Fungsi Teh Herbalife Untuk Kurus

Produk herbalife kedua yang paling popular adalah teh herbalife. Fungsi teh herbalife untuk kurus sebenarnya sangat sinonim dengan mereka yang familiar dengan produk herbalife. Mengapa anda perlu tahu fungsi teh herbalife? Supaya anda akan lebih menghargai dan mengamalkan teh herbalife ini secara konsisten dan anda akan lihat perubahan dan kesannya yang positif ke atas badan anda. Sepanjang 6 tahun saya menjadi coach herbalife, teh herbalife antara produk kegemaran saya dan kegemaran pengguna herbalife sendiri.



Teh herbalife ini amat sesuai untuk mereka yang ingin turun berat badan dan untuk mereka yang sukar meninggalkan minuman berkafein tinggi. Perlu diingatkan bahawa teh herbalife ini bukanlah seperti teh kurus atau produk kurus di luar sana iaitu minum sahaja terus kurus tanpa perlu amalkan gaya hidup sihat. Kerana untuk kurus anda perlu faham konsep kurus yang sebenar iaitu 20% senaman dan 80% pemakanan. Teh herbalife ini membantu anda untuk lebih bertenaga dan bergerak aktif.

Di sini saya kongsikan fungsi teh herbalife untuk anda mudah ingat dan ingin amalkan nya sampai bila-bila kerana fungsinya sangat positif untuk badan anda.

Fungsi Teh Herbalife

Antioksida iaitu teh herbalife mempunyai fungsi untuk badan anda bertindak sebagai antioksida. Mengapa antikoksida ini penting untuk badan anda? Kerana ia dapat menuetralkan kembali radikal bebas dan mencegah kerosakan sel dalam badan. Jika anda tidak amalkan pemakanan yg mengandungi antikoksida maka anda mudah untuk menghadapi kemerosotan dari segi kesihatan dan untuk wanita pula tentu anda inginkan kulit yang lebih muda dari usia. Maka amalkanlah makanan yang ada antioksida ini seperti teh herbalife ini.

Burn fat/Bakar Lemak dalam badan. Fungsi teh herbalife yang kedua adalah membantu bakar lemak dalam badan dengan ada juga aktif melakukan senaman dan pergerakan. Kombinasi ini, akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan anda. Pembakaran lemak sangat penting bagi mereka yang ingin turun berat badan kerana lemak mereka yang disingkirkan bukannya otot. Kerana segelintir mereka yang turun berat disebabkan turun otot bukannya turun lemak. Maka anda perlu fokus turun lemak bukannya turun otot.

Meningkatkan tenaga. Teh herbalife juga membantu anda untuk meningkatkan tenaga. Selalunya jika kita mempunyai lebihan berat badan, kita akan sering berasa letih dan tidak bermaya tambahan pula bila anda sedang melalui proses penurunan berat badan maka teh herbalife ini sangat berguna untuk anda untuk mempunyai tenaga. Jangan terkejut, mungkin anda akan lebih rasa segar selepas amalkan teh herbalife ini. Sebab itulah, selain fungsi teh herbalife untuk kurus ia juga memberi tenaga kepada anda.

Anda mungkin juga meminati: Fungsi Shake Herbalife

Detoksifikasi. Pemakanan pada zaman ini amat banyak toksin dan udara di sekitar juga menyumbangkan toksin dalam badan kita maka anda perlu pemakanan atau minuman yang mengandungi fungsi detoksifikasi. Maka, fungsi teh herbalife mempunyai fungsi untuk detoks dalam badan kita. Toksin yang banyak dalam badan akan menyebabkan masalah kesihatan dan anda juga akan nampak lebih berusi dari usia yang sebenar maka dengan teh herbalife ia membantu anda untuk detoks secara semulajadi.

Mengurangkan Rasa Selera Makan. Kepada anda yang sukar turun berat badan mungkin anda mempunyai masalah susah untuk kawal makan maka dengan teh herbalife ini anda akan dapatkan kurangkan rasa ingin makan selalu. Jadinya kuranglah kalori masuk dalam badan anda dan peluang anda untuk kurus sangat cerah. Sebab itu, teh herbalife ini merupakan produk herbalife menjadi kegemaran kepada penggunanya yang setia.

Anda mungkin meminati juga: Program Turun Berat dengan Herbalife

Banyak manfaat apabila anda amalkan teh herbalife ini kerana ia memberi kesan positif kepada badan namun diingatkan bahawa teh herbalife ini bukanlah ubat atau boleh mengubati atau diognisis mana-mana penyakit. Teh herbalife ini adalah sebagai minuman tambahan untuk memberi anda kesan yang positif dan teh herbalife ini juga boleh menjadi pengganti minuman seperti nescafe dan kopi.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda sebagai pengguna yang mahu mulakan program herbalife mahupun baru ingin mencari solusi untuk turun berat badan. Jadikan program herbalife ini sebagai membantu anda untuk turun berat badan secara selamat dan berkesan.

Jika anda masih tidak mempunyai coach untuk bantu anda dalam program herbalife, boleh hubungi saya. InsyaALLAH pengalaman 6 tahun dalam bidang pengurusan berat badan ini, saya bantu anda.

 




1 thought on “Fungsi Teh Herbalife Untuk Kurus”

  1. Pingback: Fungsi Omega 3 Herbalife - Blog Mama Lisa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top