Cara Buat Duit Dengan Involve Asia

Ada di antara anda sudah biasa mendengar tentang website involve asia ini dan tidak kurang juga sesetengah di kalangan anda masih tidak mengetahui kewujudan website ini yang boleh menjana pendapatan sampingan dalam dunia blogging. Lisa juga baru diperkenalkan oleh seorang rakan dan pada masa yang sama Lisa sedang mencari peluang pendapatan sampingan melalui blogging. Sejak berpindah ke Qatar, Lisa lebih aktif berblogging dan menulis mengenai pengalaman pergi travel, kesihatan dan kecergasan serta bagaimana buat duit dari rumah. Rupanya ada banyak cara lagi yang kita boleh buat duit tanpa keluar rumah dan di antaranya adalah blogging dan menulis.



Apakah itu Involve Asia?

Involve Asia adalah satu website yang menyediakan peluang pendapatan kepada mereka yang berminat untuk menyertai program affiliate. Anda boleh rujuk di entry post yang Lisa tulis mengenai apa itu affiliate. Involve Asia ini menjadi penghubung di antara pihak Merchant dan pihak publisher. Pihak Merchant bermaksud syarikat yang mempunyai produk atau servis yang memerlukan anda untuk melakukan pemasaran bagi pihak mereka dan anda sebagai medium menyebarkan affiliate dipanggil sebagai publisher.

Apa yang membuatkan Lisa sangat tertarik dengan Involve Asia ini adalah kerana mereka mempunyai sistem yang bagus untuk mengenalpasti link tracking bagi setiap publisher dan jika anda serius melakukan program affiliate ini, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu ada produk di tangan.

Cara Buat Duit Dengan Involve Asia

Di sini, saya nak kongsikan dengan pembaca bagaimana anda boleh buat duit dengan involve asia walaupun anda tidak mempunyai blog tetapi perlu ada media sosial yang aktif seperti whassap, facebook, instagram dan twitter.

Paling best, anda boleh pilih brand apa yang anda suka untuk promosikan dalam media sosial. Antara brand atau merchant yang sertai Involve Asia adalah LAZADA, TRIVAGOPHOTOBOOK dan lain-lain lagi.

Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah di bawah:

  1. Daftar >>DI SINI<<
  2. Kemudian, setelah akaun email anda telah verified oleh admin involve asia, anda boleh mula untuk promosikan brand dalam browse merchants.
  3. Untuk mulakan promosi, anda boleh klik di link TOOLS > DEEPLINK GENERATOR > Pilih merchant/ brand yang anda suka untuk dipromosikan dalam media sosial anda. Kemudian klik Generate. Anda boleh copy link tersebut dan paste dalam media sosial. Mudahkan. Atau anda boleh ikut tutorial di bawah juga.
  4. Apabila ada rakan-rakan anda membeli barang dari link tersebut, maka anda akan peroleh komisen mengikut percent yang telah ditetapkan.

Tutorial di bawah adalah untuk anda dapatkan deeplink yang ada id anda. Klik di Browse Merchant untuk memilih syarikat atau website yang anda gemari. Contoh di bawah, Lisa buat carian Lazada.

Bagi anda yang ingin promosikan hanya target Malaysian sahaja maka anda boleh pilih di Lazada(MY). kLIK di GET LINK seperti di bawah.

Kemudian, feature akan keluar seperti di bawah. Anda klik di GENERATE maka link yang ada id anda akan keluar. Anda boleh copy link tersebut dan paste di media sosial atau di ruangan artikel website anda. Jika anda mahu cek untuk link tersebut sama ada id anda termasuk dalam tracking tersebut atau tidak, anda boleh copy paste link yang diberikan kemudian paste di ruangan google search. Jika anda lihat ada id anda terpapar di link tersebut maka pihak involve asia dapat mengesan bahawa link itu datangnya daripada Id anda.

Untuk pengetahuan anda, affiliate ini juga dinamakan pendapatan pasif  di mana apabila anda tidur pun anda masih boleh menjana pendapatan sampingan tanpa anda perlu keluar bekerja pada masa atau tempat tertentu. Sebab itulah Lisa yakin bahawa anda yang ingin menjana pendapatan tambahan terutama sekali pelajar, suri rumah mahupun mereka yang ingin menambah pendapatan bulanan, program affiliate involve asia ini adalah salah satu jawapan yang terbaik buat anda. Hal ini kerana anda tidak perlu pegang produk, bungkus produk, pos produk mahupun perlu memikirkan tentang pembekal produk tersebut. Semuanya sudah disediakan.

Malah anda diberi pilihan untuk memilih merchant atau syarikat yang anda gemari serta mengikut niche pasaran blog dan media sosial anda. Sebagai contoh anda suka promosikan pakaian wanita, oleh itu anda boleh memilih merchant Zalora sebagai syarikat yang anda ingin promosikan. Setiap merchant mempunyai percent komisen yang berbeza. Anda ada hak untuk memilih merchant yang menawarkan komisen yang tinggi. Ini membolehkan anda rasa lebih bersemangat untuk meneruskan program affiliate ini.

Sebenarnya membuat program affiliate ini bukanlah susah malah program ini sudah menjadi kegilaan ramai di negara belah barat kerana mereka menggunakan konsep ‘easy money’. Ya Lisa akui bahawa program affiliate ini adalah termasuk dalam kategori easy money cumanya ia perlukan masa untuk betul-betul kita mendapat pendapatan sampingan secara konsisten. Alhamdulillah walaupun baru beberapa bulan Lisa serta program affiliate involve Asia ini, Lisa dapat menjana pendapatan hanya daripada rumah sahaja. Sambil-sambil melayan anak bermain dan belajar, akan ada duit yang masuk tanpa kita sedari. Program affiliate ini adalah 24jam 7 hari. Dimana walaupun kita tidur, akan ada orang membeli barangan daripada link kita dan komisen akan dimasukkan ke dalam akaun bank kita.

Jangan tunggu lagi, Daftar sekarang untuk mendapatkan pendapatan sampingan.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top