Tips Bawa Bayi Menaiki Kapal Terbang

Sebenarnya inilah pertama kali Lisa bawa anak kedua kami yang masih bayi menaiki kapal terbang kerana sebelum ini, anak pertama Lisa iaitu Fareeq, kami bawanya menaiki kapal terbang ketika usianya setahun lebih. Jika ditanya apa perbezaan membawa anak kecil yang berusia setahun lebih dengan bayi,memang jauh bezanya. Antara perbezaannya adalah dari segi penyediaan barang keperluan serta penjagaan mereka ketika berada di dalam kapal terbang.



Sebelum Lisa kongsikan dengan anda tentang tips bawa bayi menaiki kapal terbang, Lisa ingin menceritakan pengalaman kami ketika membawa Sarah pada usia dia seawal 50 hari. Pada hari kelima Sarah dilahirkan ke dunia, Lisa dan suami terus bawanya ke Imigresen Ipoh untuk membuat pasport. Selepas pasport siap pada hari yang sama, kami terus membeli tiket penerbangan ke Dubai. Alhamdulillah, harga tiket untuk bayi sekecil Sarah adalah berharga sekitar Rm200 hingga Rm300. Semasa membuat booking tiket penerbangan, kami siap-siap booking sekali dengan bassinet iaitu tempat tidur bayi yang digantungkan di dinding kapal terbang.

Baca: 10 Tips Travel Bersama Anak Kecil

Pada hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Lisa bawa Sarah dalam baby carrier kerana dia masih tidak selesa tidur dalam stroller yang telah kami beli sejak awal dia dilahirkan. Kali ini, kami memilih penerbangan Emirates Airline kerana harganya lebih berbaloi serta tiada transit. Apabila ada anak kecil, bagi pendapat Lisa jika boleh cuba elakkan untuk penerbangan yang ada transit. Kerana ia sangat sukar.

Setelah kami masuk dalam perut kapal terbang, kami diberi layanan yang agak istimewa oleh pramugari, dalam fikiran Lisa mungkin sebab kami mempunyai bayi dan anak kecil. Mereka tunjukkan tempat duduk kami di bahagian tengah. Kebetulan, ketika itu kami menaiki kapal terbang jenis Airbus maka ruangannya agak besar dan selesa. Dihadapan kami adalah dinding, dan ada penyangkut bassinet.

Apabila pilot membuat announcement mengenai kapal terbang bakal berlepas, Lisa cepat-cepat susukan Sarah supaya telinganya tidak sakit dek disebabkan oleh tekanan udara. Jika perkara ini dialami oleh bayi atau anak kecil, mereka akan mula meragam dan berasa tidak selesa. Waktu ini, ada juga Lisa terdengar bunyi bayi dan anak kecil menangis mungkin mereka mula merasa pelik dengan keadaan telinga mereka.

Tali pinggang wajib dipasang pada bayi.

Perjalanan dari Malaysia ke Dubai mengambil masa 7 jam, dan sepanjang perjalanan ini Sarah menangis 2 atau 4 kali sahaja untuk menyusu. Selebihnya ia tidur dan jaga. Selepas pramugari mengutip bekas makanan, mereka memasang bassinet di hadapan kami serta menutup lampu kapal terbang. Tandanya masa untuk passengers tidur dengan lena. Kami cuba letakkan Sarah dalam bassinet tetapi hanya bertahan setengah jam sahaja kemudian dia terjaga dan menangis. Mungkin dia masih rasa tidak selesa dengan keadaan yang baru dilaluinya. Maka sepanjang 7 jam perjalanan kami, Lisa dan suami mengambil giliran untuk pegang Sarah.

Ketika ini bassinet sudah dipasangkan.

Bila Lisa sudah penat untuk pegang Sarah, Lisa serahkan dia kepada suami pula. Jika Sarah mula menangis kami cepat-cepat dodoikan dia, supaya tidak mahu tangisannya mengganggu passengers lain. Lisa dan suami tidak tidur dengan selesa sepanjang perjalanan tersebut kerana kami perlu mengambil giliran untuk memangku Sarah.

Bagi Lisa,biarlah kami tidak selesa tidur asalkan anak boleh tidur dengan selesa dan tidak menangis dalam kapal terbang. Ya,memang sangat penat.

Itulah pengalaman kami ketika Sarah berusia 50 hari lahir kedunia dan menaiki kapal terbang. Kali keduanya, pada usia dia 3 bulan. Alhamdulillah, kali ini Sarah boleh tidur dalam bassinet sepanjang 7 jam perjalanan. Lisa ambil dia keluar dari bassinet hanya waktu lampu tali pinggang perlu dipasang sahaja dan dia menyusu hanya 2 hingga 3 kali saja.

Pakaikan sweater untuk bayi.

Tips Bawa Bayi Menaiki Kapal Terbang:

  1. Semasa membuat tempahan tiket kapal terbang, anda boleh request untuk dapatkan bassinet. Ada sesetengah Airlines, apabila check in baru boleh mohon bassinet dan ada juga yang boleh kita request awal supaya kedudukan seat kita berhadapan dengan dinding.
  2. Sebelum berlepas, pramugari akan berikan tali pinggang untuk bayi. Pastikan ia dipasang dengan kemas dan anda boleh minta pramugari atau pramugara yang bertugas untuk bantu anda memasangnya.
  3. Ketika kapal terbang mahu berlepas, anda perlu menyusukan bayi supaya telinganya tidak sakit ketika tekanan udara berlaku.
  4. Pastikan keperluan bayi dibawa secukupnya ke dalam kapal terbang seperti pampers, 1 baju persalinan, keperluan susu, dan sebagainya. Jangan lupa bawa baju sejuk atau selimut tebal kerana suhu di dalam kapal terbang selalunya agak sejuk.
  5. Apabila bassinet sudah disediakan, anda boleh letakkan bayi anda dalam bassinet tersebut dan bawalah extra bantal untuk diletakkan di tepi tangan bayi. Dan anda juga boleh bedung bayi anda dengan kemas sebelum melatakkan bayi ke dalam bassinet.
  6. Pastikan juga supaya bayi anda dalam keadaan yang selesa iaitu tidak terlalu sejuk atau tidak terlalu panas. Kerana bayi selalunya akan meragam dalam kapal terbang kerana mereka tidak selesa dengan suhu.
  7. Pastikan keperluan bayi sudah dipenuhi seperti pampers yang selesa, sudah kenyang dan baju yang selesa. Jika anda menaiki Emirate Airlines, makanan bayi disediakan secara percuma iaitu seperti buahan dan makanan yang telah dipeketkan.

Share this post with your friends !!




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top