10 Sebab Anda Perlu Turun Berat Badan

Ramai yang mempunyai alasan tersendiri untuk turun berat badan atau lebih mudah dikatakan ingin kurus. Ada yang mengatakan mereka ingin turun berat badan kerana ingin kelihatan cantik, ada yang beri alasan kerana ingin badan ringan dan tidak kurang juga mengatakan bahawa doktor menyuruh mereka turun berat badan disebabkan faktor kesihatan. Apa pun alasan atau sebab anda ingin turun berat badan, entry kali ni Lisa sebagai coach ingin menguatkan lagi semangat anda untuk turun berat badan. Dan apabila anda mengetahui 10 sebab anda perlu turun berat badan ini, anda akan menjadi lebih bermotivasi dan ingin meneruskan proses turun berat badan ini secara konsisten. Supaya ia tidak menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Perkongsian ini sebenarnya lahir dari pengalaman Lisa sendiri yang dah turun 20kg.



10 Sebab Anda Perlu Turun Berat Badan

Untuk Diri Sendiri

Ya anda perlu turun berat badan demi diri sendiri bukan kerana sesiapa. Bukan kerana suami suruh, bukan kerana kawan-kawan yang suruh tetapi turunlah berat badan kerana diri anda sendiri. Jika anda buat kerana orang lain bermakna anda hanya memuaskan hati orang lain sahaja dan ia boleh menjadi kemungkinan semangat anda akan cepat luntur. Sebagai contoh bila anda makin kurus, akan ada rakan-rakan yang menegur dan anda akan makin bangga dengan pujian yang diberikan dan ini akan membuat anda lupa diri. Tetapi jika anda memandang ia sebagai perkara positif maka anda akan buat jauh lebih baik. Sebab itulah, lebih baik turun berat badan kerana diri sendiri bukan kerana orang lain. Yes!!Because of me!!

Kesihatan

Turun berat badan juga merupakan salah satu cara untuk anda menjaga kesihatan. Namun begitu, anda perlu pilih cara turun berat badan yang sihat bukannya memudaratkan kesihatan anda. Apabila anda turun berat secara sihat, anda akan sendiri rasa kesihatan anda akan bertambah baik berbanding semasa anda mempunyai lebihan berat badan. Orang Inggeris kata Health is Wealth. Memang betul , saya sangat setuju dengan kata hikmah ini. Apabila anda sihat, anda seolah-olah mempunyai kekayaan dan tidak boleh ditandingi dengan wang ringgit.

Dianjurkan Oleh Agama

Kepada penganut agama Islam, Rasulullah s.a.w sendiri menasihati kita supaya menjadi lebih sihat dengan cara menjaga pemakanan. Berhenti makan sebelum kenyang.

Confident Level

Kepada pembaca yang sudah turun berat badan atau mereka yang pernah kurus, tentu merasai bahawa apabila anda turun berat badan confident level makin meningkat berbanding ketika anda sebelum ini.Bila kita mempunyai lebihan berat badan, kadang-kadang kita kurang confident level dan menyebabkan kita akan mudah berfikiran negatif terhadap diri sendiri. Sebab itulah, jadikan misi confident level ini salah satu perkara membuatkan anda ingin sangat turun berat badan.

Mudah mendapatkan saiz baju yang sesuai

Masalah utama yang dihadapi oleh wanita yang mempunyai lebihan berat badan adalah mencari saiz baju yang sesuai dengan anda. Tidak dinafikan zaman sekarang banyak butik extra size menyediakan fashion terkini namun lebih mudah apabila anda turun berat badan dan anda akan berasa sangat senang untuk mendapatkan size baju walau di mana-mana butik atau kedai baju.

Anda mungkin juga meminati: Program Turun Berat Badan

Kekal Aktif

Apabila anda turun berat badan secara sihat maka tidak langsung sebenarnya anda semakin aktif. Kerana anda berasa badan lebih ringan dan tidak mustahil anda akan lebih suka aktiviti yang mencabar seperti larian, panjat gunung, mengembara dan sebagainya.

Sumber Inspirasi

Cuba lihat orang disekeliling anda, mungkin lebih ramai yang mempunyai lebihan berat badan. Bayangkan anda dapat turun berat sekitar 10kg dan anda rasa lebih yakin dengan diri sendiri. Rakan-rakan atau sedara mara anda pasti dapat lihat perubahan anda dan secara tidak langsung anda menjadi sumber inspirasi kepada mereka untuk turun berat badan secara sihat.

Penuaan

Semakin kita meningkat tua, semakin kita perlu menjaga kesihatan. Jika makin tua makin berat badan anda meningkat maka anda akan menghadapi risiko masalah kesihatan. Tetapi jika dari muda anda menjaga berat badan ideal, maka apabila tua anda akan masih berasa sihat dan mungkin jadi anda akan kelihatan lebih muda dari usia.

Positif

Percayalah bahawa bila anda turun berat badan secara sihat fikiran anda juga akan menjadi lebih positif. Yang penting berikan makanan yang baik pada badan supaya makanan tersebut juga baik untuk otak.

Cara Gaya Hidup Sihat

Apabila anda turun berat badan anda sebenarnya ke arah mengamalkan cara gaya hidup sihat kerana anda menjaga pemakanan serta melakukan senaman secara berkala. Amalan ini bukanlah jangka wangtu yang singkat tetapi perlu diamalkan sepanjang hayat masih ada.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Dan perkongsian ini sebenarnya berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pengalaman pelanggan saya yang sudah berjaya turun berat badan. Semoga ia memberi semangat kepada anda untuk terus turun berat badan dan amalkan gaya hidup sihat.

 

 




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top