Resepi Penne Carbonara Mudah dan Simple

Hari ni Lisa nak kongsi resepi Penne Carbonara yang mudah dan simple untuk disediakan. Bagi ibu-ibu yang busy, resepi ini sangat sesuai untuk anda. Lisa sediakan resepi ini hanya dalam 10 hingga 15 minit sahaja.



 

Bahan-bahan

1 peket Penne

1 peket mushroom soup

2 slice cheese cheddar

2 biji bawang putih

1 biji bawang merah/ holland

Setengah biji carrot(dipotong mancis)

2 batang sosej

1 dada ayam(dipotong dadu)

2 cawan Fresh Milk

1 sudu serbuk oregano

1 sudu parsley

Cara-cara Membuatnya:

1- Masukkan penne ke dalam periuk dan dimasukkan air. Biarkan ia sehingga masak. Jika tak nak melekat antara penne, masukkan sedikit minyak masak.

2- Kemudian, untuk menyediakan bahan creamy carbonara adalah, tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama minyak olive sehingga naik bau.

3-Masukkan sosej dan serbuk mushroom soup yang telah dikacau bersama dengan air.

4-Masukkan ayam, carrot, cheese dan fresh milk. Kacau sehingga pekat atau mengikut tahap kepekatan yang anda suka.

5-Masukkan serbuk parsley dan oregano.

Siap masak dan boleh dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!!

 




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top