Adakah anda seorang wanita yang sedang bekerja? Merancang untuk berhenti bekerja? Ingin menjadi surirumah pada masa yang sama ingin menjana pendapatan sampingan? Atau adakah anda dalam golongan surirumah dan berkeinginan untuk membuat duit dari rumah sahaja? Jika ya, maka anda bakal dinobatkan sebagai Mompreneur iaitu di mana seorang wanita yang aktif membuat pendapatan sampingan atau menjalankan perniagaan di samping menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Boleh lihat di wikipedia mengenai definisi seorang mompreneur. Sebelum anda membuat keputusan untuk menjadi mompreneur, anda perlu baca terlebih dahulu tentang panduan menjadi mompreneur supaya keputusan anda tidak menjadi sia-sia dan tidak menyesal di kemudian hari.
Sebenarnya, Mompreneur tidak semestinya anda perlu menjadi founder atau mengeluarkan sendiri produk atau servis tetapi anda juga dinamakan mompreneur apabila melakukan bisnes dan dapat menjana pendapatan sampingan. Anda boleh baca tentang 10 Cara Mompreneur Jana Pendapatan Sampingan Dari Rumah.
Panduan Menjadi Mompreneur
Find Your Why and Goals
Sebelum memulakan dan mengambil keputusan untuk menjadi mompreneur, anda perlu ketahui mengapa anda ingin menjadi mompreneur dan apa matlamat anda untuk jangka masa pendek(sebulan,3 bulan, 6 bulan,setahun) dan jangka masa panjang( 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun) akan datang. Anda perlu mengambil masa untuk mencari jawapan kepada persoalan di atas. Ambillah masa 2 atau 3 hari untuk mencari jawapannya, kerana dengan jawapan tersebut ia membuatkan anda sangat kuat dan bermotivasi pada masa akan datang.
Perjalanan untuk menjadi mompreneur bukanlah mudah dan bukanlah susah tetapi ia perlukan ‘Big Why’ untuk anda meneruskan perjalanan ini.
Antara contoh ‘why’ yang popular dan biasa Lisa dengar di kalangan mompreneur adalah mereka sudah penat bekerja 8 hingga 5, mereka ingin membesarkan anak sendiri tanpa menghantar pengasuh, ingin mempunyai duit sendiri tanpa terlalu bergantung kepada suami dan ada juga yang ingin membantu suami dalam soal kewangan.
‘Why’ ini bergantung kepada setiap individu dan ia berbeza-beza. Jangan samakan why kita dengan orang lain. ‘Why’ ini mungkin ia dalam bentuk material mahupun rohani. Terpulang kepada anda untuk mencari mengapa anda ingin menjadi mompreneur.
Kemudian, goals. Apa matlamat anda jangka masa pendek dan panjang. Mungkin dalam jangka masa pendek anda inginkan pendapatan 3 angka sebulan dan jangka masa panjang anda ingin peroleh 4 hingga 5 angka sebulan tanpa perlu bekerja siang dan malam.
Matlamat juga adalah bergantung kepada setiap individu. Pastikan ‘why’ dan matlamat anda berlandaskan agama dan pegangan/prinsip yang betul. Di mana ia memberi manfaat kepada diri kita, keluarga, agama dan negara.
Buat Duit Dengan Involve Asia
What is Your priorities?
Keutamaan bermaksud apa yang anda dahulukan dan utamakan. Ini merupakan prinsip yang perlu anda pegang ketika menjadi mompreneur. Sebagai contoh, Keutamaan anda adalah agama, kemudian keluarga dan seterusnya adalah kerjaya.
Apabila situasi yang memerlukan anda membuat keputusan, maka prinsip ini jangan dilepaskan. Pegang ia kuat-kuat.
Sekadar berkongsi pengalaman. Lisa pernah mengalami situasi di mana Lisa perlu membuat keputusan sama ada memilih pergi berjumpa customer dan membuat closing sale yang melibatkan certain amount atau menjaga ibu yang sedang sakit. Prinsip Lisa yang utama, dahulukan agama kemudian keluarga dan akhir sekali kerjaya.
Maka Lisa memilih ibu untuk dijaga dan melepaskan pertemuan dengan customer tersebut. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang. Dia tetap memberi rezeki tersebut kepada Lisa.
Sebab itulah pentingnya keutamaan. Sebab perkara ini akan sering berlaku di kalangan mompreneur.
Time Management atau Pengurusan Masa
Bila anda sudah mendapat jawapan yang jelas bagi persoalan di atas maka anda perlu tentukan berapa lama masa yang anda ingin invest or spend untuk melakukan bisnes atau kerja tersebut.
Kesalahan yang sering dilakukan oleh mompreneur adalah mereka bekerja dari rumah lebih dari 8 jam sehari. Dan sentiasa menghadap phone 24 jam sehinggakan ada husband tegur, kalau ini cara bekerja dari rumah lebih baik bekerja seperti biasa iaitu kerja dari 8 pagi sehingga 5 petang. Sekurang-kurangnya, selepas pulang dari kerja ada masa dengan suami dan anak.
Ya, Lisa pun pernah masuk dalam golongan itu sebelum Lisa betul-betul faham tentang maksud mompreneur. Sebab Lisa memang bekerja dari rumah dan buat freelance sejak sebelum kahwin lagi. Semasa bujang,memang Lisa akan bekerja siang malam pagi petang untuk berbisnes. Apabila sudah kahwin, tabiat tu terbawa-bawa sampailah husband Lisa tegur dan dari situ Lisa mula belajar tentang pengurusan masa yang betul.
Mentor Lisa selalu pesan, berapa lama masa yang kita inginkan untuk melakukan bisnes atau kerja tersebut. ‘Berapa lama masa’ adalah bergantung kepada jadual harian anda serta situasi anda. Jika anda willing untuk invest 3 to 4 hours to do the business then just do it.
Para usahawan barat pernah berkata ‘Kekayaan dan kejayaan sesorang bukanlah bergantung kepada berapa lama masa dia spend untuk bekerja/berbisnes tetapi bagaimana ia menggunakan kebijaksanaannya untuk melakukannya’
Pengurusan masa sangat penting bagi mompreneur kerana kita perlu bahagikan masa antara kerjaya di rumah, pengurusan anak dan suami serta pengurusan kerja-kerja rumah.
What is your passion or interest?
Eh penting sangat ke nak tau passion kita apa? Mestilah ya. Jika kita tidak tahu passion and interest kita apa, maka bermulalah sesi lalang iaitu bila lihat orang lain buat bisnes A yang menguntungkan, maka anda pun buat bisnes A, kemudian bila anda lihat orang lain buat B boleh menjana pendapatan ribuan ringgit, anda pun mula buat bisnes B.
Janganlah macam tu wahai mompreneur. Kerana itu juga merupakan pintu kegagalan untuk menjadi mompreneur.
Anda wajib tahu apa passion dan minat anda. Kerana dengan adanya minat, lahirlah kesungguhan yang sebenar dan konsisten melakukannya.
Tanya dalam diri apa yang anda suka buat. Jika anda suka memasak maka anda boleh mulakan bisnes memasak atau baking. Jika anda suka menulis maka anda boleh menjadi seorang freelance writer dan jika anda minat make up maka anda boleh menjual barangan kecantikan dan penjagaan muka.
Apabila bisnes yang anda lakukan berdasarkan minat, maka anda tidak rasa yang anda sedang bekerja atau berniaga kerana ia seperti melakukan hobi.
Pilih niche bisnes
Untuk melakukan sesuatu bisnes, anda perlu tahu siapa bakal pelanggan anda. Maksudnya ciri-ciri yang mereka ada untuk menjadi pelanggan. Jika anda menjadi dropship bagi baju muslimah, maka anda perlu tahu siapa yang bakal membelinya. Tentulah dia seorang islam dan yang suka menjaga auratnya. Selepas itu, anda juga perlu tahu dia kerja apa dan apa minat dia supaya mudah untuk faham behaviour pelanggan anda.
Dan dengan memahami niche pelanggan, anda juga mudah untuk melakukan teknik pemasaran, barulah perniagaan anda akan berjalan lebih laju.
Jika anda sukakan teknik pemasaran di instagram, Lisa sarankan anda baca Panduan naikkan follower dan jualan di instagram.
Mula membuat Pengurusan File
Ada segelintir ibu-ibu mengatakan ia tidaklah penting dalam pengurusan file tapi bagi Lisa yang ada pengalaman lebih 6 tahun dalam bidang perniagaan ini, ia sangat penting kerana ia akan melibatkan pengurusan kewangan dan pengurusan masa.
Pengurusan file ini termasuklah data kewangan duit keluar masuk, rekod jualan belian bulanan serta data pelanggan.
Dengan adanya rekod di atas, anda jangan terkejut bahawa seorang mompreneur boleh membeli aset dan property untuk investment akan datang.
Sebab itulah pentingnya, mompreneur perlu ada matlamat jangka masa panjang.
Invest time and money to gain knowledge
Tidak ramai yang mahu membuat investment time and money to gain knowledge sedangkan perkara ini merupakan tunjang utama dalam bisnes bagi mompreneur. Sepeti anda mahu menjadi engineer, anda perlu belajar di universiti selama 4 tahun bagi melayakkan diri anda menyandang jawatan engineer.
Begitu juga dengan mompreneur yang ingin melakukan bisnes, maka anda perlu ada ilmu untuk melakukan bisnes tersebut. Anggaplah ia sebagai investment untuk menaikkan taraf ilmu anda dan ia akan meningkatkan lagi jualan bisnes anda.
I know you can do it, Mompreneur. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada anda yang mahu mula menceburi bidang ini. Sila kongsikan di media sosial jika anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada mompreneur yang lain.