7 Tips Travel DIY Untuk Beginner: Cara Mudah Rancang Trip Bajet & Itinerary Tanpa Stress

Sejujurnya, saya selalu percaya yang setiap orang boleh travel DIY walaupun pertama kali, walaupun tak biasa plan itinerary, dan walaupun bajet tidak besar. Ramai yang anggap travel DIY ini susah, tapi sebenarnya ia jauh lebih fleksibel dan menyeronokkan bila kita tahu cara yang betul. Dalam blog post kali ini, saya ingin kongsi beberapa tips travel DIY yang saya sendiri amalkan setiap kali travel bersama keluarga, terutama bila bawa anak-anak.



Travel DIY bukan saja membantu kita jimat bajet, malah kita dapat susun perjalanan ikut gaya sendiri. Yang penting, kita ada struktur dalam perancangan.

1. Tentukan Matlamat & Tema Perjalanan

Sebelum buka apa-apa website booking, saya selalu tanya diri sendiri: “Trip kali ini untuk apa? Apa tujuan kami pergi di situ? Apa matlamatnya”

Adakah ia trip santai, trip shopping, trip nature, atau trip family-friendly?
Tema ini akan tentukan bajet, aktiviti dan kawasan penginapan. Contohnya, kalau fokus trip bersama anak-anak, saya akan pilih kawasan yang dekat public transport dan ada aktiviti indoor sebagai backup.

Theme travel adalah antara kunci utama travel DIY yang berjaya.

2. Buat Bajet Kasar Supaya Tak Over-Spend

Ramai beginner buat itinerary dulu, baru fikir bajet. Sebenarnya lebih mudah kalau kita tetapkan bajet awal. Pecahkan kepada:

  • Flight
  • Hotel
  • Transport
  • Makanan
  • Tiket attraction
  • Shopping

Dengan ada bajet travel yang jelas, kita akan tahu mana nak jimat dan mana boleh spend lebih. Ini antara teknik paling praktikal untuk travel bajet.

3. Pilih Destinasi Yang Mesra Public Transport

Ikut pengalaman saya sendiri, transporattion adalah antara perkara utama yang saya akan fikirkan. Untuk travel DIY, akses kepada public transport adalah penyelamat. Metro, subway atau tram yang efisien sangat memudahkan pergerakan lebih murah, cepat dan senang untuk navigate.

Saya selalu pilih penginapan yang dekat dengan stesen utama. Ia menjimatkan masa & memudahkan perjalanan, terutama jika travel dengan anak kecil.

4. Buat Itinerary Ringkas Yang Realistik

Itinerary DIY tidak perlu padat sampai setiap jam ada aktiviti. Cukup 3–4 aktiviti sehari. Saya sendiri lebih suka itinerary yang ada ruang untuk rehat dan spontan.

Tip tambahan: sediakan Plan B untuk hari hujan atau bila attraction tutup ataupun jika musim sejuk mungkin ada ribut salji melanda. Ini memudahkan kita elakkan panic last minute. Contohnya masa kami travel ke Sapporo, Japan masa tu ada ribut salji melanda, semua public transport terpaksa diberhentikan serta merta maka kami terpaksa cari jalan lain dan fikirkan plan B supaya tidak stuck.

5. Simpan Semua Booking Dalam Satu Tempat

Ini kesilapan yang ramai orang buat booking flight dalam email, hotel dalam WhatsApp, dan tiket attraction dalam folder lain. Bila nak travel, mulalah kelam kabut.

Cara paling mudah ialah simpan semua booking dalam satu template supaya mudah dicapai dan tak hilang.

6. Gunakan Template Untuk Mudahkan Perancangan

Sebenarnya ini antara rahsia paling besar dalam travel DIY gunakan template itinerary. Ia jimat masa, mudah, tersusun dan tak perlu fikir flow dari zero.

Saya sendiri dah sediakan Travel DIY Template (printable) yang lengkap dengan:

  • Itinerary template
  • Checklist travel
  • Bajet planner

Template ini memudahkan sesiapa sahaja buat itinerary DIY yang professional.

KLIK DI GAMBAR INI

7. Sentiasa Buat Research Awal Tentang Cuaca & Musim

Musim sangat mempengaruhi itinerary. Bila cuaca sejuk atau hujan, kita perlukan aktiviti indoor. Bila musim panas, kita banyakkan outdoor. Research awal membantu kita buat itinerary yang realistik.


Penutup: Travel DIY Sebenarnya Mudah Bila Ada Sistem Yang Betul

Dengan sedikit perancangan dan template yang tersusun, sesiapa pun boleh travel DIY dengan yakin, walaupun first time.

Jika anda perlukan panduan yang lebih mudah, saya ada sediakan Travel Itinerary DIY Template untuk bantu anda rancang perjalanan dengan cepat dan teratur. Sesuai untuk solo traveller, family trip, dan travel bajet.

Semoga dengan perkongsian daripada pengalaman saya boleh membantu anda untuk memudahan urusan anda merancang trip anda pada masa akan datang.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top