Percutian Singkat di Abu Dhabi, UAE

Bila lisa tengok cerita yang Fahrin berlakon tajuk Cinta Bertamu di Abu Dhabi, masa itulah lisa mula memasang impian untuk travel ke Abu Dhabi walaupun tak tahu sebenarnya Abu Dhabi ni kat mana. Tahun lepas, bila husband bagitahu yang dia dapat offer kerja di Dubai, barulah Lisa tahu yang Abu Dhabi ni adalah ibu negara United Arab Emirate(UAE) dan Dubai merupakan salah satu nama negeri dalam negara UAE. Bunyi macam complicated kan, tapi itulah ramai orang confuse dengan 3 nama tersebut. Sekarang baru la Lisa tau, umur 30 ni baru nak menelaah pasal geografi bumi.



Dipendekkan cerita, minggu lepas husband lisa kata dia ada kawan yang bekerja di Abu Dhabi dan dia plan nak berjumpa dengan sahabatnya dari malaysia. Husband terus minta Lisa carikan hotel di Abu Dhabi dan mula buat itinerary. Macam biasa, kalau kami plan travel ke mana-mana mesti husband akan minta Lisa buatkan itinerary dan carikan hotel yang sesuai dengan itinerary kami sebab husband tahu Lisa ni jenis particular sikit bab itinerary dan dia pula just follow je apa yang Lisa plan. Tapi sebelum kami buat kata putus, husband akan review dulu itinerary yang Lisa buat sebab kadang-kadang cita rasa kami berbeza sikit contohnya Lisa suka selitkan tempat yang nak melancong tu jenis yang ada tempat shopping sahaja tapi suami pula jenis suka tempat yang ada sejarah. So, dia akan masukkan tempat yang dia nak pergi dalam itinerary kami.

Waktu Lisa tengah nak buat booking hotel menggunakan agoda.com, Lisa tengok masa musim panas ni banyak hotel level 5 and 4 star harga drop dan banyak offer yang best sempena menyambut bulan ramadhan. Harga turun sehingga 50-60% dari harga musim sejuk. Contohnya harga hotel 5 star iaitu Sheraton Hotel dan Shangri-La hotel, daripada harga Rm900 untuk 1 malam, pada musim panas ni ia turun jadi Rm400 untuk 1 malam. Tapi kami tak la ambil hotel 5 star, sebab level 4 star pun harga dah boleh dapat ikut kemampuan kami. Yang penting selesa dan dekat dengan tempat pelancongan.

Kami gerak dari Dubai pada pukul 9 pagi dan sampai di Abu Dhabi dalam pukul 11 pagi. Sebenarnya perjalanan mengambil masa 1 jam sahaja tapi disebabkan kami sempat singgah di RnR untuk bersarapan dan uruskan 2 orang anak ni maka perjalanan mengambil masa 2 jam untuk tiba. Kami rancang untuk solat jumaat di Grand Mosque Sheikh Zayed iaitu masjid yang menjadi tarikan pelancong yang utama apabila anda datang ke Abu Dhabi.

bercuti di abu dhabi

RnR sebelum tiba di abu Dhabi. Di sini terdapat beberapa kedai makan seperti Texas, fried chicken, kebab dan sebagainya. Ada juga kedai runcit yang besar.

Inilah sarapan pagi dan makan tengahari kami. First time dalam hidup Lisa makan Texas Chicken ni. Waktu tinggal di Malaysia tak pernah terfikir nak makan texas chicken ni sebab KFC lagi sedap kot..heheh..

Cantik dan unik bangunan ni.

Jambatan yang sempat Lisa ambil gambar sebelum sampai di Abu Dhabi.

 

Sepanjang perjalanan dari Dubai ke Abu Dhabi, mata kami disajikan dengan padang pasir yang terbentang luas dan terdapat ladang unta di tepi jalan raya. Ada juga unta dilepaskan oleh tuannya untuk mereka bebas berkeliaran di padang pasir.

 

Untuk pengetahuan anda, masa untuk melawat di Masjid Sheikh Zayed ini adalah setiap hari sabtu hingga khamis dan waktunya dari pukul 9 pagi hingga 10 malam dan untuk hari Jumaat ia buka selepas waktu orang solat jumaat. Tetapi jika anda datang untuk solat jumaat di sini, anda boleh datang seawal pukul 11 pagi kerana masa itu mereka sudah mula buka.

Waktu hari Jumaat, ramai sangat orang solat jumaat di sini termasuklah kaum wanita. Jangan risau kanak-kanak dan bayi juga boleh di bawa masuk di ruangan ini.

Abang fareeq jaga adik sekejap sementara mama nak solat. Nasib baik abang dah boleh diharap.

 

Suami Lisa dan sahabatnya berjumpa di depan pintu masjid ini. Selepas selesai solat jumaat kami gerak menuju ke kota Abu Dhabi untuk makan tengahari. Dari Masjid Sheikh Zayed ke Abu Dhabi ambil masa lebi kurang 10 minit dan jika anda dari airport Abu Dhabi, anda akan berjumpa dengan masjid ini terlebih dahulu dan ia terletak di tepi jalan saja.

Kami pilih restoran Indonesia yang terletak di tengah-tengah kota Abu Dhabi, iaitu namanya adalah Sari Rasa. Kedai makan ini terletak agak tersorok di tengah-tengah bangunan tinggi. Tapi kalau anda nak cari boleh sahaja guna khidmat google maps, sebab boleh terus sampai pintu depan restoran ini.

 

Anda jangan terkejut pula tengok harga makanan di sini sebab cost of living di sini memang agak tinggi berbanding di Malaysia. 1 pinggan memang stadard harganya lebih kurang Rm25 hingga Rm40.

Disebabkan Lisa dan husband dah lama teringin nak makan makanan Asia, kami pilih restoran ini untuk menjamu selera. Lisa sempat beli mee kuning dan tempe di restoran ni sebab di kawasan rumah Lisa susah sangat nak dapat 2 barang ni.

Kemudian, kami check in hotel untuk rehat sebentar sebelum meneruskan itinerary kami di Abu Dhabi.

Nama hotel yang Lisa duduk adalah Oryx Hotel. Ia berhadapan dengan Corniche dan tidak jauh daripada tempat tarikan pelancong. Semuanya dalam 5 minutes away. Hotel ni antara hotel utama pilihan pelancong ke Abu Dhabi kerana rate nya agak berbaloi dan kedudukannya strategik.

Pintu masuk bilik kami

Seperti biasa, Lisa akan tengok toilet dulu berbanding ruang bilik. Sebab bagi Lisa toilet yang cantik dan bersih menggambarkan segala-galanya.

Ruangan katil dan tempat tidur. Ada pula si kecik tu menyelit.

Tempat untuk istirehat.

Pada waktu petang, kami teruskan perjalanan ke persisiran pantai untuk melihat seluruh kota Abu dhabi. Kawasan ini hanya berhadapan dengan cultural village saja. Di sini anda boleh lihat kecantikan kota Abu Dhabi serta keunikan bangunan Fairmont Marina Residence.

Belakang kami tu adalah bangunan tinggi di Abu Dhabi. Cantik sangat.

 

Kawasan persisiran pantai terdapat stall box ni yang menjual coffe dan air mineral. Self-service ye.

Kami sempat singgah Marina Mall untuk shopping sikit.

Depan Marina Mall terdapat ala-ala eyes of London gituh. Atau pun dinamakan sebagai gondola. Sekali naik dalam Rm50. Lagi best boleh nampak seluruh pelusuk kota Abu Dhabi.

 

Sebelum balik hotel, kami sempat singgah di Andalus Resort and Spa untuk makan malam. Sebenarnya kami jumpa resort ni secara tidak sengaja sebab kami ingat nak makan makanan thai food dan google maps bawa kami ke sini. Tak sangka rupanya resort ni dikira agak private dan hanya orang tertentu sahaja yang tahu kewujudan resort ini.

Setiap restoran di sini mempunyai temanya masing-masing. Jika restoran tersebut menyediakan makanan india maka restoran tersebut akan deco india style.

Keesokan harinya, fareeq orang pertama yang bangun sebab excited nak ajak papanya mandi swimming pool. Tapi sebelum tu, kami sempat bersarapan di sama level dengan swimming pool means on top of this hotel.

Ini adalah antara menu buffet breakfast yang disediakan oleh pihak hotel. English breakfast dan arabian menu.

Pemandangan swimming pool di tingkat atas sekali. Disebabkan musim panas maka tidak ramai orang datang bercuti di Abu Dhabi. Sebab itulah, hotel ni pun nampak lengang dan hanya kami sahaja yang mandi di swimming pool ni.

emirates palace

Gambar di atas adalah ruangan di level ground floor. Iaitu ia buka hanya untuk visitors sahaja. Tapi kalau anda nak lihat di dalamnya bagaimana dan suasana mewah istana boleh lihat di Trivago.com. Kalau anda yang ada impian nak menginap di sini dan merasai suasana istana, boleh booking seawal 6 bulan sebelum anda datang kerana hotel ini selalunya fully booked. Anggaran untuk 1 malam dalam Rm1500 hingga Rm2000 tetapi pada musim panas harga boleh turun sehingga Rm1000.

Sebenarnya, sebelum datang sini Lisa ada juga survey harga untuk Emirates Palace ni tapi disebabkan harganya di luar budget kami so terpaksa batalkan niat. InsyaALLAH ada masa dan rezeki boleh pasang impian untuk menginap di sini. Saja untuk merasai syurga dunia. Tak salah pun kan.

Baiklah ini sahaja perkongsian Lisa untuk percutian singkat di Abu Dhabi. Kalau anda nak lihat video dan suasana semua tempat yang Lisa pergi seperti di atas boleh tengok di Ig story Lisa.

Thank you for stopping by here. I hope my sharing can give you idea to visit Abu Dhabi and next I will share you about tips and trick for vacation in Abu Dhabi.

 




1 thought on “Percutian Singkat di Abu Dhabi, UAE”

  1. Arrgh, saya sudah 3 kali mengunjungi Dubai tapi belum pernah sekalipun jalan jalan ke Abu Dhabi, apa kata dunia? Abu Dhabi, ibu kota UAE dan kota pesaing utama Dubai saat ini dan di masa depan tentu adalah kota yang amat sangat layak untuk dikunjungi. Eh, tapi istri saya yang udah 3 tahun tinggal di Dubai pun belum pernah loh ke Abu Dhabi hehehe *poke @anitakurniadi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top