Part 1: Pengalaman Bercuti di Cappadocia, Turki

Alhamdulillah tak sangka impian yang kami pernah inginkan akhirnya tercapai sudah at the age of 28. Sebenarnya percutian di cappadocia tak masuk dalam itinerary kami ke Turki tetapi bila Lisa tengok dalam blog lain ramai yang masukkan percutian di cappadocia apabila mereka datang ke Turki. Dan kami terus decide nak ke cappadocia. Husband pun kata dah alang-alang jejak kaki ke Turki apa salahnya lajak kan sekali ke bumi Cappadocia. Decision tu lagi menguatkan Lisa untuk masukkan cappadocia dalam itinerary kami.



Perancangan kami adalah 3 hari di Cappadocia dan 4 hari di Istanbul. Nak ikutkan hati teringin juga nak pergi Ephesus, Bursa dan Pamukkale tetapi, mengenangkan kena ambil banyak kali flight dan kami ada anak kecil so kami tak nak ambil risiko untuk menanggung tahap kepenatan yang melampau. Hahha… ayat hiperbola..

Baca: Itinerary dan Budget Bercuti di Istanbul dan Cappadocia 

Firstly, kami beli return flight dari Qatar ke Turki. Untuk pengetahuan anda, di Turki mempunyai 2 airport iaitu Airport Atarturk dan Airport Sabiha Gokcen. Airport Sabiha Gokcen lebih kepada penerbangan tambang murah dan ia mengambil masa 50 minit dari airport ke Istanbul. Manakala airport atarturk hanya mengambil masa dalam 10 hingga 15 minit ke Istanbul. Kami memilih penerbangan tambang murah iaitu Pegasus dan ia mendarat di Airport Sabiha Gokcen. Tiba sahaja di Airport Sabiha Gokcen, kami terus pergi ruangan berlepas domestik untuk ambil flight seterusnya ke Kayseri dimana airport tersebut adalah untuk anda pergi ke Cappadocia.

Masuk flight ke Istanbul

Tiba je di airport Sabiha Gokcen, kami cari breakfast dahulu. Harga agak tinggi di sini tapi nak buat macam mana, lapar punya pasal. Huaaa…

Sebenarnya, anda boleh pergi dari Istanbul ke Cappadocia dengan menaiki bas dan train tetapi perjalanan lebih dari 8 jam, maka kami decide untuk ambil flight yang hanya ambil masa 1 jam sahaja. Lagipun, harga tiket lebih kurang sama. Untuk budget dan kos sepanjang kami bercuti di Turki, Lisa akan tulis special entry mengenai perkara tersebut sahaja.

Dari airport Kayseri ke cappadocia mengambil masa 40 minit dan kami telah ambil pakej return transfer airport dari host Airbnb kami. Sampai sahaja di airport, kelihatan nama kami sudah dipanggil dan terus di bawa ke Van. Kami tiba di Cappadocia pada pukul 2 petang dan terus check in Hotel di Uchisar. Alhamdulillah sangat sepanjang perjalanan kami dari Qatar ke Uchisar, Fareeq tak da mengamuk atau cranky. Tapi waktu kami dalam flight dari Doha ke Istanbul, da baby menangis sepanjang perjalanan. Memang agak mencabar bila travel dengan anak kecil. Bila kita dah jadi parents ni, siatuasi macam tu kita dah boleh faham. Cuma kepala jadi sangat pening sebab tak cukup tidur. Huhuhu…

Di airport Kayseri

Sebelum check in, kami berbincang dengan host Airbnb Hotel untuk perancangan 3 hari kami di sini. Sebab itulah Lisa lebih suka Airbnb kerana host hotel lebih mesra dengan kita dan mudah nak berbincang berbanding kita ambil hotel. Mereka akan mencadangkan the best planning for us and the best price.

Baca: Daftar Airbnb dan Dapatkan Percuma 40$

Hotel tempat kami menginap

Pemandangan dari hotel kami

Jika anda datang ke Cappadocia, Lisa sarankan cuba merasai pengalaman tidur dalam gua. Bukan senang nak dapat pengalaman ni.

Bilik yang kami menginap agak luas dan selesa.

Fareeq happy sangat bila tahu bilik air ada kolam. So dia dah cop kolam tu dia punya. Mama papa nak join pun tak boleh.

Anda Mungkin meminati: 5 Website untuk Booking Hotel Murah

Kami rehat dan take a nap sebelum memulakan edisi exploring. Why we choose Uchisar compare to Goreme? Firstly, Lisa tak tahu pun area hotel Goreme tu memang kawasan walking distance dengan centre. Secondly, tak sangka rupanya Uchisar pun best juga sebab 2 minit sahaja dari Goreme dan paling bestnya, hotel kami di atas bukit, seluruh bandar Goreme kami dapat lihat dan terutamanya pemandangan hot air balloon pada waktu pagi. Memang sangat cantik pemandangannya dan udara pun sejuk je.

Cara dekorasi restoran di sini pun sangat cantik

Ini adalah makanan tengahari kami tapi seriously mula-mula tak boleh masuk tekak, maybe kami ni pure tekak melayu. Tapi kami perlu biasakan sebab tak bawa bekalan makanan pun. Tapi anda wajib merasai makanan tempatan di sini. Walaupun rasanya agak pelik tapi masih rasa sedap.

Bila perut dah kenyang, baru best nak sambung jalan-jalan di sekitar kawasan Uchisar. Penduduk di sini sangat ramah walaupun language barrier agak tinggi di Turki. Even kami guna perkataan Good Morning, mereka masih tidak faham maksud tersebut.

Gambar di atas sekitar kawasan Uchisar, Cappadocia

 

Menikmati pemandangan matahari terbenam di sebelah Uchisar Palace

Semasa jalan di sekitar Uchisar, kami sesat dalam kota ini. Waktu tu memang sangat penat dan Fareeq pulak tak habis-habis suka main pasir. Di sini kawasan agak kering dan dikelilingi small cave. Nasib baiklah, Uchisar Castle sangat tinggi so bila sesat kami jadikan ia sebagai panduan untuk jalan pulang. Kebteulan hotel kami tidak jauh dari castle tersebut.

Pada waktu malam, kami dinner di sekitar hotel dan hanya walking distance. Banyak restoran yang menawarkan makanan tempatan yang sedap dan harga berbaloi. Datang ke cappadocia, jangan lupa rasai kebab dalam tembikar atau di sini lebih dikenali sebagai Testi kebab. Memang sedap sangat.

Baca: 5 Website Untuk Booking Hotel Murah

 

Apa yang membuatkan kami rasa terharu apabila kami sedang makan, ada seorang pelayan letakkan selimut kecil di bahu kami. Pada waktu malam di sini agak sejuk. Membuatkan kami rasa dilayan seperti raja. Cewahhh… konon je..

Sambung… di Part 2: Pengalaman bercuti di Cappadocia

 




6 thoughts on “Part 1: Pengalaman Bercuti di Cappadocia, Turki”

  1. Pingback: Checklist 36 Perkara yang Wajib Anda Lakukan di Turki - Blog Mama Lisa

  2. Pingback: 10 Reasons Why Travel Around The World Is Good For Us - Ladylisaa.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top