10 Tips Senaman Untuk Ibu Kuruskan Badan

Apabila lihat trend sekarang, semakin ramai ibu-ibu ada kesedaran untuk kuruskan badan. Ada yang memberi alasan merekan ingin kurus kerana suami sudah mulai tegur, ada yang mengatakan mereka sendiri rasa badan makin berat dan tidak kurang juga ada yang mengatakan doktor yang menyuruh mereka untuk kuruskan badan. Pokok pangkalnya, sebagai seorang ibu kita perlu kuruskan badan adalah demi diri sendiri untuk kesihatan kini dan akan datang.



Sebagai seorang ibu, Lisa juga ada cabaran untuk kuruskan badan. Semasa mengandungkan Fareeq, Lisa naik berat sehingga 20kg dari berat asal. Berat tersebut sudah termasuk berat bayi dalam kandungan. Alhamdulillah masa itu, Lisa tak rasa stress pun even naik berat sehingga 20kg because i know how to lose weight with proper way. Di sini, Lisa nak kongsikan dengan pembaca tentang tips senaman untuk ibu-ibu kuruskan badan. Atau untuk mereka yang ingin juga meningkatkan tahap fitness.

1. Minum air kosong 2 hingga 3 litre sehari

Untuk pengetahuan ibu sekalian, badan kita terdiri daripada 70% adalah air. Apabila air cukup dalam badan maka proses dalam badan akan lancar termasuk proses pencernaan. Air juga membantu mengeluarkan lemak dalam badan dan membakarnya. Kalau boleh tinggalkan minuman manis dan minuman bergas kerana ia memberi kesan negatif pada badan. Jika ibu-ibu sudah decide untuk mualakan aktiviti senaman, minum air merupakan satu keperluan kerana ia membantu anda untuk menggantikan air dalam badan setelah anda berpeluh.

2. Aktifkan Diri Dalam Rumah

Apabila ibu-ibu berada di rumah maka anda perlu sibukkan diri. Jangan bagi masa punggung dan kaki anda rehat terlalu lama kerana ia akan mudah dan cepat naik lemak jika tidak dilakukan sebarang aktiviti. Maksud sibukkan diri adalah anda aktif melakukan kerja-kerja di rumah antaranya memasak, mengemas rumah, mengemop dan sebagainya. Sebenarnya aktiviti ini merupakan aktiviti harian yang ibu-ibu sedia maklum dan menjadi rutin harian. Jangan pandang rendah dengan aktiviti ini kerana pembakaran kalori berlaku dari 100-300 kalori.

3. 10 minit setiap sesi

Ada di antara ibu-ibu yang sangat sibuk dengan rutin harian sebagai contoh ibu bekerja, mengemas rumah, menguruskan anak dan suami. Sebab itulah, anda perlu menjadi pencuri masa. Anda boleh selitkan aktiviti harian anda dengan senaman ringkas dan setiap sesi adalah dalam 10 minit. Sebagai contoh, anda sedang memasak dan masa anda di dapur mungkin satu jam. Ambil masa 10 minit untuk buat senaman ringkas seperti jumping jack, high knees dan squat. Senaman ini membantu anda dari segi pernafasan dan pembakaran lemak di bahagian kaki.

4. Bawa Anak Keluar Berjalan

Ambil masa untuk bersenam ketika membawa anak keluar berjalan. Sebagai contoh, anak anda naik basikal dan anda boleh jogging mengiring dia. Jangan pula anda bawa anak anda ke taman permainan tetapi anda duduk dikerusi melihat mereka bermain. Lebih baik anda bermain bersama-sema. Lakukan banyak pergerakan kaki dan tangan. Kerana selalunya wanita mempunyai masalah lemak di tangan dan di kaki.

[adinserter block=”6″]

5. Buat Home workout

Ada segelintir ibu-ibu memberi alasan susah nak kurus kerana tiada masa untuk menghadiri kelas senaman atau pergi ke gym. Kini sudah banyak dalam media sosial contohnya di Youtube menampilkan senaman home workout. Maka anda boleh lakukan senaman di rumah tanpa alat. Anda boleh lihat ramai ibu-ibu di luar negara dapat turunkan berat badan hanya di rumah sahaja dengan melakukan senaman di rumah. Oleh itu, tiada lagi alasan untuk ibu-ibu tidak boleh kuruskan badan.

6. Dumbell dan Mat

Jika anda ingin membuat home work out, Lisa sarankan supaya anda sediakan dumbell 1-2kg dan mat. Mat adalah Untuk keselesaan dan dumbell membantu percepatkan pembakaran lemak di lengan. Sebenarnya bila anda sudah ada 2 alat ini maka ia sudah cukup untuk anda lakukan home workout.

7. Daily plan workout

Daily plan work out sangat penting supaya mendisplinkan diri ibu-ibu untuk melakukan home workout. Jika tiada daily plan ini, besar kemungkinan ibu-ibu tidak akan lakukan kerana sibuk dengan rutin harian. Jadikan workout sebagai salah satu rutin harian anda.

8. Pre-workout dan post-workout

Makanan untuk pre-workout dan post-workout sangat penting. JIka ibu-ibu tidak makan sebelum dan selepas makan, dikhuatiri anda akan mudah rasa letih dan tidak bertenaga. SElain itu, ia membantu anda untuk bakar lemak lebih cepat.

9- Pakaian yang sesuai

Apabila dikatakan buat work out dirumah janganlah ibu-ibu pakai kain batik atau baju kelawar. Nanti ada tercedera kerana ia membuatkan pergerakan terbatas. Maka saya sarankan ibu-ibu membeli baju khas untuk bersenam. Lagi bagus yang ketat dan kemas. Supaya apabila anda makin kurus, anda sendiri dapat rasa baju sukan tersebut makin longgar. Anda akan lebih rasa semangat untuk lakukan senaman tambahan.

10- Mempunyai mindset yang betul

Apabila kita sudah decide nak kurus maka perkra utama yang perlu diambil kira adalah mindset yang betul. Maksud saya senaman adalah satu batu loncatan untuk anda kurus lebih cepat kerana yang utamanya ialah apa yang kita beri makan pada mulut. Jika anda menghabis masa untuk bersenam berjam-jam tetapi anda tidak mengamalkan diet yang sihat maka, usaha anda sia-sia sahaja.

Itu sahaja perkongsian saya dalam entry kali ni. Jangan lupa kepada yang ingin sertai pertandingan turun berat badan secara online dan boleh menang wang tunai, boleh hubungi saya.

 

 

 

 




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top