Pagi-pagi lagi kami siap kemaskan beg dan check out hotel. Tapi beg-beg ditinggalkan di Hotel tersebut kerana kami akan berjalan agak jauh dari Amsterdam pada hari ini iaitu kami akan ke Giethoorn. Ia terletak di luar bandar Amsterdam dan mengambil masa 2 jam ke sana.
Sebelum kami mengambil pengangkutan awam, kami beli tiket daily pass iaitu anda boleh naik semua kenderaan awam termasuk tram, train dan bus tanpa batasan(unlimited). Bermaksud anda boleh banyak kali turun naik kenderaan awam ini tanpa had. Untuk pembelian tiket daily pass ini, anda perlu pergi ke kaunter tiket yang terletak dalam Amsterdam Central.
Inilah tiket yang kami beli di kaunter. Banyak juga jimat sebab kami memang menggunakan 100% public transport. Untuk anda yang ingin ke Giethoorn, tiket ini cover sehingga anda tiba di sana. Tak perlu beli tiket yang lain. Dari Amsterdam central, anda perlu naik train dan bas.
Kami tiba di Giethoorn pada pukul 12 tengahari dan terus mengambil canal tour di sana. Untuk canal tour, kami sudah booking secara online di sini. Ada juga website lain yang offer harga yang berbaloi iaitu Klook.com. Pemandangan di sini sangat cantik. Mata anda akan dijamu dengan keindahan pelbagai dekorasi rumah yang terletak di atas terusan air. Sehinggakan, kami rasa mahu tinggal di sini sahaja sebab ia sangat tenang dan aman.
Setelah sejam berada di dalam boat, kami juga berpeluang untuk berjalan kaki untuk melihat lebih dekat di setiap rumah atas terusan air ini . Kawasan di sini sangat bersih dan nyaman.
Baca: Pengalaman Travel di amsterdam: Part 1.
Untuk pengetahuan anda, terdapat sewaan boat yang dipandu oleh kita sendiri untuk menelesuri terusan air di sini. Dari segi rate sewaan, Lisa tak pasti berapa sebab kami menggunakan boat yang dipandu oleh driver dan ada seorang yang akan terangkan sejarah rumah di sini. Setiap boat boleh memuatkan sekitar 20 orang.
Kami sempat makan tengahari di sini sambil melayani karenah itik-itik yang comel. Bekalan makanan, Lisa dah masak nasi goreng pada awal pagi supaya mudah makan dimana sahaja dan tak perlu untuk mencari makanan halal. Semasa kami travel ke Perth Australia, Lisa memang akan masak untuk makan tengahari juga.
Waktu kami habis je makan, tiba-tiba hujan turun dan kami decide untuk pulang ke Amsterdam dan berjalan di sekitar sana. Tempat pertama kami kunjungi ketika di Amsterdam ialah Bloenmarket iaitu pasar terapung atas air yang menjual pelbagai jenis bunga tulip dan souvenir. Harga di sana agak berpatutan dan lebih rendah dari tempat yang lain.
Benih bunga tulip juga ada dijual di sini. Jika anda teringin nak menanam bunga tulip boleh beli.
Fareeq paling excited datang sini sebabnya warna warni dan dia nampak ada butterfly terbang di sana sini. Kerjanya menangkap butterfly.
Ini adalah stroop waffles yang wajib anda makan bila sampai di Amsterdam. Kami beli stroop waffles ni di kedai yang terletak berhadapan Bloemenmarket ni, memang sedap. Dalam waffle ni ada madu yang telah dikeraskan.
Mula-mula beli 1 peket je, tapi bila tengok Fareeq dan papanyalaju je makan, so kami borong sekali 4 peket dalm 12 euro.
Dalam kedai yang sama juga, ada dijual lebih 50 jenis cheese. Ada yang rasa honey, cinnamon, parsley,cumin dan sebagainya. Bila kami rasa a few jenis cheese di sini, kami decide untuk beli cheese yang original sahaja. Rasanya lebih sedap. Untuk bungkusan seperti di atas, ada yang dijual 7 rueo, ada yang 8 euro.
Bekas kecil ni dijual dengan 2 euro dan anda boleh rasa 5 hingga 7 jenis cheese di dalamnya.
Kemudian, kami teruskan perjalanan menuju ke I amsterdam sign yang terletak tidak jauh dari Bloenmarket, tapi still kena ambil tram untuk ke sana. Tram di sini sangat efficient, anda hanya tunggu 2 hingga 3 minit sahaja kemudian tram pun sampai. Cumanya anda perlu berhati-hati untuk melintas jalan sebab terdapat banyak laluan di sana anatarnya laluan tram, kereta dan basikal. First time kami datang sini, husband Lisa pening nak tengok kiri atau kanan sebab tiba-tiba akan ada basikal laju datang dari kiri dan tiba-tiba ada tram tengah menuju ke arah kita.
Sebenarnya sangat susah nak dapat clear picture of I amsterdam sign. Sentiasa ramai orang di sini dan ada juga siap panjat word I amsterdam. Maka 2 gambar di atas je yang mampu kami ambil sebagai bukti kami dah sampai di sini walaupun ia penuh denga lautan manusia.
Kemudian, kami berjalan sekitar Rijkmuseum dan tak bekesempatan untuk masuk sebab kami tiba di Amsterdam pun dah nak masuk maghrib. So we decide untuk balik hotel dan sambung jalan ke Hard Rock Cafe, kebetulan kawan husband banyak yang tempah t-shirt hard rock cafe amsterdam ni.
Alhamdulillah, hari ni itinerary kami berjalan seperti yang dirancangkan. Seronok bila datang ke negara yang tidak pernah lagi dilawat dan Amsterdam merupakan pusat pelancongan dari seluruh dunia. Makanya, ia agak busy dan tidak setenang semasa kami ke Giethoorn dan Zaanse Schaans.