Azam Tahun Baru 2018

4 Shares

Dah hampir tengah bulan January 2018, Lisa baru nak tulis tentang azam tahun 2018. Eh lambatnya! Orang lain dua minggu sebelum tahun 2018 dah tulis siap-siap azam tahun 2018 dan ada juga yang dah tampal dream board untuk tahun 2018. Sebenarnya bukan Lisa tak nak tulis post mengenai azam tahun baru 2018 tetapi disebabkan kesibukan nak mengurus urusan pindah jadinya tak sempat nak mengadap laptop. Actually, memang seronok nak bercerita tentang azam tahun baru 2018 sebabnya kita diberi peluang untuk berimpian, merancang dan melukis apa yang kita ingin capai dan apa yang kita ingin perubahan sama ada diri kita mahupun keluarga dan kerjaya kita.



Azam tahun baru yang sering menjadi carta utama di kalangan kita adalah:

Nak Kurus dan Turun 10 hingga 20kg

Nak kahwin

Nak dapat anak

Nak menjadi lebih baik dari tahun sebelum ini

Nak rajin bersedekah

Nak bawa keluarga pergi umrah

Nak bercuti di Maldives, Jepun, Korea

Dan sebagainya.

 

Sejujurnya, Lisa pun ada masukkan antara list di atas dalam azam tahun baru 2018. Tapi sejauh mana serius kita untuk mencapai azam tahun baru tersebut? Ask ourself.

Nak tahu kita serius atau tidak tentang azam tahun baru kita, mudah sahaja adakah kita sudah ada planner tahun 2018? Jika anda masih belum ada boleh klik di sini untuk dapatkan planner 2018. 

Itu adalah step pertama untuk buktikan kita serius atau tidak dengan azam tahun baru 2018. Bila kita sudah ada planner, maka anda sudah boleh lakarkan apa yang anda ingin capai pada tahun 2018.

Contohnya Pertama

Anda ingin pergi melancong ke Turki dan bercuti di Krabi. Maka, ambil planner tersebut dan anda dah boleh tulis seperti perkara di bawah:

 

Pada tarikh bila anda mahu pergi ke melancong ke Turki dan bercuti di Krabi?

Dengan siapa anda bakal pergi ke sana?

Berapa kos perbelanjaan untuk ke sana?

Pergi ke Turki dan Krabi dengan cara apa? Secara bakcpackers atau luxury? Boleh klik di sini untuk mengetahui jenis percutian anda.

 

Bila anda sudah merancang dan sudah tahu secara detail mengenai percutian anda, sebenarnya ia sudah dekat dengan impian yang anda lakarkan. Jika anda merancang untuk pergi ke Turki pada bulan Jun dan menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan maka awal tahun anda perlu survey agensi pelancongan mana yang sesuai dengan pilihan hati anda. Jika sebulan sebelum baru anda mahu pilih, maka kemungkinan fully booked. Sebab itulah, perancangan awal tahun sangat penting.

Contoh kedua.

Anda mahu turun berat badan sebanyak 20kg pada tahun 2018, maka anda sudah perlu buat perancangan pada tarikh bila anda akan dapat berat ideal. Dan untuk menurunkan berat badan, bagaimana cara yang sesuai untuk anda pilih. Adakah anda ingin mengikuti diet atkins, diet tak makan nasi atau diet menggunakan produk kurus.

Klik di sini untuk melihat cara turun berat badan secara selamat dan berkesan.

Jika anda sudah ada perancangan tersebut maka anda sudah boleh melaksanakannya pada awal tahun januari 2018 dan barulah anda akan lihat hasilnya. Untuk turun berat badan, anda perlu ada 3 perkara ini iaitu lakukan secara konsisten, sentiasa bersemangat dan tidak mudah putus asa.

Jika salah satu perkara tersebut tiada dalam senarai perancangan anda untuk tahun 2018 maka anda sukar untuk mencapai azam tahun 2018 iaitu ingin turun berat badan.

Begitulah sebenarnya yang Lisa buat untuk mencapai azam tahun baru. Tidak dinafikan akan ada azam yang dapat dicapai dan ada juga yang tidak dicapai. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Tetapi tak salah untuk kita merancang dan melakarkan impian yang kita inginkan. Sebab perancangan tersebut seolah-olah anda submit doa kepada Tuhan.

All the best for 2018 guys.

 

 

4 Shares




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 Shares
Share4
Pin