Hotel Mega View di Kuantan, Pahang

Baru-baru ini, sebelum Lisa dan keluarga pulang ke Qatar, kami sempat singgah bercuti 2 hari 1 malam di Kuantan, Pahang. Asalnya, suami Lisa ingin ke sana hanya untuk berjumpa dengan rakannya serta ingin mengambil hadiah di Universiti Malaysia Pahang(UMP) tapi dah alang-alang ke sana, suami Lisa kata lebih baik pergi bercuti sekali. Kiranya menyelam sambil minum air. Pagi tu, selepas menunaikan solat subuh, suami Lisa terus buka website Booking.com dan Agoda.com untuk kami mencari hotel menginap di Kuantan. Seperti biasa, kami akan lihat comment dan review terlebih dahulu sebelum menempah hotel supaya bila kami menginap nanti ia tidak mengecewakan. Bila dah survey beberapa senarai hotel di Kuantan, akhirnya kami memilih Hotel Mega View di Kuantan, Pahang.



Semasa kami tiba di Hotel Mega View adalah pada waktu malam dan kami lihat di hadapan hotel ini terdapat parking area yang selesa dan masih ada beberapa baki kereta yang boleh diparkir. Keadaannya pada waktu malam cerah dan kawasannya juga tidak menakutkan. Kerana kami pernah ada pengalaman duduk di hotel yang agak menakutkan dan ia agak jauh dari bandar.

Selesai sahaja urusan check in bilik, kami diberi panduan untuk menuju ke nombor bilik kami. Buka sahaja pintu bilik, Fareeq terus jerit “Mama cantiknya hotel ni, ayeeq suka”.

Baca: Pengalaman Bercuti di Kuantan 2 hari 1 malam

Kalau Fareeq dah suka, maksudnya hotel mega view ini memang boleh di ‘recommend’ untuk anda yang ingin bercuti di Kuantan,Pahang. Sebab anak Lisa ni jenis yang outspoken, jika dia tak suka sesuatu benda tersebut maka ia memang tidak bagus tetapi kalau sesuatu perkara yang dia katakan seronok, best dan cantik maksudnya benda tersebut memang bagus.

Kanak-kanak susah nak menipu kan.

Bilik kami menghadap sungai Kuantan. Amat mendamaikan. Ada beberapa kapal kecil, tersidai di tepi sungai tersebut dan disimbahi cahaya lampu yang terang.

mega view hotel
                                          Nampak tak, anak dan ayah tengah melayan suasana malam di jendela bilik.

 

Bilik kami bertemakan warna hijau dan hitam. Sangat unik.

Seperti biasa, tempat pertama yang Lisa akan tengok adalah tandasnya. Wah cantik.

 

Pada keesokan harinya, selepas bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan kami sempat sarapan di hall hotel. Lisa sangat tertarik dengan dekorasi hall tersebut seperti dalam white garden.

 

 

 

 

Antara makanan yang dihidangkan untuk buffet adalah nasi goreng, rendang, ayam goreng, nugget, sosej, mee goreng, telur dadar dan sebagainya lagi. Bagi minuman pula, anda ada pilihan untuk memilih minuman panas manupun minuman sejuk.

Untuk menempah hotel ini, anda boleh ke website Booking.com dan Agoda.com untuk dapatkan harga yang berbaloi.

 

Itu sahaja perkongsian Lisa untuk short vacation di Hotel Mega view di Kuantan,Pahang. Semoga ia bermanfaat untuk anda yang ingin bercuti di sini. Feel free to share this post in your media social.

 




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top