Senarai Program Affiliate Malaysia Pada Tahun 2020

Di luar negara seperti di belah Eropah dan Amerika, program affiliate ini telah diperkenalkan sejak tahun 1996 lagi. Ketika itu, antara website yang menjadi pencetus dalam dunia program affiliate ini adalah website Amazon.com di mana program affiliate ini bermaksud anda hanya perlu jadi agen pemasaran dalam bentuk online sahaja dengan diberikan kod atau id anda tanpa memerlukan anda pegang produk tersebut, tanpa perlu bungkus produk itu dan tanpa perlu anda mengepos produk itu. Program affiliate ini tidak terhad kepada produk fizikal sahaja malah produk perkhidmatan juga boleh disenaraikan dalam program affiliate. Kini pada tahun 2020 terdapat lebih ribuan dan jutaan syarikat yang menawarkan program affiliate ini dan ia terbuka kepada semua golongan. Malaysia juga tidak terkecuali dalam mengikuti arus program affiliate ini yang menjadi semakin kembang dengan pesatnya. Jika anda masih baru dan mahu berjinak dalam dunia affiliate ini Lisa sarankan anda membaca artikel berkaitan panduan affiliate supaya anda jelas dengan matlamat tersebut. Bagi artikel kali ini, Lisa nak kongsikan tentang beberapa Senarai Program Affiliate Marketing di Malaysia Pada Tahun 2020.



Jika anda tanya apa peluang terbaik untuk membuat duit dari rumah dan bagaimana menjana pendapatan daripada online sahaja, jawapan yang boleh Lisa kongsikan kepada anda adalah melalui program affiliate. Kerana apa? Anda boleh baca di atikel ini. Sebagai seorang surirumah tangga dan mempunyai anak yang aktif, Lisa memerlukan satu peluang pendapatan yang boleh dijana hanya melalui dari rumah sahaja dan hanya perlu menghabiskan masa 1 hingga 2 jam sehari untuk melakukannya. Lisa tak sangka rupanya program affiliate ini adalah jawapan terbaik untuk persoalan Lisa. Dan Lisa yakin anda yang datang ke entry post ini juga melalui perkara yang sama. Sebab itulah, Lisa terdetik untuk nak kongsikan senarai affiliate malaysia ini kepada anda kerana Lisa sudah berkecimpung dalam dunia affiliate di Malaysia ini selama 2 tahun lebih. Pendapatan yang diperolehi juga, alhamdulillah sangat memuaskan dan boleh bantu keluarga di Malaysia memandangkan Lisa kini sudah berhijrah di Dubai.

Senarai Program Affiliate Marketing Di Malaysia Pada Tahun 2020

Involve Asia

Untuk pengetahuan anda, Involve Asia ini merupakan program affiliate yang agak terkenal di Malaysia kerana mempunyai lebih 100 jenama atau syarikat yang bekerjasama dengan mereka sama ada dalam mahupun di luar negara. Program Affiliate Involve Asia ini sudah bertapak di pasaran Malaysia lebih 5 tahun dan mereka juga mempunyai ribuan publisher di seluruh dunia. Mengapa anda perlu menyertai program affiliate involve Asia? Kerana terdapat komisen yang tinggi ditawarkan oleh mereka serta jenama yang terkenal di Malaysia seperti Zalora, Lazada, Shopee dan sebagainya telah bekerjasama dengan mereka. Ambillah peluang ini untuk anda menjana pendapatan hanya daripada rumah sahaja tanpa anda perlu keluar rumah atau memegang produk tertentu.

Penyertaan dalam program affiliate involve asia adalah percuma sahaja. Anda boleh melayari website ini untuk pendaftaran. Setelah berdaftar anda sudah boleh mulakan membuat pemasaran di media sosial anda seperti whassap, instagram, facebook, twitter dan sebagainya.

Setakat ini, Lisa rasa bersyukur bila diperkenalkan program affiliate involve asia ini kerana mampu menjana pendapatan lebih 4 angka. Lisa percaya anda juga boleh lakukannya.

Untuk pendaftaran secara percuma anda boleh klik Involve Asia

Program Affiliate Lazada

Mungkin kebanyakan anda hanya mengetahui satu cara sahaja untuk menjana pendapatan daripada e-commerce terbesar di Malaysia ini adalah dengan menjual barang di dalam website lazada tersebut. Tapi tahukah anda bahawa ada lagi satu cara di mana anda boleh menjana pendapatan melalui program affiliate lazada. Program ini lebih kurang sama sahaja dengan Amazon.com. Penyertaannya adalah percuma sahaja. Terdapat lebih ribuan barang yang boleh anda promosikan tanpa anda perlu menyimpan stok produk tersebut.

affiliate lazada

Program affiliate lazada juga menawarkan komisen yang tinggi sehingga 20-25% untuk beberapa barang atau produk tertentu. Anda bebas memilih produk apa yang anda mahu untuk dipromosikan. Tiada had barang tertentu atau tiada had dalam kuantiti untuk anda pasarkan produk tersebut. Yang penting anda hanya perlu ikut beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Lazada sendiri tetapi jangan risau syaratnya tidak seketat mana pun hanyalah anda tidak dibenarkan untuk spam di website atau media sosial yang lain.

Untuk pendaftaran anda boleh klik Lazada Affiliate

Program Affiliate Klikjer.com

Jika anda sertai beberapa group yang dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang penulisan, mereka akan menyarankan untuk menyertai program affiliate klikjer.com kerana program affiliate klikjer.com sangat mudah untuk menyertainya dan yurannya percuma sahaja. Produk yang ditawarkan dalam affiliate klikjer.com adalah berbentuk ebook. Sejak tahun 2018, produk ebook ini mula mendapat tempat di hati mereka yang suka menimba ilmu terutama sekali dalam dunia kemahiran dan pengetahuan seperti cara membuat marketing di Facebook, cara membuat marketing di instagram serta pelbagai lagi ebook yang ditawarkan.

affiliate malaysia

Program affiliate klikjer.com juga merupakan salah satu senarai affiliate malaysia yang Lisa sertai dan boleh menjana pendapatan sehinga 5 angka. Jika anda ingin tahu bagaimana bolen menjana pendapatan sehingga 5 angka melalui program affiliate , anda boleh baca di artikel ini.

Klik di link Klikjer.com untuk pendaftaran

Program Affiliate Product Link

Bagi anda yang mempunyai channel youtube, program affiliate product link sangat sesuai untuk anda menjana pendapatan mellaui video yang anda terbitkan. Product link ini sebenarnya baru sahaja diperkenalkan oleh involve asia dan ia bekerjasama dengan jenama-jenama terkenal sama ada di malaysia mahupun di asia tenggara.

Walaupun channel youtube anda masih belum dapat menjana pendapatan tetapi dengan adanya product link yang anda boleh letakkannya di bahagian bawah description video, maka anda berpeluang untuk menjana pendapatan usd. Cepat atau lambat anda buat duit melalui affiliate ini ia bergantung kepada pengunjung yang datang ke video anda. Semakin ramai pengunjung semakin tinggi peluang anda untuk buat duit melalui affiliate productlink ini. Bagi anda yang mahu ingin naikkan view youtube , boleh baca artikel 5 Cara Berkesan Naikkan View Youtube.

Program Affiliate Travel Agency

Jika minat anda dalam bidang pelancongan, program affiliate dalam bidang travel ini sangatlah sesuai kerana anda akan menarik mereka yang mempunyai minat yang sama dan mereka juga akan membuat tempahan melalui link yang anda berikan. Sebenarnya, apabila Lisa baca kebanyakan penulis yang dalam bidang pelancongan, mereka dapat menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan hanya menyertai program affiliate travel agency kerana aktiviti melancong merupakan satu aktiviti yang menjadi tranding di serata dunia. Antara program affiliate pelancongan yang boleh anda sertai adalah Airbnb, Agoda, Trivago, Klook dan sebagainya.

Affiliate pelancongan adalah antara affiliate yang mudah dilakukan sebabnya anda mencerita pengalaman anda sendiri menggunakan perkhidmatan tersebut. Apabila ada pembaca tertarik dan mereka juga akan mudah menempahnya.

Program Affiliate di Facebook

Terdapat lebih daripada 10 program affiliate yang dikendalikan oleh mereka yang mempunyai program pembangunan diri mahupun program marketing. Mereka ini mempunyai sistem affiliate di mana anda boleh sertainya tanpa ada bayaran, tetapi ada juga sifu-sifu di facebook ini kenakan syarat antaranya anda perlu membeli program mereka terlebih dahulu kemudian barulah anda layak untuk menjadi affiliaters mereka.

Senarai di bawah antara mereka yang menawarkan program affiliate

Percaya atau tidak, ramai di kalangan rakyat Malaysia sudah mula berjinak dalam dunia program affiliate ini dan mereka mula menjana pendapata 4 hingga 5 angka sebulan. Adakah anda yang datang membaca artikel ini masih ragu-ragu untuk mulakan program affiliate? Jika ya, jangan risau anda boleh mulakannya secara langkah demi langkah dan boleh lihat artikel ini bagaimana anda boleh mulakan program affiliate ini.

Sebagai penutup untuk artikel ini, Lisa harapkan anda dapat sedikit sebanyak idea untuk memilih program affiliate yang mana sesuai dengan jiwa anda. Ia seperti anda menjual produk tetapi bezanya anda hanyalah agen pemasaran online dan tidak perlu memegang produk fizikal mahupun servis yang disediakan. Ia lebih mudah bukan? Berbanding anda menjadi agent yang perlu pegang barang dan anda juga perlu poskan barang tersebut kepada pelanggan.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top