Taraf Hidup Di Dubai Tahun 2019

Sejak kebelakangan ini, Lisa dapat banyak private message di facebook mahupun di Instagram, bertanyakan tentang taraf hidup di Dubai bagaimana untuk tahun 2019 dan tahun 2020 nanti. Kebanyakan yang tanyakan kepada Lisa adalah mereka yang ingin berhijrah ke Dubai dan ada juga yang sudah dapat offer kerja di Dubai cumanya masih dalam pertimbangan sama ada mahu terima atau tidak dengan tawaran tersebut. Ya, memang betul sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke luar negara, lebih elok jika kita ambil tahu mengenai taraf hidup di negara tersebut. Kali ini Lisa kongsikan dengan anda tentang taraf hidup di Dubai dan kebetulan memang Lisa duduk di sini. Walaupun kami masih baru di Dubai, tapi Lisa suka bertanyakan dengan penduduk tempatan serta expat yang sudah lama tinggal di sini dan kebanyakannya mereka sudah tinggal lebih 15 hingga 20 tahun di Dubai. Ada juga mereka yang lahir di sini.



Bercakap tentang Dubai, Lisa pasti dalam fikiran anda tergambar sebuah negeri yang kaya raya dan terletak dalam negara yang kaya dengan minyak serta ekonomi utama mereka adalah trading dan sejak 10 tahun ini mereka juga menjalankan sektor pelancongan. Tidak hairanlah jika setiap bulan, ada saja pusat hiburan atau tempat tarikan pelancong dibina. Terus terang Lisa katakan taraf hidup di Dubai agak tinggi. Ini termasuklah dalam bidang perumahan, perbelanjaan harian, persekolahan anak-anak serta pengangkutan.

Artikel Berkaitan: Mengapa Kami Berhijrah Ke Luar Negara

Perumahan

Soalan pertama yang Lisa selalu dapat dari pembaca blog adalah bagaimana kos perumahan di sini. Ya, tentulah ini soalan utama kerana rumah merupakan tempat perlindungan manusia dan ini merupakan perkara penting yang perlu kita ambil tahu. Kos rumah bergantung kepada lokasi rumah tersebut dan jenis rumah. Jika rumah yang terletak di tengah bandar Dubai atau di kawasan bandar seperti Syeikh Zayed Road dan Dubai Marina, maka kos agak tinggi sekitar Rm70 000 hingga Rm150 000 setahun. Manakala jika rumah tersebut di luar bandar, anda boleh dapat sekitar Rm50 000 hingga Rm80 000 setahun. Dan jika rumah tersebut adalah rumah teres ia sekitar Rm100 000 hingga Rm250 000 setahun manakal studio adalah Rm40 000 hingga Rm80 000 setahun. Itu adalah anggaran saja.

Ini merupakan salah satu kawasan yang ramai orang Malaysia duduk iaitu Jumeirah Lake Tower(JLT).

Utiliti

Bayaran utiliti termasuklah aircond,bil air, bil elektrik, bil gas, bil services dan sebagainya. Selalunya bil-bil ini dibayar berasingan. Jika musim panas, bil aircond memang agak tinggi iaitu average dalam Rm300 hingga Rm500 sebulan. bergantung kepada kekerapan. Bagi bil air juga ada penambahan untuk bil air sebenar dalam rumah kita. Sebagai contoh bil air sebulan untuk rumah anda adalah rm200 tetapi anda perlu bayar Rm400 kerana bil air untuk kerajaan sekali. Bil elektrik dan bil gas sekitar Rm100 hingga Rm200, ini bergantung kepada penggunaan dalam rumah anda.

Barangan Dapur dan Harian

Bagi barangan dapur atau barangan keperluan harian seperti ayam, daging, ikan, sayuran serta bahan kering(sabun basuh, syampoo dan sebagainya) ia bergantung kepada pasaraya yang anda beli. Barang basah selalunya agak rendah di Dubai sebagai contoh seikat sayur sawi boleh dapat Rm1.00 dan sayuran yang lain lebih kurang sekilo Rm5 hingga Rm7. Barangan basah tidak jauh beza dengan harga di Malaysia cumanya barang kering agak tinggi juga. Tetapi jika anda beli ketika promosi, harga boleh dapat rendah daripada harga biasa.

Artikel Berkaitan: 10 Aktiviti Menarik Di Dubai

Kenderaan

Ada juga yang tanya kepada Lisa tentang harga kereta di Dubai. Terus terang Lisa katakan jika anda beli kereta secondhand seperti jenama Toyota, Honda, Renault dan sebagainya anda boleh dapat dalam Rm12 000 hingga Rm25 000. Harga tersebut bergantung kepada tahun pengeluaran kereta tersebut serta kondisinya. Harga kereta nak diikutkan jauh lebih rendah daripada di Malaysia. Sebab itulah, anda akan lihat ramai penduduk di sini memakai kereta jenama mewah kerana harga agak rendah.

Makanan di Restoran

Boleh dikatakan harga makanan di restoran agak tinggi dan lebih kurang 6 hingga 10 kali ganda dari Malaysia. Sebagai contoh harga semangkuk tomyam sekitar Rm30-Rm40. Harga sepinggan nasi serta lauk sekitar Rm35 hingga rm45. Average bagi seorang makan dalam Rm40 hingga Rm50. Secawan kopi atau teh sekitar Rm15 hingga Rm23. Untuk anda yang mahu lihat harga makanan secara detail di Dubai, anda boleh klik Zomato website. Kebanyakan restoran di Dubai akan meletakkan detail menu dan harga di website tersebut.

Yuran Persekolahan

Terdapat beberapa jenis sekolah di Dubai antaranya American School, British School, American Islamic School dan sebagainya. Setiap sekolah mempunyai perbezaan dari segy syllabus dan harga yurannya. Bagi yuran tahunan untuk persekolahan anak-anak adalah sekitar Rm17 000 hingga Rm30 000 setahun. Ada sekolah membenarkan ibu bapa bayar secara ansuran mengikut semester persekolahan dan ada juga sekolah yang perlu bayar secara lump sum. Lokasi dan jenis sekolah juga merupakan faktor utama perbezaan yuran persekolahan anak di Dubai. Klik link ini untuk melihat senarai sekolah serta details mengenai yuran sekolah tersebut dan profile.

Barangan Kehendak

Bagi harga barangan kehendak adalah seperti beg tangan, jam tangan dan lain-lain lagi, harganya bergantung kepada jenama kesukaan anda. Bagi jenama-jenama yang terkenal harganya lebih kurang di Malaysia dan ada juga jenama yang dari Eropah di bawa ke sini dengan harga lebih rendah.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi gambaran kasar kepada anda yang mahu berhijrah ke Dubai untuk merancang perbelanjaan anda. Ada keluarga yang Lisa kenal, anak 5 orang tetapi hidup mereka sederhana dan boleh berbelanja baik di sini dan ada juga keluarga yang baru anak seorang atau dua orang dirasakan susah hidup di Dubai. Sebenarnya bergantung kepada cara perancangan perbelanjaan keluarga tersebut.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top