Siapa tak kenal dengan Pantai Morib yang terletak di Banting Selangor. Terdapat pantai yang cantik serta taman rekreasi yang menghadap Pantai Morib. Sebenarnya, sebelum ni Lisa tidak familiar dengan Pantai Morib ni sehinggalah, kahwin dengan husband yang berasal dari Banting, Selangor. Boleh dikatakan setiap kali cuti dan balik kampung di Banting, dia akan bawa Lisa dan Fareeq pergi ke Pantai Morib untuk menikmati udara pantai sambil minum petang di sana. Sangat nyaman dan segar.Disebabkan tarikan utama di Banting adalah Pantai Morib ni, maka mak ayah mertua Lisa terpanggil untuk membina Homestay Morib Banting ala English Style. Bagi Lisa, idea mak ayah mertua untuk membina homestay morib ini sangat unik dan menarik. Homestay ini dinamakan SAHA HOMESTAY.
Apa yang unik dan menariknya SAHA Homestay ini?
- Terdapat private swimming pool di bahagian belakang homestay
- Tetamu dapat merasai suasana kampung di mana di sini ramai penduduknya fasih berbahasa jawa dan melayu.
- Dekorasi hasil sentuhan english moden campur Melayu Asli.
- Ruangan parking yang luas serta selesa.
- Mula dikenali sebagai perkampungan English kerana terdapat beberapa homestay yang bertemakan english juga.
Kemudahan yang disediakan untuk para tetamu?
- Terdapat 3 bilik tidur dan 3 bilik air.
- Tuala Mandi dan Sabun mandi
- Dapur yang dilengkapi peralatan memasak
- Ruangan Makan
- Set barbeque
- Tv
- Iron
- Pemanas Air
- Air cond untuk setiap bilik
Di bawah ini, Lisa sertakan gambar ruangan Saha Homestay, Morib Banting.
Ini adalah bahagian hadapan Homestay.
Ruangan covered parking. Di sebelah kiri terdapat private room yang dilengkapi dengan bilik air dan set tidur serta almari. Dan sebelah kanan adalah homestay yang mempunyai 2 bilik beserta dapur dan living room.
Artikel berkaitan: 5 cara Bagaimana Airbnb menjimatkan Kos Percutian Anda
Ruang tamu.
Ruangan dapur
Ruang makan terbuka
Private Swimming Pool yang tertutup. Orang luar tidak boleh nampak mereka yang berada dalam kawasan swimming pool.
Private Room yang terletak di sebelah covered parking.
Bilik Tidur pertama yang terletak sebelah dapur.
Bilik untuk kanak-kanak. Selesa dan ceria.
Set barbeque.
SAHA Homestay ini sebenarnya sangat sesuai untuk mereka yang ingin berkumpul satu keluarga dan mengadakan aktiviti santai. Pada waktu siang, anda boleh menikmati keriangan mandi di private swimming pool dan boleh menyediakan sarapan pagi kerana barangan memasak sudah disediakan.
Kemudahan kedai runcit, dobi , restoran juga terletak tidak jauh dari SAHA Homestay, hanya 3 hingga 5 minit sahaja.
Oh ya!! Sebelum Lisa lupa, SAHA Homestay Morib ini juga terletak ;
- 15 minit ke Pantai Morib
- 15 minit ke Pantai Klanang
- 10 minit ke Kilang kerepek Banting
- 15 minit ke Cendol Banting
- 20 minit dari Highway SKVE
- 5-7 minit dari pusat pedidikan seperti Sek Men Sains Banting, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi Banting, Institut Latihan Perindustrian, Politeknik Banting, Institut Kemahiran Negara(IKBN) Kuala Langat, Maahad Tahfiz Integrasi Selangor.
- 5-7 Pasar Kampuchea iaitu pasar Kemboja yang menawarkan barangan keperluan dengan harga yang agak rendah.
- 10 minit Bukit Jugra
- 5-7 minit Kolam Pancing
Jika anda baru pertama kali menjejak kaki ke Banting dan merancang untuk bercuti di sana , anda jangan segan silu untuk menanyakan kepada Tuan Homestay, iaitu Puan Saliha dan Tuan haji Sadimin mengenai tempat menarik, makanan yang sedap di sekitar Banting dan Morib.
Kepada anda yang ingin membuat tempahan boleh hubungi
Puan Saliha 013-2431260
Tuan Haji Sadimin 013-6908318
Tempahan hendaklah dilakukan lebih awal dari 2 minggu sebelum anda datang menginap supaya urusan tempahan lebih mudah.
Pretty! This has been an extremely wonderful article.
Thanks for providing this info.
Berapa rate per night ye? terima kasih =)
Jika the whole house with swimming pool dalam rm300 lebih.
Thanks for this nice post. …
Hey very interesting blog!