Part 1: Bercuti di Melaka 2017

Pada mulanya husband dan mak mertua rancang nak bercuti dipulau tapi disebabkan hujung tahun maka cuaca tidak sesuai untuk kami bercuti di kawasan pulau-pulau di Malaysia. Tiba-tiba Lisa nampak banyak orang viralkan tentang tempat menarik di Melaka dan makanan sedap di Melaka , Lisa terus bagi cadangan kepada husband untuk bercuti di Melaka 2017 ni. Bila dah discuss dengan family belah husband, dorang pun setuju untuk bercuti di Melaka iaitu 2 hari 1 malam.



Macam biasa, my favourite website to book accommodation is Airbnb. Kami lihat banyak review yang bagus untuk tempat penginapan yang bakal kami menginap. Cumanya ia banyak lot so kami kena pilih owner yang bagus di mana menyediakan kemudahan untuk kami sekeluarga menginap di sana.

Selesai sahaja majlis perkahwinan adik ipar, sehari selepas tu kami bertolak ke Melaka seawal 6 pagi sebab husband nak sarapan di sana. Gerai sarapan yang kami pergi adalah salah satu tempat viral di facebook iaitu tempat makan di Melaka. Nama gerai ini adalah WARONG NEK MUNAH.

 

Paling bestnya,tempat makan ni harganya sangat berpatutan dan yang penting sedap.

Kemudian kami gerak ke Zoo Melaka. Subhanallah berbeza sangat dengan zoo Melaka yang pernah Lisa pergi 16 tahun yang lepas. Tapi kali ni siap bawa anak datang ke Zoo Melaka.

Memang dinasihatkan jika anda ada anak atas 3 tahun, bawalah mereka ke zoo sebab waktu ni mereka sangat excited melihat haiwan-haiwan di zoo. Kalau boleh sebelum bawa ke zoo, kenalkan dulu gambar-gambar haiwan tersebut supaya bila tiba di sana mereka sendiri yang cakap nama haiwan tersebut.

Macam Fareeq, sepanjang kami di dalam zoo, dia yang banyak membebel dan banyak tanya. Antara soalan yang kadang-kadang kami pun tak tahu nak reply macam mana.

“Mama landak makan apa?”

“Mama, kenapa lion jalan macam tu?”

“Papa kenapa elephant buka mulut macam tu?”

“Mama, mana mama giraffe?”

Dan banyak lagi soalan Fareeq ajukan kepada kami. Sometimes, rasa nak nangis dengan soalan Fareeq. Soalan SPM pun tak sesusah ni.

Tapi sebenarnya, waktu ni la timbulnya perasaan ingin tahu dikalangan kanak-kanak dan merangsang otak mereka untuk berhubung antara satu sama lain.

SEpanjang di Zoo Melaka, kami tak berjalan sangat tapi kami naik train yang disediakan. Sebabnya kalau berjalan kaki agak mencabar.

Selepas seronok menikmati keindahan zoo melaka, kami terus ke Bandar Hilir, Melaka untuk makan tengahari dan berjalan sekitar bandar melaka.

Restoran yang bakal kami tuju ini, merupakan viral tempat makan sedap di Melaka. Nama restoran ini adalah Asam Pedas Selera Kampung.

Siput sedut masak lemak wajib cuba makan di sini. Meang terangkat.

 

Konsep restoran ini sangat bagus sebabnya ia ada sistem tersendiri untuk memudahkan pekerja restoran dan pelanggan yang datang. Anda boleh terus ambil pinggan yang sudah berisi lauk pauk dan masakan yang telah disediakan. Nasi pula ambil dari pekerja yang sedang senduk nasi dan pekerja akan datang ke meja anda hanya untuk ambil order air sahaja. So tak perlu anda menunggu lama untuk terima order dan tak perlu beratur panjang untuk mengambil lauk pauk. Semuanya telah disediakan.

Bila dah kenyang, baru happy nak sambung jalan dan shopping. Kebetulan sebelah restoran ini terletak bazar membeli belah pakaian serta makanan tradisional orang melaka antaranya asam pedas, sagu, dan lain-lain lagi. Disebabkan Lisa ni memang hantu asam pedas, so tak terlepas membeli paste asam pedas melaka. Memang sedap habaq hang.

Dalam pukul 5 petang kami check in ke Villa A’famosa yang terletak 40 minit dari Bandar Melaka. Actually it is not good planning because we thought that villa nearby with Bandar Hilir but it is too far from bandar Melaka.

Nak buat macam mana, redah juga la. Tapi yang bestnya, sebelah Afamosa ni, terdapat Freeport Afamosa Outlet macam JPO tu. Pusat membeli belah barang branded tapi dengan harga lebih rendah daripada biasa.

Ada private swimming pool depan rumah. Fareeq paling excited nak terjun kolam.

Ruang tamu yang agak luas.

Bilik yang sangat selesa dan boleh lihat pemandangan di luar.

Santai di swimming pool.

Di sebelah malam, kami makan malam di restoran yang terletak tidak jauh dari Villa ni. Kemudian terus ke Bandar Hilir untuk menikmati keindahan malam di Melaka.

 

 

 




18 thoughts on “Part 1: Bercuti di Melaka 2017”

  1. Pernah juga ke Zoo Melaka lama dahulu. Baguslah jika dah byk perubahan dan terjaga zoo tu. Btw, pernah nampak sorang blogger stay di banglo yang sama ni juga. Kalau tak salah sayalah. Dah ke Melaka memang wajib lah rasa asam pedas sana.

  2. Dah lama cadangkan kat suami nak pergi Zoo Melaka. Tapi katanya tak best sebab kecik. Betul ke? Banyak tak binatang?

    Bestnya swimming pool ?? Villa di Afamosa Resort berapa harganya 1 malam?

  3. Sis pernah duduk kat banglo Afamosa ni…paling syiok bila pergi ramai2 sb boleh berbbq dn terjun swimming pool ramai2..bosan2 pergi mandi kat taman air kat area situ jugak..dh lupa apa nama dia..hehehe.

  4. My family and I are planning to go to Melaka next week. My brother already booked a house near to the A’Famosa water park. With swimming pool juga. Entah-entah rumah yang sama… xD anyways, this entry really helpful! I will check again this entry for our perusal later.

  5. Ana tak pernah singgah dkt 2 kedai viral tu. Next time boleh lah cuba. Zoo melaka last pergi 5 tahun lps. Besar dan memenatkan tp seronok. Lps ni nk bawa anak sekali.

    A famosa resort dkt area alor gajah mmg jauh dr bandar. Ana dh pernah stay dkt villa tu. Mmg luas dan plg best ada private pool. Boleh berendam selama mana kita nak. Hehe

  6. Sapa peri melaka tak makan asam pedas tu memang pelik la kan. Saya pun masa pergi melaka dulu, waktu makan memang mencari asam pedas dulu. Dekat melaka, mana-mana asam pedas dia memang kaw habis

  7. Saya Zoo Melaka dah pergi, Zoo Taiping dah pergi. Zoo Negara je tak pernah pergi lagi. Bukti yang Zoo Melaka lebih hebat daripada Zoo Negara. Next time, kalau pergi Melaka lagi, saya cadangkan, naiklah River Cruise. Taklah special sangat, tapi berangin, dapat melihat Bandar Melaka dari sungai, boleh foto-foto, seronoklah. Lepas itu pekena Cendol Jam Besar, depan Stadhyus itu. Lawa jugak foto-foto kat sana. 😉

  8. menarik juga percutian ke Melaka … tak berapa jauh pun ye jugak .. nak wishlist la sebab tertarik dengan Villa A’famosa tu ha . Anak-anak sure suka sebab ada pool , buat family day pun best gak ni sebab luas

  9. Dah alama akak x pi zoo melaka..kena plan lagi pergi zoo ni…almaklum la anak akak dh besar panjang nanti nak ajak adik la…anak dia kecik2 lagi….seronok jalan macam ni sambil jjcm

  10. hemm.. sebelum TB tertanya2 gak apa yang best sangat zoo ni.. buat apa nak bawa kanak2 ke zoo? tapi lepas baca entri ni baru TB tahu.. ini adalah salah satu cara nak bagi ank kenal haiwan2 yang ada.. taklah tengok kat gambar atau TV aje ye.. hemm.. next time kalau anak TB dha besar boleh lah bawak pi zoo..

  11. Dapat bercuti bersma keluarga memang masa yang ditunggu-tunggu, Saya pon baru balik dari ETR 2017 event Eat Travel Ride memang seronok sekali perjalanan dr KL-Melaka-Johor-KL pelbagai makanan dapat dicuba.. Asam Pedas Tetel, Masak Lebak Daging Salai… semua sedap!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top