Restoran Dalam Taman di Cameron Highland

Dua minggu sebelum Lisa balik Malaysia, husband dah tanya nak pergi mana untuk bercuti di Malaysia. Dalam fikiran Lisa ada dua tempat sahaja yang Lisa ingin pergi iaitu Terengganu dan Cameron Highland. Nak ikutkan destinasi percutian di Cameron Highland, husband Lisa tidak setuju sebabnya ia merupakan tempat tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara maka pasti ramai dan sudah tentu jalan akan sesak tetapi bila kami bincang balik kami pilih tarikh yang bukan cuti sekolah maka insyaALLAH jalan akan lancar dan tidak ramai pengunjung. Kebiasaannya, sebelum kami merancang untuk bercuti di sesuatu tempat, pasti kami akan buat carian di google atau tanya rakan-rakan tentang tempat makan best di Cameron Highland. Tak sangka pula bila ada rakan blogger Lisa sarankan untuk makan di restoran dalam taman di Cameron Highland.



 

 

 

Ha, untuk entry post kali ni Lisa nak kongsikan dengan anda tentang tempat makan best di Cameron Highland yang Lisa tiba-tiba jatuh cinta dengan suasana restorannya serta masakannya yang sedap. Nama restoran yang Lisa maksudkan adalah Taman Apple Cameron yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Lokasi restoran ini memang strategi dan Lisa pasti anda mudah untuk mencarinya. Kebetulan hotel Lisa tidak jauh dari restoran ini maka kami boleh berjalan kaki sahaja ke sini tetapi pada pagi itu, kami menaiki kereta ke restoran dalam taman ini sebab selepas sarapan kami akan terus ke ladang teh boh.

Lisa datang ke Restoran Taman Apple Cameron ini pada waktu pagi untuk bersarapan, maklumlah restoran ini terkenal dengan nasi lemak strawberry dan serunding strawberry. Pertama kali dalam hidup Lisa makan nasi lemak warna hijau dan makan dengan serunding strawberry. Memang rasa teruja bila staf menyajikan makanan tersebut kepada kami.

Nasi Lemak strawberry.

 

Nasi Kukus strawberry.

Untuk pengetahuan anda, Restoran Taman Apple Cameron ini mula menyajikan makanan ala carte seawal pukul 8.00 pagi sehingga 4 petang. Pada pukul 5.00 petang hingga 12.00 malam pula, mereka menyajikan untuk makanan steamboat dan grill secara buffet.

Antara menu yang popular di kalangan pelancong dan penduduk tempatan di sini adalah nasi lemak strawberry dan  nasi kukus strawberry bagi sarapan pagi, kambing dan ayam bakar dihidang untuk makan tengahari dan makan malam pula adalah steamboat dan grill.

Bila suami Lisa tengok pada menu ada kambing bakar dihidang untuk makan tengahari maka husband Lisa terus ajak untuk makan tengahari di sini selepas solat jumaat, sekitar pukul 2.30 petang. Sebenarnya, husband Lisa ni agak cerewet bab sos lada hitam untuk kambing bakar, tapi bila datang restoran dalam taman ini, dia siap puji kesedapan sos lada hitam kambing bakar ni.

Kambing bakar bersama nasi.

 

Sotong bakar bersama nasi.

 

Pada sebelah malam pula, kami memilih untuk makan steamboat dan grill di sini. Orang kata, datang Cameron Highland wajib makan steamboat dan grill panas-panas sebab di Cameron Highland pada waktu malam sangat sejuk. Mesti badan rasa lagi segar bila makan steamboat dan grill ni.

Untuk anda yang ingin makan steamboat dan grill di Taman Apple Cameron, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal iaitu sekitar 6 hingga 7.30 malam kerana ramai sangat pengunjung datang ke sini untuk makan steamboat dan grill. Jika lambat, kemungkinan tempat akan penuh dan anda diminta untuk tunggu nombor giliran. Tapi anda jangan risau, walaupun pelanggan di sini ramai tetapi ia sangat selesa kerana restoran ini mempunyai ruang yang luas.

 

 

 

 

 

Waktu Lisa makan malam di sini, Lisa lihat ramai pelancong dari luar negara juga makan di restoran dalam taman ini bermaksud pilihan makanan di sini adalah bersesuaian untuk semua golongan dan tidak kira bangsa dan agama. Anda jangan risau tentang kehalalan makanan di sini kerana pemiliknya adalah orang melayu islam.

Baiklah, itu sahaja perkongsian Lisa tentang restoran dalam taman di Cameron Highland yang wajib anda datang untuk makan sama ada sarapam, makan tengahari dan makan malam. Jangan lupa beli serunding strawberry  yang dijual dihadapan pintu masuk restoran untuk ia dijadikan sebagai hadiah souvenir kepada rakan-rakan dan saudara mara anda.

 

 




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top