Rasai Keenakan Nenas Dalam Sajian Buffet Weekdays Bertemakan “Flavors of the Harvest” di DoubleTree by Hilton Johor Bahru
Adakah anda sedang mencari destinasi makan malam yang unik di Johor Bahru? Kini anda boleh nikmati pengalaman kulinari yang luar biasa di DoubleTree by Hilton Johor Bahru dengan promosi buffet istimewa “Flavors of the Harvest”, yang berlangsung setiap hari Ahad hingga Khamis, hanya pada waktu makan malam.

Apa yang menjadikan buffet ini begitu istimewa? Jawapannya terletak pada bintang utama sajian ini – buah nenas! Sepanjang tempoh promosi, setiap hidangan dari pembuka selera hingga ke pencuci mulut diolah menggunakan nenas sebagai bahan utama, menampilkan keunikan rasa tropika yang menyegarkan serta penuh nutrisi.


Nenas – Bintang Tropika yang Menggoda Selera
Dengan rasa manis dan masam yang seimbang, nenas bukan sahaja enak, tetapi juga kaya dengan vitamin C, antioksidan, dan enzim bromelain yang baik untuk pencernaan. Di tangan para chef berbakat di DoubleTree by Hilton, nenas diolah dalam pelbagai bentuk kreatif yang pasti menggamit selera pengunjung.

Hidangan Pembuka Selera: Segar & Berinspirasi
Mulakan perjalanan rasa anda dengan Zesty Pineapple Salad with Shrimp atau Charred Pineapple & Crispy Green with Feta Cheese yang memadukan rasa manis buah dengan kemasinan keju. Untuk penggemar dessert, Pineapple Cocktail dan Pineapple Ketayap pasti menjadi pilihan utama.


Hidangan Utama: Sajian Berat yang Mengenyangkan
Menu utama pula menampilkan sajian menarik seperti Pineapple Fried Rice with Crabmeat, Smoked Chicken, Pineapple & Chestnut Pot Pie, Pineapple Teriyaki Seabass Fillet With Edamame yang menggabungkan rasa pedas, manis, dan masam dengan sempurna. Jangan lupa cuba Pjeri Nenas yang popular dan penuh rasa.

Pencuci Mulut: Manisan Tropika yang Menggiurkan
Akhiri pengalaman gastronomi anda dengan pilihan pencuci mulut yang memikat hati. Pineapple Cheesecake, Tart Nenas Moden, akan meninggalkan kenangan manis buat anda dan keluarga.

Butiran Promosi Buffet Weekdays
- 📍 Lokasi: Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Johor Bahru
- 📅 Hari: Ahad – Khamis
- 🕠 Waktu: 6.30 petang – 10.00 malam
- 💰 Harga: RM128+ untuk dewasa, RM64+ untuk kanak-kanak
- 📞 Tempahan: Hubungi +60 7-268 6868 atau layari laman web rasmi hotel

Tempah Sekarang & Rasai Keajaiban Rasa Tropika
Buffet “Flavors of the Harvest” ini hanya berlangsung untuk tempoh terhad, jadi jangan lepaskan peluang merasai kehebatan nenas dalam pelbagai bentuk sajian! Sesuai untuk makan malam bersama keluarga, rakan-rakan, atau rakan sekerja, promosi ini pastinya memuaskan citarasa semua golongan.
Untuk info terkini dan promosi istimewa, ikuti laman sosial rasmi DoubleTree by Hilton Johor Bahru di Facebook & Instagram.