Part 5: Pengalaman Bercuti Di Istanbul, Turki

Our first destination for today is Basilica Cistern yang terletak di sebelah Sultan Ahmed Mosque. Per entry for adult is 40 Lira. Ia tidak termasuk dalam museum pass. Di sini adalah tempat saluran air serta sejarah seorang wanita bernama Medusa.



Tempat ni sentiasa berair dan ia terletak di bawah tanah. Sangat unik ukiran bangunan serta tiangnya, Kemudian kami bergerak ke Dolmabahce Palace dengan menaiki tram menuju ke Kabatas Sultan Ahmed Station. Dari station Kabatas anda perlu berjalan kaki sekitar 10 minit ke sana.

Bila anda masuk ke dalam palace ni, ia adalah tempat tinggal Atarturk. Ukiran dan seni dekorasinya adalah sentuhan barat. Sangat cantik. Jika anda biasa tengok filem klasik orang putih, dekorasinya lebih kurang sama. Sangat mewah. Dalam ni anda akan dibawa oleh tourist guide untuk menerangkan setiap penjuru palace ni.

Daftar Airbnb dan dapatkan Rm106 diskaun penginapan anda

Kemudian, kami naik bas menuju ke Pierre Loti Hill di mana anda boleh nampak pemandangan matahari terbenam di seluruh kota Istanbul. Untuk naik ke atas anda boleh naik teksi atau jalan kaki atau pun guna cable car. Sekali naik untuk cable cara adalah 1.5 Lira. Ia di kira dalam Istanbulkart.

Keesokan harinya kami pergi ke Grand Bazar tapi malangnya disebabkan mereka masih beraya Haji, Grand Bazar ditutup. Dan kami hanya membeli sedikit sahaja barang souvenir di luar Grand Bazar. Tengahari kami dah bergerak ke Airport Sabiha Gokcen untuk pulang ke Qatar. Tak sangka berakhir sudah percutian kami di Istanbul.

InsyaALLAH Lisa akan update untuk entry budget dan kos ke Turki serta entry untuk Tips dan perkara wajib yang anda perlu buat bila datang ke Turki.

Terima kasih kerana membaca perjalanan kami di sini.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top