Pengalaman Travel Backpacker di Amsterdam dan Rotterdam

Masa yang dinantikan telah tiba, Lisa tak sabar nak lihat ladang tulip antara terbesar di dunia yang terletak di Keukenhof. Perjalanan dari Amsterdam Central ke Keukenhof mengambil masa sejam untuk tiba di sana. Kami bawa backpack sekali sebabnya selepas kami ke Keukenhof kami akan terus ke Rotterdam dan ia tidak jauh dari sana. Bagi anda yang ingin ke keukenhof, anda boleh ambil train dari Amsterdam Central dan turun ke Schipol Airport. Di sebelah kanan airport, terdapat barisan bas yang akan bawa anda terus ke keukenhof. Harga tiket 10 euro for return.



Tiba sahaja di Keukenhof, kami terus mencari locker bag untuk disimpan sementara. Syukur sangat locker bag di Keukenhof ni adalah percuma, maka kami ambil 3 locker untuk simpan 2 backpacks dan 1 bag luggage. Ramai orang beratur panjang untuk masuk ke ladang tulip ini. Mujurlah kami beli tiket melalui online, maka penjaga pintu tersebut hanya scan sahaja kertas yang telah kami print out. Kami beli tiket ini di sini.

Masuk sahaja dalam keukenhof ni, Lisa pasti anda akan terpukau dengan kecantikan warna warni bunga tulip ini. Eh, tapi sebelum tu anda perlu tahu Keukenhof ni buka hanya pada pertengahan bulan mac sehingga May sahaja, jika anda pergi selain waktu ini memang tidak berpeluang untuk lihat bunga tulip. Sebab ini hanya ada pada musim Spring sahaja.

 

keukenhof

 

bunga tulip amsterdam

 

 

keukenhof

 

Kat sini, anda akan rambang mata untuk tangkap gambar. Selang 3 4 langkah anda pasti nak ambil gambar. Dan banyak tempat cantik-cantik yang boleh anda stop by . Lisa rasa mungkin kena spend 2 hingga 3 jam untuk jalan-jalan dalam keukenhof ni.

 

Bila masuk keukenhof ni dan anda rasa lapar, bolehlah pergi beli fresh fries di food truck Friet. Rasa fries dia memang sedap. Sebab tulah, ramai yang beratur panjang untuk beli fries ini.

Baca: Pengalaman Travel Backpacker di Amsterdam

Tepat pukul 12.30 kami segera mengambil beg-beg di locker dan ambil bus untuk terus ke Rotterdam Central. Di sana, kami beli tiket daily pass iaitu 7 euro dan dari tengahari sehingga petang kami berjalan sekitar Rotterdam. Untuk pengetahuan anda, bandar Rotterdam ini lebih tenang dari Amsterdam dan dapat bertemu dengan ramai muslim. Kedai makanan halal juga mudah didapati di sini.

Kami check in dulu di rumah host Airbnb dan kemudian keluar untuk cari makan. Alhamdulillah, kami jumpa restoran jawa Indonesia. Husband Lisa terus senyum lebar bila nampak restoran jawa ni, almaklum dia keturunan jawa.

 

Ini adalah rumah host Airbnb kami. Bilik kami menghadap terusan sungai dan suasananya amat nyaman. Tambahan pula, ia berdekatan dengan public trasnport.

 

 

Datang ke Rotterdam, wajib singgah ke cube house yang unik ini. Ia berhadapan dengan station train.

 

Jalan kaki 5 minit, anda akan bertemu dengan bangunan yang seperti di atas. Namanya adalah the Markthal. Dalamnya, terdapat pelbagai jenis makanan dan ada market. Paling mengejutkan kami adalah, banyak barangan dari indonesia dan china dijual di sini. Rempeyek, tempe, durian juga ada dijual di sini.

Jika anda penggemar buah berry, maka masa inilah anda boleh beli borong di dalam markthal ni. Harganya sangat berpatutan. 2 bekas dijual 3.99 euro.

 

 

Kami sempat membeli murtabak Turki di sini. Memang sedap. Campuran turkish cheese dan baby spinach lagi membuka selera kami yang masih kelaparan.

 

Setelah berjalan di kawasan tersebut, kami terus ke restoran Jawa yang terletak tidak jauh dari rumah host Airbnb kami. Kelihatan Fareeq pun dah penat, so kami pulang selepas habis makan. Bila kita bawa anak kecil travel bersama, kita kena consider keadaan anak juga supaya jika dia terlalu penat maka potensi untuk tantrum tu agak tinggi. Bagi mengelakkan terjadinya drama korea antara Fareeq dan Mama, maka kami pun pulang ke rumah untuk istirehat.

 

Summary & Sources:

Ticket train(from Amsterdam Central-Schipol Airport)- Buy a single ticket

Ticket bus(from Schipol Airport-Keukenhof)- Buy onsite ticket 10 euro for a return

Ticket bus(from Keukenhof-Rotterdam)- Buy a single ticket

Ticket entry to Keukenhof- Buy through online from here

Ticket tram and train- Buy daily pass 7 euro

 




2 thoughts on “Pengalaman Travel Backpacker di Amsterdam dan Rotterdam”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top