Pagi-pagi lagi kami dah dengar jiran sebelah pasang muzik rancak, bila selak langsir rupanya dorang datang ke Villa sebelah untuk mengadakan Family Day dan dorang tengah aerobik beramai-ramai. Bagus betul perancangan keluarga mereka. Kelihatan agak ramai ahli keluarga yang menyertai family day tersebut.
Kami siap-siap untuk keluar bersarapan dan seterusnya check out dari villa a’famosa Melaka. Pengalaman tinggal di villa ini sangat seronok sebab rumah ni luas dan mempunyai 4 bilik serta swimming pool dihadapan rumah. Cumanya, untuk masuk ke kawasan villa ini agak jauh dari pintu masuk A’famosa. Dan jika berjalan malam, suasananya agak suram dan menyeramkan. Heheh… Tapi alhamdulillah sepanjang kami menginap di sini tiada perkara yang tak diingini berlaku seperti yang baru diviralkan.
Kebetulan boleh dikatakan villa area yang kami tinggal semuanya berpenghuni dan mereka kebanyakannya membuat family day. So sangat meriah di kawasan tersebut.
Pagi ni kami bersarapan di tempat makan sedap yang diviralkan dalam facebook iaitu Kedai Roti Canai Kayu Arang.
Restoran ni terletak tidak jauh dari bandar Melaka. Selepas kenyang kami terus menuju ke Bandar Hilir, Melaka untuk meneruskan misi berjalan-jalan di Melaka iaitu Bandar bersejarah.
Kami pergi ke Menara Taming Sari untuk melihat keseluruhan bandar Melaka dari atas.
Boleh nampak selat melaka dari menara Taming Sari. Sangat cantik dan mempesonakan.
Kemudian kami berjalna-jalan sekitar dataran iaitu terletak tidak jauh dari menara Taming Sari.
Dari jauh Fareeq dah nampak Dinosour sesat di bandar Melaka.
Bila dah ada anak ni, mama kena tabah sikit untuk posing sebab dia memang tak akan layan camera.
Habis je explore bandar melaka, kami menuju pulang ke Selangor tetapi sempat singgah di Freeport Afamosa untung sesi shopping.