Part 2: Pengalaman Bercuti di Dubai

Sebelum kami pergi ke Dubai, ada beberapa kawan yang tinggal di Dubai suggest supaya beli tiket Hop On Hop Off Bus, sebab mereka kata walaupun Dubai mempunyai banyak kenderaan awam tetapi ia ambil masa untuk pergi ke destinasi yang kita inginkan contohnya tak semua tempat tarika pelancong , train atau metro akan lalu. Jadinya lebih mudah ambil pakej Hop on Hop off Bus. Kebetulan pakej yang kami ambil, banyak tiket percuma yang diberikan antaranya tiket masuk Aquarium, tiket Global Village, Dhow Cruise dan banyak lagi.



Pada pagi ni, kami sudah siap-siap untuk pergi ke station Hop On Hop Off Bus yang terletak di hadapan Dubai Mall, maka kami berjalan kaki sahaja dari studio Airbnb kami. Sampai sahaja di sana, kelihatan sederet barisan bus telah tunggu pelanggan. Kami hanya tunjuk email yang Klook.com berikan dan staf di sana terus print kan tiket kami untuk 2 hari. Dan kami diberitahu sebenarnya pakej yang kami ambil adalah 3 hari maka kami jimat lebih 100aed.

Kami sempat singgah di kedai ini untuk membeli bekalan makanan dan minuman. Disebabkan Fareeq sering lapar maka bekalan makanan yang kami perlu sediakan perlu cukup untuk keperluan dia. Bila travel mesti cepat lapar sebab banyak tenaga digunakan.

Bas sudah tunggu di hadapan Dubai Mall. Terdapat dua syarikat hop on hop off bus, terpulang kepada anda untuk memilih bus yang mana. Tetapi dalam pakej yang kami beli dari website Klook.com, city sightseeing bus adalah bus yang bekerjasama dengan mereka.

Unlimited air mineral disediakan di dalam bus. Bus ini mempunyai beberapa laluan antaranya Red route, Blue Route, Green Route dan beberapa laluan lagi. Anda boleh pilih mengikut destinasi yang ingin anda tuju. Pada hari ini kami pilih laluan Biru di mana ia akan bawa kami ke Burj Al Arab dan ke Emirate Mall.

Maps ini akan diberikan semasa anda menaiki bas tersebut. Anda boleh merancang perjalanan dan destinasi anda.

burj al arab

Fareeq paling gembira bila lihat laut dan kawasan yang terbentang luas ni. Jika anda ingin ambil gambar berlatarbelakangkan Burj Al Arab anda perlu berhenti di Public Beach Umm Suqeim.

burj al arab

Anda juga boleh mandi di sini tetapi di bahagian 500m dari kami ambil gambar di sini, mungkin itu memang syarat yang telah ditetapkan.

Setelah puas menikmati keindahan pantai di sini, kami meneruskan perjalanan menuju ke Emirate Mall untuk membeli makanan tengahari dan menunggu Bus untuk bawa laluan ke Miracle Garden dan Global Village.

dubai miracle garden

Sampai sahaja di Dubai Miracle Garden, kelihatan ramai pengunjung keluar masuk di pintu masuk utama. Uniknya kami disambut oleh seekor kura-kura yang dipenuhi dengan bunga-bungaan. Sangat comel. Tapi sayang, masa ni Fareeq tengah tidur, kalau tak mesti dia akan panjat kura-kura tu.

Dubai Miracle Garden ni hanya dibuka dari bulan November sehingga April sahaja. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui 30 tips bercuti di Dubai.

Ini merupakan kapal terbang yang menjadi salah satu kebanggaan rakyat negara UAE iaitu Emirates.

Di kala Fareeq tengah tidur, masa ni lah mama dan papa dapat ambil gambar bersama, kalau tak mesti kejar dia berlari sana sini. Oh, anakku!!

Di sini penuh dengan bunga-bungaan dan wanita pasti akan teruja bila masuk dalam Dubai Miracle Garden ni. Paling yang mengujakan bila melihat banyak rumah comel dan replika haiwan ditutupi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni.

Selepas 2 jam kami di sini, kami menaiki bus untuk pergi ke Global Village iaitu tempat tarikan pelancong di mana pelbagai negara berkumpul dalam satu tempat. Setiap bangunan yang mempunyai tema negara tersebut akan dihiasi mengikut keistimewaan negara itu serta barangan yang dijual juga mengikut negara tersebut.

Anda boleh jumpa dengan orang Turkey dalam bangunan negara Turkey ini dan boleh membeli barangan dari Turkey contohnya Turkish delight.

Tidak ketinggalan negara China juga memasuki dalam list Global Village. Lisa sempat beli barangan negara China ini iaitu baju dan beberapa barang keperluan. Harga di sini tidak terlalu mahal berbanding harga di luar.

Anatara negara yang sertai dalam Global Village adalah Iran, Africa, India, Pakistan dan banyak lagi, lebih 10 negara yang sertainya.

Di sini, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual seperti pasar malam di Malaysia cuma kedainya berkonsepkan gerai jualan. Setelah membeli makanan, anda boleh berkelah di ruangan tengah padang dan melihat persembahan mengikut tema malam tersebut.

Pada keesokan harinya, kami menuju ke Souk Gold untuk membeli barangan souvenir, tapi semasa perjalanan menuju ke sana, bus ada melalui Burjuman Mall dan kami ternampak ada sebuah kedai berhadapan dengan Burjuman Mall menjual souvenir dengan harga serendah 1 dirham. Kami terus membuat keputusan untuk membeli barangan di sana. Banyak juga yang kami dapat beli di sana.

Kemudian, kami bergerak menaiki bas menuju ke Souq Gold. Subhanallah kiri kanan emas. Nak baju emas pun ada dijual di sini. Paling mengagumkan adalah kedai-kedai emas ini tiada security guard yang jaga bermaksud negara Islam ni sangat selamat dari penjenayah.

Pada mulanya, kami ingin naik dhow cruise tetapi kami dimaklumkan bahawa cuaca tidak mengizinkan maka kami terus menuju ke Dubai Mall untuk makan tengahari serta membeli barangan di sana. Lagipun, kami sudah kesuntukan masa sebab tiket flight pada pukul 7 petang maka 3 jam sebelum kami dah perlu bertolak dari Dubai.

Bila Lisa masuk outlet Sephora, ramai sangat manusia di dalam ni. Seolah-olah sedang beli goreng pisang panas. Dan mereka bukan membeli barangan mewah kosmetik sahaja tetapi barangan berjenama terkenal dari atas sampai bawah di Dubai Mall ini. Lisa dapat anggarkan bahawa average setiap orang yang shopping di sini adalah Rm10,000 hingga Rm50,000. Bayangkanlah satu handbag yang dijual adalah dalam lingkungam Rm5000 hingga Rm30000. Dan mereka tidak membeli satu atau dua barangan mewah ini tetapi lebih dari itu.

Subhanallah kaya betul dorang ni.

Jika anda, masih ragu-ragu ingin datang ke Dubai atau tidak, Lisa saran jadikan destinasi Dubai sebagai wishlist anda. Kerana Dubai merupakan negara Islam yang kaya dan cuba anda lihat bagaimana kekayaan tersebut dinikmati oleh penduduknya. Jika ditanya tentang ramaikah peminta sedekah, sejujurnya Lisa boleh katakan sepanjang kami di sana, kami tidak pernah jumpa peminta sedekah.

Bila di negara Qatar, kami rasakan ramai yang kaya tetapi bila kami datang ke Dubai, penduduk di sini juga lebih kaya raya dan lebih maju pembangunannya. Kiri kanan kami kereta mewah. Jika lihat cara hidup mewah mereka, pasti ada perasaan cemburu terselit di hati anda sebab Lisa pun ada rasa perasaan tu juga cuma bila fikir tentang syukur maka kita kena rasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan jadikan itu sebagai sumber inspirasi kita untuk lebih berjaya. Tetapi jangan salah anggap dengan kenyataan Lisa bahawa kaya tidak semestinya berjaya dan miskin bukanlah beerti gagal.

Di mata Tuhan kita adalah sama. Yang bezakan kita dan orang lain adalah amalan kita.

Semoga perkongsian Lisa dalam perjalanan bercuti di Dubai ini membantu anda untuk memudahkan percutian anda di sini. Percutian kami sangat singkat sebenarnya disebabkan beberapa faktor tetapi Lisa rasa bersyukur sebab one of my dreamlist was achieved in early 2018.  Ada beberapa tempat yang kami tidak pergi contohnya Hot Air Balloon dan Padang pasir, sebabnya kami dah merasai pengalaman tersbeut semasa kami bercuti di Qatar dan di Turki maka kami terpaksa skip dengan aktiviti yang pernah kami lakukan.

Tiket Hop On Hop Off Bus: Klook.com

Tiket Global Village: Percuma(Include package Bus)

Tiket Dubai Miracle Garden: Beli di counter 33aed




1 thought on “Part 2: Pengalaman Bercuti di Dubai”

  1. Pingback: 30 Tips Bercuti Di Dubai - Ladylisaa.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top