Cara Buat Umrah Diy Dan Menggunakan Travel Agent Dengan Kos Yang Rendah

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah telah memilih kami untuk menjadi tetamunya pada hujung tahun 2019. Lisa dan suami merancang pilih tarikh pada 28 november hingga 6 december 2019 kerana negara UAE menyambut National Day pada 2 hingga 3 december 2019 dan kerajaan mengumumkan cuti persekolahan kira-kira 5 hari untuk minggu tersebut. Bermaksud suami Lisa dan Fareeq akan ambil cuti dan tidak hadir ke sekolah hanya 4 hari sahaja, sebabnya kami rancang untuk membuat umrah selama 9 hari 8 malam, iaitu 4 malam di Mekah dan 4 malam di Madinah.



Perancangan kami untuk ke umrah dilakukan lebih kurang 5 minggu sebelum terbang ke Kota Mekah. Kami merancang akan pergi mengerjakan umrah bersam dua keluarga iaitu terdiri daripada keluarga Lisa(Suami, Lisa dan dua orang anak kami yang berusia 5 tahun dan 9 bulan) serta sahabat suami Lisa yang juga bekerja di Dubai. Dia juga bawa isteri dan seorang anak berusia 4 tahun.

Untuk entry post ini, Lisa kongsikan dengan anda bagaimana cara buat umrah diy dan pada masa yang sama menggunakan khidmat travel agent. Mengapa kami menggabungkan dua cara tersebut? Mengapa tidak pilih salah satu sahaja? Bukankah pilih salah satu lebih mudah berbanding menggabungkan kedua-duanya sekali. Baiklah, concern kami sebenarnya soal budget kewangan serta masa yang fleksible memandangkan jika sepenuhnya menggunakan khidmat travel agent, mereka sudah ada tarikh tertentu dan kami tidak dapat ikut tarikh tersebut memandangkan cuti di Dubai dan cuti di Malaysia tidak sama. Oleh itu, kami memilih beberapa perkara kami uruskan sendiri dan selebihnya kami menggunakan khidmat travel agent. Selain itu, ini merupakan kali pertama kami membuat umrah maka kami tak nak ambil risiko sepenuhnya membuat umrah secara diy, maka kami gabungkan keduanya sekali supaya ia nampak lebih mudah dan lebih jimat.

Di bawah ini Lisa tulis berdasarkan langkah demi langkah yang kami buat dari awal hingga kami tiba di sana. Serta Lisa kongsikan apa perkara yang kami buat secara sendiri dan apa perkara yang kami menggunakan khidmat travel agent.

Booking Ticket Flight

Pertama sekali, kami booking ticket flight iaitu dari Dubai ke Mekah dan dari Madinah ke Dubai. Booking flight ini perlu buat setting multiple city, kerana kami bukan pergi dan dari tempat yang sama. Kami rancang kami akan pergi ke Mekah terlebih dahulu selama 4 malam dan seterusnya bergerak ke Madinah selama 4 malam juga di sana. Sejujurnya Lisa katakan perancangan pergi ke Mekah terlebih dahulu adalah lebih baik kerana masa itu kita masih banyak tenaga dan sangat excited nak buat umrah. Kemudian bergerak ke Madinah, jadual sudah tidak terlalu padat dan ia lebih tenang dan santai berbanding di Mekah. Website yang biasa kami gunakan untuk booking ticket flight adalah skyscanner dan kami ambil flight Saudi Airlines. Alhamdulillah flight selesa dan convenient untuk kami yang ada anak kecil ni.

Bagi anda yang sepenuhnya ingin buat cara umrah diy sepenuhnya, ini juga step pertama yang perlu dilakukan.

Vaksin

Untuk buat visa umrah, dokumen atau kad vaksin perlu disertakan. Nama vaksin yang perlu diambil untuk menunaikan umrah adalah meningococcal. Lisa, suami dan anak kami Fareeq yang berusia 5 tahun, kami ambil vaksin ini manakala anak lisa yang masih bayi (8 bulan) tidak mengambil vaksin tersebut kerana ia sesuai untuk bayi yang berusia 9 bulan ke atas sahaja. Tetapi kad vaksin yang dia dapat dari lahir perlu disertakan semasa permohonan visa umrah. Kami juga tambah lagi satu vaksin iaitu influenza, atas nasihat sahabat kami yang telah mengerjakan umrah di sana. Jika di Dubai, kami perlu pergi ke Pejabat Kesihatan Kerajaan untuk dapatkan vaksin tersebut. Hanya kerajaan sahaja yang memberi vaksin untuk tunaikan umrah dan mengeluarkan kad yang disahkan oleh embassy saudi. Jika mahu membuat di swasta, anda perlu juga bawa kad tersebut ke pejabat kerajaan untuk endorsement.

Artikel berkaitan: 20 Tips Bawa Anak Kecil Mengerjakan Umrah

Visa Umrah

Nak ikutkan hati kami memang nak apply visa pelancong memandangkan pihak negara Saudi dah mengeluarkan kenyataan membenarkan visa pelancong sudah boleh diguna pakai tetapi ada beberapa kelemahan apabila kita menggunakan visa pelancong semasa menunaikan umrah walaupun kosnya lebih rendah berbanding visa umrah. Dan di Dubai, mereka masih menyarankan kami untuk membuat visa umrah dengan agent berdaftar. Disebabkan kami tidak mahu mengambil risiko, kami proceed buat visa umrah dengan agent berdaftar.

Tapi sejujurnya lisa sarankan lebih baik menggunakan visa umrah walaupun terpaksa bayar lebih kerana kita tidak dapat agak apa yang akan berlaku di sana. Kerana kalau menggunakan visa pelancong dan andai kata ada perkara yang tidak diingini berlaku, pihak umrah tidak akan bertanggungjawab kerana ia dibawah kementerian pelancongan. Ini apa yang lisa faham apabila kami tanyakan kepada travel agent di Saudi.

Dokumen yang diperlukan untuk membuat visa umrah:

  • Gambar passport berlatar belakangkan putih
  • Passport
  • Kad vaksin
  • Noc
  • Emirates ID

Selepas kami serahkan dokumen yang diperlukan kepada agent visa umrah, kami perlu pergi ke pejabat kerajaan untuk buat cop jari. Selepas beberapa hari, baru kami dapat visa umrah berbentuk pdf melalui email. Jika nak mudah semasa di imigresen nanti, print out visa umrah tersebut. Urusan membuat visa umrah ini mengambil masa seminggu.

Deal Dengan Travel Agent

Lisa survey dan bertanya kepada beberapa travel agent di Malaysia yang mana boleh menyediakan ground package sahaja. Kebanyakannya tidak terima dan jika ada pun, harga yang ditawarkan lebih kurang sahaja dengan full package. Dan kebanyakannya bila Lisa tanya bayaraan mengenai harga kanak-kanak, mereka kata hanya tolak Rm500-Rm1000 daripada harga dewasa. Bagi Lisa, ia still agak mahal sebabnya anak lisa baru berusia 5 tahun, dan kos makanan dia serta tempat tinggal rasanya sangat rendah daripada orang dewasa. Tapi mungkin travel agent ada sebab mengenakan charge tersebut. Tetapi sebagai pelanggan, kita berhak untuk membuat survey dan mencari travel agent yang sesuai dengan budget kita. Ukur baju di badan sendiri.

Sampailah Lisa bertanya dengan seorang sahabat Lisa yang duduk di Saudi dan dia perkenalkan In Saff Travel agent kepada kami di mana travel agent ini boleh customized package mengikut budget kami dan apa yang kami prefer sepanjang mengerjakan umrah di sana.

Apa yang membuatkan Lisa suka dengan travel agent ini, soalan pertama yang ditanyakan kepada kami adalah berapa budget kewangan yang kami peruntukan untuk umrah ini supaya mereka dapat berikan cadangan yang terbaik buat kami. Dan bila Lisa bagitau kepada pihak travel agent yang budget kami adalah sekian sekian dan mereka buat quotation dalam 2-3 hari sebab ia melibatkan pihak Saudi di sana.

Travel agent ini juga bertanya apa yang kami prefer untuk hotel, transport dan mutawif. Jadi kami beritahu bahawa hotel kami nak yang sangat dekat kalau boleh memandangkan Lisa ada bayi, transport pula yang selesa dan boleh muatkan kami 7 orang.

Dua kali juga pihak travel agent buat quotation untuk sesuaikan dengan budget kami. Alhamdulillah, quotation yang ketiga baru dua-dua pihak bersetuju dan kami buat bayaran deposit.

Untuk hotel, family lisa menggunakan khidmat travel agent ini manakala sahabat kami, mereka booking sendiri cuma mutawif dan transport sahaja menggunakan TA yang sama.

Mutawif hanya bawa kami untuk umrah pertama sahaja dan ketika ziarah. Umrah seterusnya, kami buat sendiri dan pergi miqat menggunakan teksi yang terdapat berhampiran dengan masjidil haram. Jangan risau teksi dan uber banyak di sekitar mekah dan madinah. Mutawif yang bawa kami adalah berbeza-beza kerana kebanyakannya mereka terdiri daripada pelajar di Saudi yang membuat freelance mutawif. Kami menggunakan cara ini untuk jimatkan kos.

Semasa kami tiba di airport, ada seorang pengiring yang sambut kami dan bawa kami ke kota Mekah yang mengambil masa 2 jam lebih dari airport Jeddah.

Alhamdulillah selamat tiba di airport Jeddah.

Dari awal kami datang dan sehingga akhir kami, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kalau ada kekurangan dan kesilapan sedikit itu, insyaAllah ia sebagai pembelajaran buat kami untuk masa akan datang. Tiada yang sempurna dalam dunia ini. Yang ada hanyalah kita yang perlu bersyukur apa yang ada.

Jika anda mahu lebih jimat dan mahu sepenuhnya buat umrah cara diy mungkin dengan cara di bawah boleh bantu anda untuk kurangkan kos umrah anda:

  1. Beli tiket penerbangan sendiri dan 3 atau 4 bulan sebelum umrah ditunaikan. Pembelian tiket penerbangan bukan pada cuti sekolah.
  2. Pilih hotel budget tetapi berdekatan dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.(Dekat bermaksud 50 hingga 150m)
  3. Tidak perlu ambil hotel yang ada full board pakej memandangkan banyak restoran indonesia dan malaysia yang menjual harga makanan yang berpatutan.
  4. Dapatkan contact mutawif yang buat freelance di Mekah dan Madinah. Kebanyakan pelajar di sana buat freelance mutawif dan harga yang ditawarkan juga berpatutan.
  5. Ambil uber atau careem berbanding teksi kerana harga teksi boleh tahan agak tinggi.
  6. Jika mahu ziarah di tempat-tempat utama di madinah termasuk masjid Quba’, bukit uhud , boleh ambil bas di hadapan masjid nabawi, kosnya 10 riyal unlimited. Di pintu 21 dan 22.
  7. Dari mekah ke madinah, terdapat bas ekspress. Ini website bus ekspress yang boleh anda buat booking terlebih dahulu. Sptco.com

InsyaALLAH semoga perkongsian ini dapat beri manfaat kepada anda yang ingin buat cara umrah diy dan menggunakan travel agent dengan kos yang rendah. Jangan lupa kongsikan post ini di ruangan media sosial anda supaya lebih ramai dapat manfaatnya dan berpeluang datang ke Baitullah.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top