30 Tips Bercuti Di Dubai

Semalam kami baru sahaja touch down dari bumi negara Arab yang terkenal dengan kecanggihan teknologi dan merupakan antara negara arab yang sumber utamanya adalah pelancongan iaitu Bumi Dubai. Sebelum Lisa kongsikan 30 tips bercuti di dubai dengan anda, Lisa nak anda tahu bahawa negara Dubai adalah antara negara kaya di dunia. Purchasing power sangat tinggi dan mereka mempunyai sumber minyak yang banyak dan itu membuatkan mereka menjadi antara negara terkaya di dunia. Ada yang keliru tentang Abu Dhabi, Dubai dan UAE. Sebenarnya, UAE adalah nama negara dan ibu negara bagi UAE adalah Abu Dhabi dan Dubai adalah anatara negeri yang menjalankan sumber ekonomi pelancongan di negara UAE. Mereka yang datang ke UAE, lebih suka melancong di Dubai kerana disana mempunyai banyak tempat tarikan pelancong.



Disebabkan kami tinggal di Qatar, maka kami ingin melihat apa perbezaan antara negara Qatar dan UAE dari segi kemajuan, pelancongan, teknologi dan sebagainya. Tapi untuk percutian kami yang hanya 3 hari sahaja maka pemerhatian kami sangat kasar dan Lisa ada kongsikan di entry post di sini.

Untuk anda yang ingin bercuti di Dubai atau mahu transit di Dubai, Lisa pasti tips ini sangat berguna untuk anda kerana ini berdasarkan pengalaman kami sendiri ke sana. InsyaALLAH, percutian di dubai akan menjadi percutian anda yang paling tidak boleh dilupakan.

30 Tips Bercuti Di dubai Yang perlu anda Tahu sebelum ke sana.

  1. Pilih bercuti di Dubai pada bulan November hingga April sahaja. Eh, kenapa tidak boleh bulan 5 ke 6 ke 7? Bukan tidak boleh, tetapi pada bulan selain dari November hingga April, banyak tempat tarikan pelancong tutup kerana musim panas. Antaranya Dubai Miracle Garden akan buka hanya pada bulan November hingga April sahaja. Dan suhu panas di negara Arab ni, memang hangat seperti muka anda diletakkan di hadapan oven. Suhu boleh cecah sehingga 49 darjah celcius. Dan anda juga tentu tidak selesa untuk keluar berjalan dan tambahan pula mereka yang ada anak kecil.
  2. Visa on arrival in Dubai. Disebabkan Malaysia ini adalah Top 10 passport bermaksud lebih 50 negara kita tidak perlu apply visa dan Dubai antara negara yang anda terima visa semasa tiba di sana. Tidak perlu apply visa. Urusan immigration di Dubai sangat cepat. Tambahan pula bila anda kata anda dari Malaysia, mereka akan lebih senang dengan kita.
  3. Bercuti di Dubai, hanya 3 hingga 4 hari sebenarnya sudah cukup maka jika anda yang ingin pergi ke Eropah anda boleh singgah di Dubai untuk transit 3 atau 4 hari sahaja.
  4. Dari Airport Dubai, anda boleh naik metro atau train sebab ia sangat convenient. Anda boleh beli tiket train di sana.
  5. Bagi simkad dan untuk internet di Dubai, anda boleh beli di airport. Ia ada beberapa pakej bermula dengan 100AED untuk 3 hari.
  6. Dubai terkenal dengan negara yang kaya maka, anda perlu tahu bahawa kos hidup di sini juga agak tinggi. Maka, makanan dan barangan di sini juga agak mahal berbanding harga di Malaysia kecuali barangan kosmetik keluaran Dubai iaitu Huda Beauty. Makanan di Malaysia seorang adalah dalam Rm5-Rm7 untuk sekali makan tetapi di sini jika anda makan di shopping Mall seperti Dubai mall, Emirate Mall, average sekali makan untuk seorang dalam Rm30 higga Rm40. Jika anda datang ke Dubai, secara budget Lisa sarankan lebih baik bawa bekalan makanan supaya dapat jimat.
  7. Bagi pencinta barangan mewah, ini adalah syurga dunia buat anda sebab anda akan melihat banyak sangat boutique mewah di sini. Kiri kanan dan depan belakang. Dari jenama kasut hinggalah barangan kosmetik. Sediakan duit poket untuk beli barangan mewah di sini sekurang-kurangnya 5000AED.
  8. Bagi pecinta Huda Beauty, anda jangan ketinggalan untuk membeli barangan kosmetik di SEPHORA. Dan outlet nya memang ada di mana-mana. Di Dubai Mall, Emirate Mall, Dubai Marina Mall juga ada Sephora. Anda boleh lihat mereka yang membeli barangan kosmetik di Sephora seperti membeli goreng pisang panas di malaysia.
  9. Dubai sangat kaya dengan shopping mall, maka anda boleh pilih shopping mall mana yang anda suka mengikut tema yang diberikan. Contohnya Dubai Mall terkenal dengan The fountain show pada waktu malam dan Emirate Mall ada ski untuk anak-anak bermain.
  10. Untuk pemilihan tempat tinggal, Lisa sarankan anda pilih hotel atau Airbnb yang berdekatan dengan Dubai Mall. Anda boleh google kawasan berdekatan seperti downtown dubai, finance centre dan boulevard. Boleh klik di sini untuk pengalaman kami semasa bercuti di Dubai.
  11. Harga hotel ada yang murah dan ada yang mahal. Bergantung kepada budget anda.
  12. Di sini, Teksi lebih murah berbanding Uber. Maka, untuk anda pergi ke sesuatu tempat anda boleh ambil teksi berbanding memanggil Uber.
  13. Metro atau train juga ada, anda boleh download apps RTA untuk ketahui laluan train di Dubai.
  14. Kenderaan awam sangat mudah untuk didapati jadi anda tiada masalah untuk pergi ke sesuatu tempat.
  15. Jika anda benar-benar ingin pergi ke tempat tarikan pelancong, anda boleh naik hop on hop off bus dubai. Sebelum kami pergi ke Dubai, kami dah siap-siap buat booking untuk pakej hop on hop off bus sebab ia lagi menjimatkan masa,tenaga dan sangat selesa untuk anda yang ingin menikmati keindahan seluruh bandar Dubai. Boleh klik di sini untuk membuat tempahan. Kerana Lisa dah survey lebih 5 website, hanya website ni sahaja yang beri pakej yang bagus.
  16. Pakej hop on hop off bus Dubai terdapat beberapa pakej iaitu 1 hari, 3 hari, 5 hari dan 7 hari. Anda boleh pilih mengikut berapa hari anda ingin bercuti di dubai. Bus ini hanya cover kawasan Dubai sahaja dan ia tidak termasuk Abu Dhabi.
  17. Hop on hop off bus ada 2 syarikat iaitu city sight seeing bus dan big bus. Lisa advice better ambil city sight seeing bus sebab laluan dan pakej yang diberikan lebih bagus.
  18. Jika anda yang ingin naik Burj Khalifa, Lisa nasihatkan lebih baik beli sebelum anda datang ke Dubai kerana harga lebih murah dan anda tidak perlu beratur lama untuk membeli tiket. Boleh klik di sini untuk membuat tempahan tiket burj khalifah.
  19. Dubai Mall, Burj Khalifah dan The Fountain Show adalah tempat bersebelahan sahaja. Anda boleh berjalan kaki antara tempat tersebut.
  20. The Fountain Show antara aktiviti wajib yang perlu anda lihat sebab ia sangat unik dan menarik kerana anda dapat tengok bagaimana air menari mengikut muzik. Dan muzik yang dipersembahkan adalah berbeza-beza setiap hari.
  21. Jangan lupa masuk ke Aquarium and Underwater Zoo sebab di sana anda akan lihat aquarium setinggi 3 tingkat shopping mall dan atasnya screen besar yang sangat unik.
  22. Bila anda ambil hop on hop off bus pakej, anda boleh pergi ke Miracle garden dan Global Village. Miracle Garden ni adalah taman bunga terbesar di dunia.
  23. Kepada yang ingin merasai pengalaman berada di padang pasir anda juga boleh ambil pakej dari website ini. Atau boleh juga survey beberapa website yang lain.
  24. Jika anda hunting for food, Lisa sarankan boleh download apps Zomato. Ia akan tunjuk restoran mana yang dekat, harga untuk 2 orang makan, jenis restoran, rate restoran tersebut dan sebagainya.
  25. Untuk anda yang ingin membeli souvenir dubai untuk orang yang tersayang, anda boleh membeli di hadapan Burjuman Mall atau di kedai-kedai tepi jalan di Old souk, Souk Gold, dan Di Dubai Mall tetapi harga di sini agak mahal berbanding di kedai di souk. Contohnya Lisa nak beli bag Dubai, bila tanya di Dubai mall harga yang diberikan adalah 110 AED tetapi bila kami pergi ke souk gold beg yang sama Lisa boleh dapat 40 Aed sahaja. Beza banyak sangat.
  26. Bila datang Dubai jangan lupa beli souvenir yang tulis i love Dubai sebab ia sangat cantik dan boleh jadikan kenangan.
  27. Jika anda ingin berpeluang melihat seluruh bandar dubai dan Abu Dhabi anda boleh ambil pakej helicopter dan Lisa ada survey pakej untuk per person untuk naik helicopter serendah Rm750.
  28. Pastikan anda mengambil gambar yang cantik untuk dijadikan kenangan semasa di Dubai nanti.
  29. Jangan ketinggalan merasai pengalaman menaiki dhow cruise. Untuk pakej ini lebih baik anda beli sebelum anda datang ke Dubai. Dan jika anda ambil pakej hop on hop off bus, pakej dhow cruise adalah percuma dan termasuk dalam pakej bus tersebut.
  30. Kenapa Lisa sarankan ambil pakej untuk beberapa aktiviti di Dubai? Sebabnya jika anda datang ke sana dan anda baru ingin membeli tiket masuk atau pakej, harga di sana lebih mahal berbanding anda membeli secara online. Contohnya, kami membeli pakej hop on hop off bus secara online dan bila kami survey harga di sana, rupanya kami dapat jimat sehingga 150 aed berbanding membeli terus di sana. Dan sebagai peringatan, jika anda ingin bercuti di Dubai secara backpackers atau persendirian pastikan itinerary anda lengkap supaya percutian anda lebih menarik dan anda akan rasa sangat puas hati.

Itu sahaja perkongsian Lisa dalam 30 tips bercuti di Dubai. Semoga perkongsian ini, dapat memberi manfaat kepada anda untuk merancang bercuti di dubai lebih menyeronokkan.




45 thoughts on “30 Tips Bercuti Di Dubai”

  1. Boleh masukkan Dubai dalam wishlist. Tak pernah ke Dubai. Bila tengok iklan youtube Shah Rukh Khan gi Dubai nampak menarik pulak….

  2. Antara Negara yang TB nak masuk list pi.. walaupun tak tahu bila lah berkesempatan nak pi.. huhuhu.. Tapi kalau nak pi Dubai dah ada tips bercuti ni.. boleh la bookmark.. heee

  3. Banyaknya tips. Bagus and thanks. Walaupun maybe tak dapat pun pergi hahaha tapi suka tau tengok orang lain pergi dan share experience diaorang. Tengok gambar pun dah cukup

  4. Salah satu tempat yg ada dlm wishlist sis. Tahun ni nak ke India mayb tahun slps nya pulak ke sana, doakan ya..hehehe, Tips yg bagus, bolehlah nanti singgah lagi di sini kalau nak ke Dubai

  5. Thanks so much. Such a refreshing article. Susah nak cari website travel tips to Dubai yg informative ditulis oleh wanita Muslim/ Asia dan untuk wanita Muslim/ Asia. Kebanyakannya ditulis dari perspektif wanita barat yg asyik kecohkan tidak boleh pakai singlet/ shorts/ tak boleh minum2 (arak) dengan senang dan tak boleh berdua-duaan sgt di khalayak ramai. Itu semua saya rasa tidak penting dan tidak menjadi masalah besar pada wanita Asia yg lazimnya sudah masak perihal menjaga perilaku dan pemakaian yg sopan. Saya memang berhasrat untuk melancong ke Dubai sebagai solo female traveller untuk beberapa hari dan berjumpa dgn rakan saya di sana – jadi menarik juga jika saya dapat membeli kosmetik Huda Beauty dgn harga yg lebih murah! 🙂 Again, thank you so much…..you have done many of us a good deed.

    1. you are welcome dear. yup, price of huda beauty more cheaper than malaysia. Dubai is one of the safest country to travel by solo traveller especially women.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top