Satu Malam di Weil Hotel, Ipoh

Ramai yang tanya Lisa tentang hotel yang Lisa menginap di Ipoh pada seminggu yang lepas. Sebenarnya, untuk menginap satu malam di Weil Hotel, Ipoh adalah rancangan secara tiba-tiba sahaja disebabkan pada mulanya kami nak singgah rumah mak abah Lisa yang terletak di Sri Iakndar, Perak waktu kami balik dari Kedah ke SElangor. Tapi disebabkan mak abah ada urusan di Kuala Lumpur jadinya kami terpaksa mencari tempat menginap di kawasan Ipoh. Nak ikutkan boleh je dari Kedah ke SElangor tetapi ambil masa 7 jam lebih dan kebetulan suami Lisa tak larat nak drive jauh almaklum dah lama tak drive.



2 hari sebelum tu kami terus merancang untuk jalan-jalan di Ipoh dan mencari tempat penginapan yang berdekatan dengan highway Utara-Selatan. Bila buka Airbnb, ternampak beberapa pilihan untuk kami menginap tapi kebanyakannya yang menawarkan service apartment means that the whole house. Sedangkan kami 3 beranak je so tak perlu rasanya rumah yang besar.

Bila survey beberapa kali akhirnya ternampak Weil Hotel ni dalam senarai Airbnb. Untuk pengetahuan anda, di Malaysia property yang sertai Airbnb kebanyakannya terdiri daripada single owner bermaksud mereka menawarkan bilik rumah/apartment/kondo sahaja. Susah sangat nak cari property hotel. Jika di negara lain, property hotel antara salah satu pilihan utama dalam senarai Airbnb.

Anda mungkin meminati: 5 Cara Bagaimana Airbnb Menjimatkan Kos Percutian Anda

Kami terus buat booking untuk Weil Hotel ini. Dan paling bestnya, fast respond dari pihak sana.

Kami check in agak lewat iaitu pada pukul 7 petang sebab perjalanan Alor setar ke Ipoh ambil masa 3 jam lebih. Receptionist maklumkan kepada kami bahawa kami terlepas minum petang di bahagian private Tea Lounge.

But no problem, sebab kami pun sangat kepenatan so terus check in masuk bilik. Tapi bila sampai di tingkat bilik kami, ada makanan yang masih disediakan untuk para tetamu yang baru tiba.

Ini adalah ruang bahagian lobby. Sangat luas dan cantik dekorasinya. Sempena hampir hari christmas maka dekorasinya lebih kepada sambutan christmast.

Happy sangat bila tengok suami dan anak happy. This is my gift for them.

Masuk je dalam bilik, ternampak satu dulang kecil ni diberikan khas untuk tetamu upon arrival. Memang terbaik layanan Weil Hotel, Ipoh ni.

Anda mungkin meminati: Weil Hotel 

Dah jadi kebiasaan bagi Lisa, masuk je hotel Lisa akan cek toilet terlebih dahulu sebab itu yang paling penting bagi Lisa untuk menggambarkan sesuatu hotel tu bagus atau tidak. Yang bestnya, Lisa bagi 5 star untuk toilet Weil Hotel ni sebab semua kelengkapan mandi disediakan dan lagi unik kita boleh lihat ruangan tempat tidur dari toilet.

Ruang tidur sangat selesa dan katilnya empuk. Kepada yang nak honeymoon, this hotel is recommended for you.

Fareeq paling happy bila dapat baju ni. Then terus nak tidur.

Ini adalah pemandangan dari level bilik kami.

Kami tak perlu turun ke bawah untuk pergi ke dining sebab level kami dah menyediakan ruangan makan buffet khas untuk tetamu di level tersebut sahaja.

Selepas kami rehatkan diri, terus siap-siap menikmati keindahan malam di ipoh. Selama berbelas tahun Lisa tinggal di Perak, ini pertama kali dapat menikmati keindahan di Ipoh. Heheh…

Ini adalah ruang santai atau rehat ketika malam. Memang cantik dan kemas dekorasinya. Nak bersantai dengan keluarga dan rakan-rakan sangat sesuai di sini.

Kemudiannya, kami berjalan ke uptown Ipoh yang terletak tidak jauh dari Weil Hotel. Meriah sungguh uptown di sini dan dapat lihat jualan murah untuk pakaian dan keperluan diri di sini.

Keesokannya, kami bersarapan terlebih dahulu sebelum pergi ke infinity pool.

Nasi lemak in the house. Bagus hotel ni sebab masih mengamalkan cara tradisi orang Melayu untuk penyediaan nasi lemak iaitu menggunakan daun pisang.

Border-less pool atau infinity pool. Memang rasa nyaman bila dapat swimming di sini walaupun weil hotel ini terletak di tengah-tengah bandar ipoh.

Posing dulu sebelum terjun kolam.

 

Ruang santai yang menghadap inifinity pool. Dekorasi sangat cantik.

Untuk pengetahuan anda, weil hotel terletak betul-betul sebelah Ipoh Parade dan ia connected antara satu sama lain. So, kami turun level G, boleh terus masuk ke shopping mall.

Dan sebelum pulang ke Selangor kami sempat makan nasi ganja yang terletak 5 minit dari Weil Hotel, Ipoh.

Kat sini beratur sangat panjang. So, kalau anda yang teringin nak makan nasi ganja ni jangan lupa datang awal dan kalau nak lagi cepat makan terus di sini sebab yang membungkus bawa balik sangat ramai.

Rasanya sampai sini sahaja perkongsian dan Review yang Lisa buat untuk Weil Hotel, Ipoh dan percutian kami yang sangat singkat ni. Semoga ia bermanfaat untuk anda.

Kepada yang ingin mendaftar Airbnb untuk buat booking hotel mahupun rumah/apartment/kondo , anda boleh daftar di link bawah ini dan dapatkan percuma Rm106 bagi first booking bersama Airbnb.

KLIK DI SINI UNTUK PENDAFTARAN AIRBNB

 

 




2 thoughts on “Satu Malam di Weil Hotel, Ipoh”

  1. Pingback: Cara Mendaftar Airbnb Malaysia Dan Dapatkan FREE $40 - Ladylisaa.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top