Part 1: Pengalaman Bercuti di Dubai

Dubai merupakan salah satu tempat percutian yang menjadi wishlist Lisa waktu 5 tahun yang lepas. Sebab teringin sangat nak naik Burj Khalifah Dubai. Bagi Lisa nama tu sangat unik dan cantik. Kebetulan lately ni banyak tengok artis-artis Malaysia bercuti di Dubai anataranya Che ta, Naelofar, Mira Filzah, Vivvy Yusuf dan ramai lagi. Tak pasti mereka bercuti di Dubai ni mendapat tajaan dari mana-mana syarikat atau pun persendirian. Kebetulan kami tinggal di sebelah Dubai, dah alang-alang nak sambut annyversary kami memilih Dubai sebagai tempat percutian pada kali ini.



Disebabkan Qatar dan Dubai sedang ada krisis maka, kami terpaksa mengambil flight Oman Air supaya dapat transit di Oman. Jika tiada krisis, kami boleh ambil direct flight dari Doha, Qatar ke Dubai. Perjalanan flight kami ambil masa 4 jam iaitu 1 jam perjalanan dari Doha ke Oman, transit sejam lebih dan dari Oman ke Dubai dalam 1 jam.

Percutian di Dubai sebenarnya penuh dengan drama bagi Lisa. Mana tidaknya, semasa kami check in di pintu masuk immigration Doha, suami Lisa boleh lupa untuk apply Exit Permit dari syarikat yang dia bekerja. Untuk pengetahuan anda, jika anda bekerja di Qatar anda perlu meminta izin dari sponsor anda iaitu syarikat yang membawa anda masuk ke Qatar. Jika tiada keizinan dari syarikat atau sponsor tersebut maka anda dilarang sama sekali untuk keluar dari Qatar. Immigration di Qatar sangat ketat.

Jadinya, bila suami Lisa tiada Exit permit maka dia tidak boleh naik flight bersama Lisa dan anak. Masa flight tinggal lagi sejam setengah dan waktu itu pada pukul 2 pagi. Dia call kawan di HR untuk bantu apply exit permit menggunakan aplikasi di phone. Kami sangat panic pada masa itu. Allah je yang tahu betapa nak luruhnya jantung ini. Tiket flight, pakej, tempat tinggal semua kami dah bayar. Kalau tak dapat fly, Ya ALllah sedih sangat.

Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan kami. Syukur ada ketua di HR masih tidak tidur dan beliau yang bantu suami Lisa untuk apply Exit permit menggunakan aplikasi phone. Nasib baik zaman dah canggih, everything is on your fingers. Kami berlari-lari untuk pergi ke Immigration Qatar dan terus boarding. Nasib baik kapal terbang masih menunggu kami dan belum berlepas lagi.

Husband terus sujud syukur depan pintu Immigration. Inilah pengalaman yang kami tak boleh lupakan semasa bercuti Di dubai.

Inilah antara benda yang fareeq tungu-tunggu bila naik flight, mesti dia dapat toys atau set stationary dari stewardess cantik.

Kami sampai di Dubai pada pukul 10.30 pagi dan kami terus menuju ke Dubai Mall sebab Airbnb yang kami dah booking terletak di sebelah Dubai Mall sahaja. Disebabkan kelaparan, kami makan tengahari dulu di sana dan terus menuju ke studio Airbnb. Alhamdulillah studio yang kami menginap sangat selesa untuk keluarga kecil kami dan paling best ia menghadap Burj Khalifah dan The Fountain Show.

Anda mungkin meminati: 5 Cara Bagaimana Airbnb Menjimatkan Kos Percutian Anda.

Kami naik train dari Airport Dubai sebab laluannya ada melalui station Burj Khalifah dan perjalanan mengambil masa dalam 20 minit. Kad train boleh dibeli dengan harga 19aed termasuk 4aed untuk harga kad. Bermaksud kredit anda ada 15aed. Bila naik train ni, mula-mula ingat kami bakal jumpa muka pak arab dan mak arab tapi rupanya pengguna train ini terdiri daripada tourist dan foreigner yang tinggal di Dubai. Pak arab dan Mak arab mana layan naik train ni, mereka sudah tentu pakai kereta mewah di negara sendiri.

Makan tengahari kami di food court Dubai Mall.

Selepas kami bersiap-siap, kami bergerak ke Burj Khalifah sebab mengikut pakej yang kami telah booking di website ini, kami memlih tarikh tersebut pada pukul 2.30 petang. Tapi kami sampai di entrance pada pukul 3 petang, kami ingat jika masa dan tarikh booking tidak sama maka kami tidak boleh masuk, tapi mujurlah disebabkan kami hanya lewat setengah jam maka tiket kami masih valid untuk naik ke menara Burj Khalifah iaitu menara paling tinggi di dunia.

burj khalifah dubai

Tiket masuk ke Burj Khalifah.

burj khalifah dubai

Semasa anda menuju ke lift yang membawa naik ke menara, anda akan disajikan dengan sejarah pembangunan dan pembinaan Burj Khalifah. Sejarahnya sangat menarik jika anda betul-betul menghayatinya. Anda akan berasa bangga bahawa menara yang paling tinggi di dunia ini adalah milik orang Islam dan ia berdiri di tanah negara Islam.

Sampai sahaja di atas, terasa angin kuat dan anda akan rasa sedikit bergoyang. Paling seronok sebab di atas ada kawasan open air, maka anda seolah-olah boleh pegang awan. Bila Lisa tengok di bawah, terasa sedikit gayat sebab ia sangat tinggi.

burj khalifah dubai

Selama satu jam lebih kami di atas, kami masuk ke Dubai Mall untuk redeem tiket percuma masuk ke Dubai Aquarium dan Underwater Zoo. Di sini, kami dapat lihat kehidupan laut secara dekat. Kiri kanan anda ada ikan dan kehidupan laut. Jangan terkejut anda juga dapat lihat Shark, tapak kaki sulaiman, obor-obor, penguin dan sebagainya.

aquarium dubai

Untuk pengetahuan anda, gambar yang kami ambil ni adalah dalam aquarium. Di sini, bila anda pergi ke counter Aquariuam Dubai Mall, akan ada promoter menghampiri anda dan offer beberapa pakej antaranya pakej masuk aquarium, underwater zoo, tengok behind the scene dan masuk kapal selam. Anda boleh pilih pakej yang anda suka. Kami pilih pakej basic sahaja sebab itu dah termasuk dalam pakej yang kami beli sekali dengan burj khalifah.

underwater zoo dubai

Fareeq tengah belajar nama-nama kehidupan laut di sini.

aquarium dubai

Macam tak percaya obor-obor depan mata. Subhanallah besar sungguh kekuasaan Allah tu.

Kami diberitahu oleh staff di sana bahawa setiap hari sebanyak 90 000 galloon akan di bawa masuk ke dalam aquarium ini dari laut sebelah. Sebanyak 80% air dalam aquarium akan digantikan dan selebihnya akan ditinggalkan dalam aquarium tersebut.

Selama 2 jam juga kami dalam aquarium dan underwater zoo ini, kemudian kami tak sabar nak tengok The Fountain Show di hadapan Dubai Mall. Suami Lisa kata, pernah lagu Siti Nurhaliza dimainkan dan ditarikan oleh The Fountain Show. Proud to be Malaysian here.

Tapi ramai sangat manusia di sini. Boleh dikatakan 70% terdiri daripada pelancong dan hanya 30% sahaja penduduk Dubai.

Bila Lisa lihat The Fountain Show, Lisa rasa negara UAE ini sangat canggih teknologi dorang dan sangat kreatif untuk menarik pelancong luar. Tidak hairanlah ramai pelancong keluar masuk di negara ini.

The Fountain Show adalah aktiviti wajib yang perlu anda lihat apabila tiba di Dubai sebab ia sangat unik dan menarik. Jangan lupa ambil video sekali.

Ticket Flight: Oman Air

Penginapan: Airbnb 

Pakej Masuk Burj Khalifah dan Aquarium: Klook.com




7 thoughts on “Part 1: Pengalaman Bercuti di Dubai”

  1. Pingback: 30 Tips Bercuti Di Dubai - Ladylisaa.com

  2. Fazrul Mazlan

    Hi…. Assalamualaikum…
    Saya sebenarnya tertarik dengan entri yang puan tulis… dan saya ada merancang nak bercuti di Dubai tetapi saya perlu tahu berapakah kos untuk pergi ke sana?
    Jadi, berapakah anggaran kos keseluruhan yang puan telah belanjakan berdasarkan pengalaman sendiri bercuti di Dubai?

    1. Hi, thank you sebab baca my entry bout trip to Dubai. Average for one person dalam 3000 lebih almost 4000 sebab kami ambik pakej hop on hop off bus. yg tu dah termasuk tiket return flite.

  3. Assalamualaikum lisa.. saya nk tumpang tanya.. kalau kita naik metro dubai tu, 1 kad train tu boleh guna utk 2 org atau kena beli sorang satu kad?

      1. Lisa.. dalam MRT tu klu kte pergi berdua je dgn suami, x boleh berada dlm gerabak yg sama ke? Risau pulak bile bace blog2 byk yg kta laki dan perempuan asing2..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top