Sambut Anniversary di KL Tower

Disebabkan Lisa dan husband suka dan kuat makan, makanya Lisa bercadang untuk buat sambutan anniversary kami yang ketiga di KL Tower. Restoran 360. Buffet .Dari segi kos sebenarnya agak mahal, tapi bila beli kupon di FAVE, harga jadi lebih berbaloi. Lisa adalah peminat tegar FAVE. Huhuhu…..



Semasa nak sambut anniversary kami, Lisa hantar Fareeq ke rumah nenek Timah almaklum kononnya nak spend time dengan husband je. Bukan bermakna ketepikan anak, but sometimes husband and wife need space to sit together, eat together, romantic and so whatever lah. Hahaha.. If ada Fareeq, sure tak boleh nak romantic sangat sebab habis masa dok kejar dia ke sana sini.

Klik di sini untuk dapatkan promo di FAVE

Dalam 365 hari, hanya ambil satu hari ni je nak beromantik dengan husband. Hehehe…… Masa ni lah nak kembalikan nostalgia zaman bercintan cintun. Kalau tak, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.

Pendapat Lisa, husband and wife perlu cari masa untuk mengimbau zaman cintan cintun bagi menyemarakkan kembali cinta. Kadang-kadang kita akan lupa tentang cinta disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja dan urusan anak-anak.

Sampai satu tahap kita akan lupa definasi cinta itu apa.

Bila husband and wife keluar berdua-duaan, cuba tanya balik kepada husband kita, kenapa dia sukakan kita? Sejak bila mula jatuh hati pada kita? Walaupun korang dah tahu jawapannya dan contohnya itulah sambutan anniversary yang ke sepuluh, tak pa tanya juga soalan tu.

Hahahah………..

Soalan itulah yang boleh membawa cinta kita kembali menyinar. Cewahhh…macam doktor cinta pulak aku ni… Tapi ini just sharing dari hati aku je…

Aku cakap ni pun atas pengalaman orang lain dan cuba praktiskan dalam kehidupan aku. Sebab seronok tengok pak cik dan mak cik umur 60 tahun tapi masih berpegang tangan dan beromantik walaupun cucu dah 20 orang. InsyaALLAH doakan jodoh kami hingga ke syurga. Aminnn….

 

Dah lama tak makan berdua-duaan dengan husband, so ambil kesempatan untuk merenung mata. Dapat pahala. Hehehe…

Serius betul husband aku nih… senyum sikit bang….

Tumpang meja orang lain sementara dorang tak sampai lagi…

I admit I am pastry lover

Di KL Tower, korang boleh buat special request sempena birthday celebration or anniversary. Cake ni free je dorang bagi. Email kepada admin restoran tu, kalau boleh 3 hari sebelum.

 

 

 

 

 




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top