10 Aktiviti Menarik Di Dubai

0 Shares

Pada tahun 2018, Lisa dan suami serta anak sulung kami travel ke Dubai sebagai pelancong. Kami melancong ke Dubai hanya 2 hari setengah saja sebab trip tu dikira perancangan yang tiba-tiba untuk menyambut anniversary kami yang keempat. Disebabkan perancangan yang tidak begitu rapi membuatkan ada beberapa aktiviti menarik di Dubai yang kami terlepas untuk lakukan. Anda boleh baca pengalaman kami di sini. Tak sangka rezeki ALLAH itu sangat luas bila ALLAH beri peluang kepada kami untuk berhijrah ke Dubai dan menetap di sini untuk beberapa tahun.



Banyak soalan yang Lisa dapat dari rakan pembaca yang menanyakan berapa lama atau berapa hari yang sesuai untuk melancong ke Dubai dan boleh lakukan aktiviti menarik tersebut. Frankly speaking, Lisa nasihatkan jika anda betul-betul nak explore Dubai ni sebenarnya 3 atau 4 hari pun dah cukup untuk travel ke sini. Kecuali anda mahu travel sekali ke Abu Dhabi, anda perlu tambahkan lagi 1 atau 2 hari kerana perjalanan dubai ke Abu Dhabi mengambil masa satu hingga 2 jam perjalanan. Dan Abu Dhabi juga mempunyai banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan antaranya melawat ke masjid Sheikh Zayed, Ferrari World, Yas Island dan sebagainya.

Sebenarnya banyak sangat aktviti menarik di Dubai yang boleh anda buat ketika melancong ke sini. 10 aktiviti menarik di Dubai ini, Lisa kongsikan berdasarkan pengalaman Lisa sendiri serta mengikut pandangan orang tempatan. Ada aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan ada juga yang tidak sesuai. Anda boleh pilih dan consider mana yang sesuai buat anda dan keluarga atau pun bersama rakan-rakan.

Melawat Burj Khalifah dan Dubai Mall

Tak lengkap rasanya jika anda datang ke Dubai tetapi tidak melawat ke Burj Khalifah iaitu bangunan yang pernah diiktiraf sebagai bangunan paling tinggi di dunia pada suatu ketika dahulu sebelum Clock tower di Saudia Arabia. Burj Khalifah mempunyai 163 tingkat dan ia terletak di sebelah Dubai Mall di mana Mall paling besar di negara United Arab Emirates dan Shopping Mall ke-26 terbesar di dunia. Di Burj Khalifah anda boleh lihat seluruh bandar Dubai sama ada di kawasan Dubai moden mahupun kawasan Dubai lama. Di Dubai Mall pula terdapat lebih 1000 retails stores iaitu dari jenama mewah sehinggalah jenama pertengahan. Di hadapan Dubai Mall terdapat Dubai Fountain dan anda boleh menonton pertunjukan air menari-nari mengikut muzik. Hanya pada waktu malam sahaja bermula pukul 7 malam dan setiap setengah jam performance tersebut berlaku. Untuk dapatkan tiket naik ke Burj Khalifah yang berbaloi anda boleh beli di Klook.com.

Dubai Aquarium

Dah alang-alang anda datang ke burj Khalifah dan Dubai Mall, anda boleh masuk ke Dubai Aquarium yang terletak dalam Dubai Mall di level Ground. Aquarium ini sangatlah besar dan terdapat hidupan laut dalam di sini. Antaranya terumbu karang, shark, stingray dan pelbagai jenis ikan laut dalam lagi. Jika anda mahu lihat persembahan mereka beri makan kepada hidupan laut ini, anda perlu datang dalam pukul 10 hingga 11 pagi. Bagi pakej masuk ke dalam Aquarium ini anda boleh beli sekali dengan tiket naik Burj Khalifah. Ia jauh lebih murah berbanding anda beli single ticket. Boleh klik di sini untuk melihat harga pakej tersebut.

Dalam pakej tersebut, anda akan dapat melawat dan masuk ke dalam aquarium yang besar ini dan kemudian anda akan dibawa ke atas untuk naik boat kecil dan berpeluang memberi makan kepada ikan-ikan kecil di dalam aquarium tersebut. Ada beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan di dalam bahagian aquarium tersebut berdasarkan pakej yang disediakan.

Madinat Jumeirah

Bagi anda yang mahu melihat architecture arab moden bertemu arab lama dan pemandangan yang cantik berlatar belakangkan burj al Arab anda boleh datang ke Madinat Jumeirah. Jika anda naik hop on hop off bus, destinasi Madinat Jumeirah ini termasuk dalam destinasi yang mereka cover. Apa yang ada dalam Madinat Jumeirah?

Dalam Madinat Jumeirah ini terdapat restoran, kedai jual barangan souvenir, hotel, spa dan sebagainya. Tempat ini merupakan salah stau tempat wajib yang perlu anda lawati ketika travel ke dubai. Masuk ke sini percuma sahaja. Di dalam Madinat Jumeirah,anda berpeluang untuk naik sampan atau boat kecil mengelilingi Madinat Jumeirah ini. Ada bayaran yang dikenakan.

Di sini adalah pemandangan dari Madinat Jumeirah.

Palm Jumeirah

Palm Jumeirah adalah pulau buatan manusia yang berbentuk seperti palm tree. Ia sangat unik dan cantik. Dari tanah utama Dubai dan masuk ke Palm Jumeirah Island, mata anda akan disajikan dengan pemandangan laut, rumah mewah, hotel serta restoran mewah. Kebanyakan penduduk yang tinggal di sini ada golongan atasan kerana kos hidup di sini sangat tinggi. Tarikan utamanya adalah anda boleh pergi hingga ke hujung pulau dan terdapat The Atlantis Dubai.

The Atlantis Dubai

Global Village

First time bila Lisa masuk ke Global Village, Lisa rasa terpegun dan kagum bagaimana negara dubai boleh terfikir untuk membina tempat tarikan pelancong yang menarik ni. Dalam satu malam anda boleh lawat lebih 20 buah negara termasuk Turki, China, India, Thailand dan banyak lagi negara. Konsep Global Village ini adalah sebuah tempat yang mengumpulkan lebih 20 buah negara yang menonjolkan budaya, makanan serta barangan tersebut dari negara-negara tersebut. Sebagai contoh apabila anda masuk ke kompleks Turki, anda akan lihat budaya Turki di situ. Ada makanan turki dijual. Ada baju, souvenir serta tarian Turki. Penjual di situ juga adalah orang dari Turki. Ia sangat menarik. Tetapi Global Village ini hanya dibuka pada musim sejuk sahaja iaitu di antara hujung bulan oktober sehingga akhir bulan april.

Dubai Miracle Garden

Diiktiraf sebagai taman bunga terbesar di dunia yang mempunyai lebih 50 juta kuntum bunga, ia adalah taman yang terletak Dubai dan dinamakan sebagai Dubai Miracle Garden. Dalam Dubai Miracle Garden, mereka hias bunga dengan membentuk pelbagai binaan seperti kapal terbang yang dipenuhi bunga-bungaan, rumah, burung, jam, haiwan dan sebagainya. ia sangat cantik. Ia hanya dibuka pada musim sejuk sahaja iaitu sama dengam Global Village. Untuk tiket masuk anda boleh lihat di sini.

Dubai Cruise

Di Dubai terdapat beberapa jenis Dubai cruise yang boleh anda pilih tetapi yang paling popular adalah Dubai Water Canal Cruise kerana ia akan bawa anda ke laluan heart of Dubai serta Dubai Marina. Anda boleh ambil pakej yang termasuk dinner sekali. Anda boleh lihat di sini untuk pakej tersebut dan ada juga Dubai cruise yang menggunakan dhow cruise yang kecil sahaja dan makanan atau minuman tidak disediakan. Anda boleh lihat di sini untuk pakej tersebut dan ia lebih murah berbanding Dubai cruise yang menyediakan dinner sekali.

Dubai Frame

Dubai frame adalah salah satu bangunan yang agak unik kerana bentuknya seperti frame besar seperti mencecah langit. Apabila anda naik hingga ke tingkat atas, mata anda akan melihat 2 side of Dubai iaitu Dubai moden serta Dubai lama. Anda pasti tidak percaya dengan dua keadaan tersebut kerana Dubai moden anda dapat lihat dari atas tentang kemajuan side tersebut and the other side ia seperti bandar lama. Untuk tiket Dubai Frame anda boleh beli di sini kerana Lisa lihat beberapa website yang menjual tiket dubai frame ini kebanyakan lebih tinggi dari website yang Lisa memang selalu beli.

Dubai Desert Safari

Jika selama 2 atau 3 hari anda banyak spend masa di kawasan Dubai moden, kali ni Lisa nak kongsi dengan anda untuk buat aktiviti di padang pasir. Antara aktiviti yang popular adalah riding unta, menelusuri padang pasir dengan menaiki 4 wheel drive, merasai pengalaman bbq dinner di tengah-tengah padang pasir serta meluncur di sand dune. Ia sangat menarik dan anda perlu merasai pengalaman tersebut. Anda boleh lihat di sini untuk harga pakej tersebut. Untuk merasai pengalaman ini, ia mengambil masa satu hari untuk melakukannya.

Naif Souk and Gold Souk

Untuk pengetahuan anda Naif Souk terkenal dengan tempat menjual abaya Dubai. Terdapat lebih 1000 design abaya dubai yang boleh anda beli di sini dan anda juga jangan segan untuk tawar menawar harga abaya tersebut. Dalam Naif souk terdapat juga naif market yang mana ia seperti mall yang menjual abaya. Anda juga boleh pergi ke Gold Souk yang terletak 15 minit dari Naif Souk. Jika anda peminat emas, jangan lupa beli barangan kemas di sini dan terdapat banyak sangat design yang memukau dijual di sini.

Al Fahidi

Bagi anda yang suka sejarah dan ingin tahu lebih lanjut mengenai arab lama anda boleh datang ke Al Fahidi kerana bangunan lama ada di sini dan anda juga boleh mempelajari sejarah tersebut.

Semoga dengan perkongsian ini dapat beri sedikit sebanyak panduan buat anda yang bercadang datang travel ke Dubai. InsyaALLAH banyak lagi info dan panduan yang Lisa bakal kongsikan dengan anda tentang Dubai. Untuk melihat lebih banyak video tentang Dubai, anda boleh klik subscribe di Youtube channel Lisa.

Terima kasih sudi membaca entry post kali ini.

0 Shares




Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Pin