai serta pokok mulberry di tepi-tepi sungai. Boleh petik dan terus makan.

Anda mungkin meminati: Pengalaman Bercuti di Cappadocia Part 1

25. Open Air Museum. Tempat ini terdapat dalam red tour pakej. Tempat ni pun tak kurang uniknya juga. Anda dapat lihat gambaran ajaran kristian pada masa dahulu dan ajaran Islam sebenarnya lebih kurang sama dengan mereka. Dalam gua kecil ada ukiran dan lukisan yang unik dan cantik.

Perkara yang wajib anda lakukan Bila Datang ke Turki

26. Naik Hot Air Balloon. Ya semestinya sebab pengalaman ini anda akan sukar dapat di tempat yang lain. Sangat seronok bila naik hot air balloon ni, tambahan pula anda akan menikmati pemandangan matari terbit serta melihat hot air balloon yang lain. Anda boleh booking pakej direct online mahupun apabila tiba di cappadocia nanti.

27. Makan buah segar seperti anggur,strawberry dan buah berry. Di cappadocia atau di bahagian kayseri , pekerjaan utama mereka adalah agriculture dan pelancongan. Anda akan nampak banyak tanaman di tanam di tepi-tepi jalan dan ladang yang besar. Ada tempat yang menawarkan strawberry 1kkg Rm7. Nikmatilah puas-puas buah berry yang anti kanser ini.

28. Tonton Turkish Night Show. Jangan lupa tonton turkish night show. Anda akan dijamu dengan tarian tradisional dan tarian moden. Ada pakej yang menwarkan sekali makan malam dan ada juga yang tidak ditawarkan. Terpulang kepada anda untuk pilih pakej yang mana.

29. Naik Tram. Di Istanbul, penduduk Turki lebih suka menggunakan public transport berbanding kenderaan sendiri mahupun teksi. Anda akan rasa pengalaman seperti train di atas jalan. di tepi-tepi jalan sepanjang tram ini terdapat kedai-kedai dan restoran. Jika anda tinggal di Sultan Ahmed Square, maka anda kena familiar dnegan station Bagcilar, Kabatas, Eminonu kerana station ini merupakan station utama untuk anda pergi ke tempat-tempat menarik dan ia juga ada transit. Nak mudah boleh tanya orang di sana. Atau download je apps Trafi iaitu apps yang bantu anda menunjukkan kenderaan awam yang boleh anda ambil dari satu tempat ke tempat yang lain.

30. Tinggal di dalam cave hotel. Datang ke cappadocia, wajib rasai pengalaman tidur dalam gua hotel. Memang best sebab seperti anda berada di zaman dahulu kala.

31. Jangan lupa ambil gambar dengan kostum zaman Turki dahulu kala.

Souvenir yang wajib anda bawa pulang dari Turki

32. Turki terkenal dengan ceramic nya. Sangat cantik ukiran dan lukisan di ceramic. Tapi anda pelru berhati-hati bila bawa pulang ke tanah air. Ada rakan saya spend dalam rm2000 untuk ceramic Turki tapi bila pulang ke Malaysia semuanya pecah. Maka pastikan ia dibalut dengan baik.

33. Turkish delight. Bawa makanan ini bersama dan beri hadiah kepada ahli keluarga serta rakan-rakan di tanah air. Ia agak manis dan manis itulah menjadi kenangan kita di Turki.

34. Beg kecil yang bersulamkan tulisan Turkiye. Jika anda mempunyai rakan dan ahli keluarga yang ramai anda boleh beli beg kecil ini sebagai souvenir kepada mereka. Kos beg kecil ini antara 2 lira hingga 5 lira.

35. Untuk wanita anda boleh beli shawl yang cantik dan lembut. Harga shawl di sini antara 5 lira hingga 30 lira.

36. Untuk lelaki mahupun wanita, jangan lupa beli baju atau tshirt yang ada tulis Turki sebagai kenangan yang anda  pernah datang ke sini.

Rasanya itu sahaja checklist 36 perkara yang wajib anda lakukan di Turki yang anda boleh take note jika ingin datang ke Turki di sekitar Istanbul dan Cappadocia.

 

19 Shares




13 Comments

  1. Nurul
    September 17, 2017 / 12:07 pm

    Turkish delight one of my fav! Memang wajib

  2. September 17, 2017 / 5:37 pm

    Paling teringin nak try for sure makanan dia la lepas tuh hot air balloon..bestnyaaa

  3. September 17, 2017 / 9:31 pm

    Seronoknya Turki. Tapi jauhnya. 4 jam dalam flight pun dah tak larat. InsyaAllah ada rezeki nak jalan sana jugalah. Bolehlah share kos perjalanan.

  4. September 17, 2017 / 9:32 pm

    Eh tak perasan dah ada pdf. Will check soon 🙂

  5. September 18, 2017 / 1:47 pm

    wowwww Turkey. Bestnya. Ntah akan jejak atau tidak. Heheheh tq sharing info yang best.

  6. Aunty Nor
    November 15, 2017 / 4:57 am

    Assalamualaikum. Aunty nak tanya.. flight ticket, hotel dgn tour beserta hot air baloon ride tu sume Lisa book separately ke under one package. Dan sume tu book sebelum sampai ke Turki ke?

    • Mama Lisa
      Author
      November 15, 2017 / 7:36 am

      hye aunty nor, utk flite ticket lisa book seperately. Hotel also seperately and lisa guna airbnb. Host airbnb lisa tu arrange for package hot air balloon and tour di cappadocia. Aah kami book before ke turki sebab takot dah fully booked so tak nak take risk. If aunty belum register lagi di airbnb, boleh klik link ni https://www.airbnb.com/c/ameerp

  7. Criticalthinker
    August 16, 2018 / 3:03 pm

    Bestnyer blog awak.. sangat menginspirasi!! ??

    • Lady lisa
      Author
      August 18, 2018 / 1:41 pm

      Thanks awak..welcome back to blogger world..heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 Shares
Share19
Pin