9 Jenama Handbag Original Ini Yang Mampu Milik

Pada hujung tahun 2018, hangat isu barangan original diperkatakan oleh seorang pengasas butik online terkenal Fashion Valet iaitu Vivvy Yusuf berkenaan produk original nya yang telah diciplak oleh pihak yang tidak bertanggungwajab. Ada netizen yang menyokong kenyataan Vivvy Yusuf dan tidak kurang juga mengecam beliau. Tapi bagi Lisa sendiri, jika Lisa berada di tempat beliau mungkin reaksi Lisa juga akan sama. Mana tidaknya, hasil penat lelah kita telah diambil orang tanpa pengetahuan kita. Bila isu ini ditimbulkan, pada masa yang sama isu jenama handbag original juga hangat diperkatakan. Tambahan pula di kalangan artis dan instafamous ada memakai handbag yang tidak original. Sebab itulah, kita perlu tahu tahap kemampuan masing-masing. Tak salah untuk bergaya. Yang penting janganlah sampai menganiaya pemilik barangan tersebut. Kerana sesuatu barangan mempunyai harga tertentu adalah berdasarkan kos dan kualiti.



Jangan risau, walaupun anda belum berpeluang memiliki handbag yang mewah tetapi anda masih ada peluang untuk kelihatan elegan dan bergaya dengan 9 jenama handbag original ini yang mampu milik. Ingatlah bahawa anda kelihatan cantik dan bergaya bukanlah kerana jenama handbag yang anda bawa tetapi perwatakan anda yang membuatkan diri anda lebih nampak hebat.

Percaya pada diri, bukan percaya pada jenama yang anda pakai.

9 Jenama Handbag Original Ini Yang Mampu Milik

Carlo Rino

Carlo Rino merupakan salah satu brand yang terkenal di kalangan wanita Malaysia. Untuk pengetahuan anda, jenama ini adalah berasal dari Malaysia dan telah menembusi pasaran di 62 buah negara. Ramai wanita memakai handbag jenama Carlo Rino ini kerana ia mempunyai kualiti yang bagus serta mempunyai design feminine dan melambangkan kelembutan seseorang wanita itu. Jika anda salah seorang peminat jenama Carlo Rino pasti anda akan perasan bagi warna setiap handbag keluaran Carlo Rino kebanyakannya terdiri daripada warna lembut dan pastel sesuai dipakai oleh semua wanita. Anda boleh lihat design seperti di bawah.

Ini adalah contoh design dari Carlo Rino. Untuk melihat lebih banyak design handbag Carlo Rino anda boleh lihat di ZALORA.COM. Range harga bagi sebuah handbag Carlo Rino di Zalora.com adalah Rm100 hingga Rm500.

Aldo

Sebenarnya Lisa start kenal jenama Aldo ini apabila datang ke Qatar. Di Qatar, kebanyakannya wanita expat suka jenama ini sampaikan Aldo pernah buat sale dan wanita-wanita di sini sanggup beratur sehingga 4 jam demi memiliki jenama terkemuka ini yang berasal dari Canada. Sejak itu, Lisa mula tertarik dengan jenama ini dan kualitinya sangat baik serta design yang ditonjolkan sesuai untuk wanita yang suka bergaya dan mementingkan jenama. Di Qatar, boleh dikatakan setiap shopping mall ada outlet Aldo ini dan di Malaysia hanya terdapat beberapa outlet sahaja, mungkin sebab itu Lisa tak perasan kewujudan jenama ini di Malaysia. Tetapi kepada anda yang mula ingin memiliki handbag jenama ini, anda boleh lihat di Zalora.com di mana Lisa tengok range harga adalah di antara Rm50 hingga Rm400 serta lebih 200 jenis handbag yang disenaraikan dalam website tersebut.

Charles and Keith

Sebenarnya Charles and Keith ini adalah jenama yang agak baru di pasaran kerana ia diperkenalkan pada tahun 1996. Maka jenama ini baru sahaja bertapak dalam industri footwear and accessories dalam 22 tahun. Walaupun baru bertapak, tapi Lisa agak terkejut bila rakan-rakan yang menjawab survey Lisa di Facebook kebanyakannya memilih jenama ini sebagai salah satu favourite handbag brand mereka. Outlet Charles and Keith ini kebanyakannya terletak di ibu negara iaitu Kuala Lumpur. Tetapi anda juga boleh beli online di website rasmi mereka di SINI.

Mango

Ada yang pernah dengar jenama Mango? Jenama handbag ini tidak kurang juga mempunyai ramai pelanggan yang setia dan tidak sabar dengan setiap keluaran barunya. Salah seorang pelanggan setianya adalah kakak Lisa. Dia paling suka jenama Mango ini dan handbag ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Kerana ada sesetengah jenama handbag, ia hanya sesuai untuk pergi ke tempat atau majlis tertentu sahaja. Jenama Mango ini yang berasal dari Barcelona mempunyai outlet terbesar di Turki dan mempunyai pelanggan terbesar di Spain. Wah, kepada anda yang belum lagi menjejak kaki ke Spain, mungkin anda boleh cuba memakai jenama handbag ini terdahulu untuk mendapat aura pergi ke sana nanti. Di Malaysia, outlet Mango ini sudah terdapat lebih dari 20 outlet dan jika anda yang suka membeli secara online boleh lihat di Zalora.com.

Bonia

Kebanyakan Lisa lihat mereka yang memakai jenama Bonia adalah terdiri daripada wanita yang berumur atas 26 tahun, mungkin design yang diperkenalkan oleh Bonia lebih nampak matang dan lebih bekerjaya. Untuk pengetahuan anda, Bonia adalah dikategorikan sebagai jenama handbag mewah. Walaupun jenama ini hanya menembusi pasaran Asia sahaja tetapi ia dapat membina satu empayar besar dan melahirkan ramai pelanggan yang setia dengannya. Bonia berasal dari Malaysia tetapi perkilangannya di lakukan di Singapura. Kualiti yang dibuat juga sangat bagus dan tahan lama. Tidak hairanlah ada wanita mengatakan mereka sudah memakai handbag jenama ini lebih 2 tahun. Range harga bagi handbag jenama Bonia dari Rm120 hingga Rm2000. Anda boleh lihat pelbagai jenis handbag dari jenama Bonia di sini .

Guess

Jenama handbag guess merupakan salah satu jenama handbag favourite Lisa sebenarnya sebab design handbag kebanyakannya berbentuk santai dan tidak terlalu formal. Lisa masih ingat lagi waktu Lisa pergi Paris, mata ni terus rambang bila masuk di dalam outlet Guess di Lafayatte. Banyak pilihan dan design up to date. Untuk pengetahuan anda, jenama handbag Guess ini adalah berasal dari Los Angeles sebab itulah designnya lebih kepada wanita yang suka kehidupan yang santai dan tidak terlalu formal. Range harga di Zalora.com adalah dari RM100 hingga Rm600.

Hush Puppies

Mula-mula Lisa pelik juga dengan nama jenama Hush Puppies ni sebab Lisa ingat handbag dibuat daripada puppies tapi rupanya handbag nya dibuat daripada leather. Lisa pernah juga pakai jenama Hush Puppies ini semasa awal kerja dahulu sebab design nya yang sangat simple dan warna kebanyakan handbag hush puppies adalah warna gelap seperti hitam, hijau gelap, oren gelap dan sebagainya. Bagus juga warna seperti ini supaya tidak mudah nampak kotoran di handbag kita. Range harga untuk jenama hush puppies dalam Rm150 hingga Rm400. Jika Zalora.com buat promosi, anda boleh dapat harga yang lebih berbaloi.

Vincci

Jenama yang tidak asing lagi bagi peminat yang sukakan kasutnya, tetapi tahukah anda ada di kalangan wanita Malaysia sangat meminati handbag jenama ini kerana bagi mereka apabila pakai handbag jenama Vincci ini, ia akan menyerlahkan lagi sifat keayuan wanita tersebut. Bersesuaianlah asal jenama Vincci ini dari Malaysia dan ia merupakan di bawah payung jenama Padini. Jika anda lihat di website Zalora.com, anda akan dapati jenama Vincci merupakan jenama yang mempunyai harga yang agak rendah berbanding jenama lain kerana ia adalah berasal dari Malaysia.

Calvin Klein

Jika anda mahu merasai jenama yang datangnya dari Amerika, Calvin Klein merupakan salah satu jenama yang sangat terkenal di New York. Ramai artis Amerika menyukai jenama Calvin Klein ini kerana ia nampak lebih bergaya dan terserlah jiwa remaja walaupun anda mungkin lebih berusia. Antara artis yang selalu memakai jenama ini adalah Justin Bieber, Eva Mendes dan ramai lagi. Disebabkan jenama ini dari negara Amerika maka harga di dalam website Zalora.com agak tinggi berbanding jenama lain iaitu range harga dalam RM300 hingga Rm1500.

Share This Post With Your Friends!!




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top