Pengalaman Eksklusif Sertai Layers of Discovery: Oleh Renaissance Johor Bahru Hotel

Sebagai seorang travel content creator yang sentiasa mencari pengalaman unik, saya berasa amat bertuah kerana dijemput menyertai Layers of Discovery iaitu program eksklusif oleh Renaissance Johor Bahru Hotel yang menggabungkan budaya, kreativiti, komuniti dan elemen kejutan dalam satu perjalanan yang benar-benar membuka mata.



Event ini bukan sekadar program hotel. Ia adalah perjalanan menyelami lapisan sebenar Johor Bahru melalui seni, komuniti, makanan, alam semula jadi dan pengalaman tempatan yang autentik. Inilah jenis travel yang saya suka: penuh cerita, penuh perasaan, dan penuh penemuan baharu.

Apa Itu “Layers of Discovery”?

“Layers of Discovery” adalah sebuah program signature oleh rangkaian Renaissance Hotels yang bertujuan memperkenalkan destinasi melalui pengalaman yang lebih mendalam dan berlapis-lapis dan ia bukan sekadar tempat untuk tidur, tetapi sebuah ruang yang mengungkap budaya, seni, komuniti dan jiwa sesebuah lokasi.

Konsepnya mudah:
Anda tidak hanya melihat sesuatu tempat. Anda mengalaminya. Anda menyelaminya. Anda menemui pelbagai lapisan ceritanya.

Bagi saya, inilah yang membezakan Renaissance Hotel daripada hotel-hotel lain. Mereka bukan hanya menyediakan penginapan, tetapi mencipta pengalaman yang memberi inspirasi.

Hadir Dengan Konsep “Surprise & Play” — Menyelami Semangat Johor Yang Sebenar

Renaissance Johor Bahru Hotel menjemput para tetamu untuk merasai semangat Johor yang penuh warna melalui siri pengalaman komuniti yang dikurasi secara khas di bawah tema Surprise & Play.

Program ini membawa kami menyusuri:

  • warisan tempatan,
  • kreativiti artisan Johor,
  • ekopelancongan,
  • budaya makan yang kaya,
  • serta aktiviti unik yang membuka peluang untuk lebih mengenali komuniti.

Setiap aktiviti bukan sahaja menyeronokkan, tetapi penuh makna, seolah-olah kita membuka helaian demi helaian cerita Johor yang tidak kita sedari sebelum ini.

Kejutan Yang Pertama

Saat saya tiba di Renaissance Johor Bahru Hotel, saya disambut dengan sesuatu yang membuat saya tersenyum — personalized welcome gift yang benar-benar thoughtful dan penuh sentuhan peribadi.

Antara hadiah yang paling menarik perhatian saya ialah sekotak mochi misteri, dan inilah aktiviti pertama kami sebelum program bermula.

Dalam kotak itu, ada beberapa mochi dengan warna dan tekstur berbeza. Tugas kami ialah:

👉 Meneka apakah flavour mochi tersebut sebelum merasanya.

Ia bukan sekadar “ice-breaking activity”.
Setiap flavour sebenarnya membawa makna tersirat, yang selari dengan tema “Surprise & Play” — sebuah metafora bahawa:

Setiap pengalaman travel mempunyai lapisan cerita, kejutan, rasa dan memori yang belum kita ketahui, sehinggalah kita berani mencuba.

Hari Pertama: Mini Night Market, Kreativiti Tempatan & Seni Komuniti

Hari pertama bermula dengan mini night market yang meriah di ruang hotel. Ini merupakan pengalaman pertama yang benar-benar menggambarkan semangat “Layers of Discovery” — penuh kejutan, kehidupan dan kreativiti tempatan.

Antara booth menarik yang kami terokai:

🌿 The Eaves by Hashtist

Pameran kraftangan tempatan yang memaparkan seni halus, rekaan moden dan budaya tradisional yang digabung dengan penuh kreatif.

💆 Silver Thai Spa

Di sini, kami dapat mencuba demo ringkas rahsia wellness dan seni urutan Thai yang membuatkan tetamu benar-benar rileks selepas perjalanan panjang.

🎨 Hey Découpage! Johor Bahru

Booth paling fun untuk saya — kerana saya dapat mencuba sendiri creative workshop dan hands-on art yang sangat therapeutic.

🌱 Naug Just Plants

Booth untuk pencinta tanaman! Mereka membawa tanaman hiasan, koleksi greenery dan tips menjaga rumah dengan gaya urban-jungle. Saya juga berpeluang untuk membina taman kecil dengan menggunakan tanaman dan bahan yang disediakan. Paling seronok taman kecil ini kami boleh bawa pualang.

🖼️ Senso Art Gallery

Pengunjung boleh melihat karya seni tempatan yang membawa naratif Johor dari perspektif artis—sesuatu yang jarang kita temui di event biasa.

Suasana Malam: Cocktails, Muzik Hidup & Persembahan Tarian Tradisional

Malam itu dihidupkan dengan:

  • signature cocktails,
  • live music oleh Overdosed,
  • dan persembahan memukau oleh Tari Aliff Johor Bahru.

Persembahan tarian tradisional mereka benar-benar mencuri perhatian, mempamerkan kekayaan seni budaya Johor dalam bentuk yang elegan dan penuh tenaga.

Saat itu saya sedar event ini bukan sekadar hiburan; ia adalah cara Renaissance Hotel meraikan komuniti seni Johor dalam bentuk yang penuh rasa hormat dan bangga.

@khalisahhazrina

My first ever exclusive media invitation… and Renaissance Hotel Johor Bahru truly set the tone from Day 1. Warm hospitality, thoughtful surprises, and every moment felt like a new story waiting to be discovered. Sampai bilik, kami dapat welcome gift — termasuk mochi misteri yang kena teka flavour (and yes, it was trickier than expected!). Tema Layers of Discovery memang terasa sejak awal: explore, taste, listen, and uncover. Day 1 penuh dengan quest teka ikon JB (team kami dapat Bukit Serene Palace), lunch sedap di Wan Li, booth seni & terrarium workshop yang calming, dan persembahan zapin yang memukau. This journey already feels special — and this is just Part 1. More layers coming soon ✨ #RenaissanceJB #RenHotels #RenNavigator #LayersOfDiscovery #RenaissanceDayOfDiscovery

♬ original sound – Lisa | Mom Travel Blogger – Lisa | Mom Travel Blogger

Hari Kedua: Eco-Heritage Tour di Kampung Sungai Melayu

Hari kedua membawa kami keluar dari hotel untuk menyertai pengembaraan alam & warisan di Kampung Sungai Melayu — salah satu kampung tradisi yang masih kaya dengan sejarah, komuniti dan ekosistem unik.

Antara pengalaman yang kami lalui:

🌿 Menyusuri Hutan Bakau Purba

Kami menaiki bot merentasi sungai, melihat pokok bakau berusia puluhan tahun, habitat burung helang, hidupan liar kecil dan keindahan alam yang masih terpelihara.

🏘️ Menghayati Keharmonian Alam & Komuniti

Kampung ini memberi rasa tenang, seolah-olah kita melangkah ke masa lalu, di mana segalanya lebih perlahan, lebih jujur, dan lebih dekat dengan alam.

Pengalaman ini benar-benar “grounding” — mengingatkan saya bahawa kecantikan Malaysia bukan sahaja pada bandar moden, tetapi pada warisan komuniti yang masih bertahan dalam perubahan zaman.


Malam Penutup: Culinary Showcase & Rasa Johor Sebenar

Program Surprise & Play diakhiri dengan malam gastronomi yang bertemakan Floral Dinner.

Tetamu menikmati:

  • showcase kulinari mengejutkan,
  • hidangan kreatif,
  • serta makanan yang diinspirasikan dengan buah nenas serta mengetengahkan gaya fine dining yang mengujakan.

Ia benar-benar menjadi finale yang penuh perisa dan penuh jiwa.

Kesimpulan: Pengalaman Yang Mengubah Cara Saya Melihat Johor Bahru

Layers of Discovery: Surprise & Play meninggalkan kesan yang mendalam pada saya sebagai seorang travel creator.

Saya belajar bahawa:

  • Johor Bahru jauh lebih kaya daripada apa yang kita sangka,
  • komuniti dan artis tempatan memainkan peranan besar membentuk identiti bandar ini,
  • dan hotel boleh menjadi jambatan untuk menyatukan pelawat dengan budaya sebenar destinasi.

Jika anda mencari pengalaman travel yang penuh jiwa, penuh kreativiti dan penuh penemuan — Renaissance Johor Bahru Hotel adalah tempatnya.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top