Pengalaman Pertama Membuat Umrah Pada Musim Sejuk : Part 1

Lisa tertanya-tanya sebenarnya bagaimana kita nak tahu yang diri ni dah bersedia atau belum untuk menunaikan umrah? Adakah berdasarkan kewangan yang mencukupi? Atau persediaan fizikal dan mental sepenuhnya ready? Atau kita terus saja pergi tanpa memikirkan bersedia atau tidak? Sebenarnya, niat kami menunaikan umrah dah mula dipasang ketika awal perkahwinan lagi. Tunaikan umrah merupakan salah satu dream yang kami lukis di dream board Lisa dan suami waktu seminggu pertama kami berkahwin. Kami tampalkan dream board tersebut di ruang tamu supaya mudah dilihat. Setiap hari tengok dream board, dalam hati bila boleh capai semua impian tersebut. Alhamdulillah satu per satu Allah makbulkan impian kami. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Nak dipendekkan cerita, Allah Maha berkuasa, Dia beri peluang kepada kami pindah ke Qatar. Di sana kami sudah pasang niat nak pergi umrah sebabnya negara Qatar dan negara Saudi hanya sebelah saja, tak sangka lepas seminggu kami pindah ke Qatar, pihak Saudi umumkan semua rakyat Qatar mahupun penduduknya tidak dibenarkan membuat umrah kerana blockade. Sedih sangat waktu tu. Lisa cakap dengan husband belum rezeki kita nak sampai di sana. Pujuk hati banyak kali.



Lisa doa kat Allah supaya ada rezeki nak buat umrah dan dipermudahkan. Selepas 2 tahun duduk di Qatar, Allah beri peluang kepada kami untuk pindah ke Dubai. Lisa kata dengan husband, ambil peluang ni nak pergi umrah sebab dah sebelah dan negara UAE tiada masalah dengan negara Saudi. Mereka kawan baik.

Dari sebulan ke sebulan, kami ada buat perancangan nak pergi umrah tapi ada je halangannya, sampailah negara UAE umumkan cuti panjang sempena National Day mereka. Waktu tu, Lisa usulkan perkara ni kat husband dan alhamdulillah husband pun terbuka hati nak pergi umrah dan kebetulan ada sahabat kami juga nak pergi sama.

Untuk cara kami buat umrah secara diy dan dengan travel agent, anda boleh baca di entry post Lisa di sini. Lisa ada ceritakan dari awal proses kami membuat booking ticket flight sehinggalah kami tiba di sana.

Untuk pengetahuan anda, di Dubai tiada kursus umrah seperti yang di Malaysia. Bermaksud kami terpaksa belajar sendiri dari awal sehingga akhir. Mujurlah zaman sekarang semuanya di hujung jari, makanya Lisa banyak belajar cara buat umrah ini melalui youtube dan media sosial. Lisa bersyukur sangat 2 minggu sebelum kami ke Mekah, mak abah mertua Lisa datang untuk berjalan-jalan di Dubai. Sambil tu, kami minta nasihat dan mak abah banyak ajar Lisa dan suami tentang bagaimana melakukan umrah secara tertib. Barang-barang umrah pun ada yang mak abah bagi kepada kami. Lagipun mak abah mertua Lisa baru buat umrah pada hujung tahun 2018. Buku-buku panduan juga mak abah beri kepada kami. Lisa cuba juga cari buku panduan umrah di kedai-kedai buku di Dubai, tapi tak jumpa. Jadinya sumber rujukan kami adalah dari mak abah mertua Lisa, youtube, google dan buku panduan yang diberikan.

Sebagai seorang wanita yang ingin membuat umrah, Lisa ada sedikit kerisauan bab mengenai kedatangan haid. Kalau boleh, biarlah ketika tarikh melakukan umrah Lisa tidak didatangi haid dan boleh berpeluang membuat ibadah di sana. Sebab Lisa dengar cerita ada wanita yang sampai saja di Mekah mahupun Madinah tiba-tiba haidnya datang dan tidak berpeluang nak masuk baitullah. Anda boleh baca di sini tentang pengalaman Lisa didatangi haid ketika umrah.

Pada hari yang dinanti-nantika sudah tiba, flight kami pukul 12 tengahari dan kami janji berjumpa dengan sahabat kami di airport dalam pukul 8.30 pagi. Di rumah, Lisa dan suami dah siap-siap mandi sunat ihram dan solat sunat musafir. Pakaian ihram, kami akan pakai ketika tiba di airport dan sekali buat solat sunat ihram. Kerana ketika dalam flight kami akan melalui miqat dan di sana kita perlu niat umrah dalam kapal terbang.

Kami bersama keluarga sahabat suami Lisa yang sama-sama bekerja di Dubai.
Sebelum masuk dalam perut kapal terbang.
Sebelum tidur, Sarah main dengan papa dan abang Fareeq dulu.
Kapal terbang kami baru melalui miqat dan kami semua yang ingin membuat umrah diminta untuk berniat.

Setengah jam sebelum mendarat, pihak stewardess mengumumkan bahawa kapal terbang akan melalui miqat dan mereka meminta kami untuk berniat umrah. Waktu tu kami dah mula rasa sebak sebab kita disunatkan membaca talbiyah selepas berniat di miqat. Setiap bait maksud talbiyah tersebut sangat mengharukan. Perasaan gembira, bercampur terharu dan ditambah dengan rasa bersyukur tak terhingga. Seolah-olah Allah sudi terima kedatangan hambaNya ini yang memikul terlalu banyak dosa di bahu.

Setibanya kami di airport Jeddah dan setelah selesai urusan imigresen dan pengambilan beg, kami terus menuju pintu utama untuk berjumpa dengan mutawif yang telah ditugaskan. Perjalanan dari airport Jeddah ke Kota Mekah mengambil masa sejam setengah.

Makin kenderaan kami mendekati mercu tanda berhampiran masjidil haram iaitu Clock Tower, semakin hati ini jadi tak sabar nak masuk ke masjidil haram iaitu baitullah. Subhanallah perasaan yang tak dapat digambarkan betapa gembira dan syukurnya ketika itu.

Kami sempat solat jama’ takhir di masjidil haram dan selepas solat maghrib dan isya, kami terus melakukan umrah yang pertama. Masa itu ramai sangat orang dan ia mengambil masa sehingga 2-3 jam untuk selesaikan umrah pertama. Lisa dan baby Sarah duduk di dalam hotel disebabkan Lisa masih didatangi haid.

Umrah Lisa pertama adalah pada keesokan harinya ketika waktu dhuha dan sebelum solat jumaat. Suami dan anak-anak temankan Lisa buat umrah pertama dan ketika itu suami buat tawaf atas niat tawaf sunat. Lisa pula tawaf atas niat tawaf umrah.

Bersambung…..




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top