Fungsi Shake Herbalife

Herbalife sudah masuk Malaysia lebih 10 tahun sejak tahun 2006 dan kini 2017. Produk utama yang sinonim dengan Herbalife adalah shake herbalife. Dan ia juga merupakan produk yang sinonim dengan pengurusan berat badan. Ada segelintir mengatakan bahawa fungsi shake herbalife adalah produk kurus kerana ramai pengguna produk shake herbalife turun berat badan setelah mengamalkan cara gaya hidup sihat. Di Malaysia, shake herbalife di datangkan dengan 6 perisa yang sedap dan mengikut selera orang Malaysia. Untuk pengetahuan anda, setiap negara yang Herbalife masuk pasarannya mempunyai perisa shake herbalife yang berbeza mengikut selera penduduk negara tersebut.



Produk ini tidak bertujuan untuk mengubati sebarang penyakit

 

Bercerita tentang masalah utama yang sering dihadapi rakyat Malaysia adalah antaranya masalah lebihan berat badan, sukar mengawal pengambilan makanan lebihan lemak dan gula, masalah kesihatan makin merosot, kurang bertenaga, sering mengalami masalah pencernaan dan sebagainya.

Di sini, saya ingin berkongsi fungsi shake herbalife di mana dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan harian lebih aktif dan bertenaga berbanding sebelum ini. Diingatkan bahawa shake herbalife bukanlah produk kurus tetapi ia adalah makanan gantian yang mempunyai kalori yang rendah.

Fungsi Shake Herbalife

 

  1. Membekalkan nutrisi seimbang dalam tubuh manusia. Badan kita perlukan nutrisi yang mencukupi supaya sel badan kita dapat berfungsi dengan baik. Jika nutrisi kurang dalam badan maka masalah kesihatan akan merosot dan menyebabkan kita kurang bertenaga. Adakah anda pasti bahawa makanan yang anda makan setiap hari mempunyai nutrisi yang seimbang? Jika anda tidak pasti, maka shake herbalife ini dapat membantu anda membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan anda. Di belakang label shake herbalife ini sudah dipaparkan jenis nutrisi yang dibekalkan sebagai rujukan anda.
  2. Sebagai makanan gantian yang rendah kalori. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak boleh lari dengan makanan sarapan pagi yang sedap seperti nasi lemak, roti canai, bihun goreng dan sebagainya namun makanan ini mempunyai kalori yang tinggi di mana boleh menyebabkan faktor kegemukan dan masalah kesihatan jika diamalkan setiap hari. Dengan adanya shake herbalife, anda mempunyai pilihan untuk memilih shake herbalife sebagai sarapan pagi anda yang mempunyai rendah kalori dan tinggi nutrisi. Maka risiko anda untuk mempunyai masalah kegemukan dapat dikurangkan.
  3. Mudah mengenyangkan. Masalah utama bagi mereka yang ingin kurus adalah suka mengunyah walaupun mereka baru sahaja makan makanan yang berat. Sebab itulah mereka sukar untuk turun berat badan. Dengan shake herbalife, membantu anda untuk mudah kenyang maka anda tidak akan mengambil snacking yang tinggi kalori.
  4. Memberi tenaga dan kekal cergas. Oleh kerana dalam shake herbalife mempunyai nutrisi yang seimbang maka secara tidak langsung ia juga membantu membekalkan tenaga kepada anda supaya kekal cergas. Sebab itulah, Christiano Ronaldo iaitu pemain terbaik dunia dalam sukan bola sepak memilih shake Herbalife sebagai makanan gantian beliau untuk sarapan pagi dan makan malam.

Mengapa anda perlu mulakan sarapan pagi dengan shake herbalife sekarang?

 

  1. Mempunyai 6 perisa yang sedap iaitu Cappucino, Vanilla, Chocolate, Tropical Fruit, Cookies and Cream dan Strawberry. Jika ditanya, yang mana satu menjadi pilihan utama pengguna shake herbalife adalah ia bergantung kepada selera dan kesukaan makanan anda. Jika anda suka makan chocolate maka, perisa chocolate sangat sesuai untuk anda.
  2. Mudah dibawa dan disediakan di mana-mana sahaja. Jika anda adalah orang yang sibuk dan sukar untuk menyediakan sarapan pagi dan makan malam maka shake herbalife sangat sesuai untuk anda kerana ia mudah disediakan secepat 3 minit sahaja.
  3. Kalori rendah tapi mengenyangkan. Selalunya kita dengar, kalori yang lebih tinggi akan memberi kita kenyang lebih lama tetapi shake herbalife ini mempunyai kalori rendah tapi mengenyangkan sebab itulah ia menjadi salah satu faktor untuk anda yang ingin turun berat badan lebih cepat.
  4. Jimat. Ya jika anda bandingkan manfaat yang diperoleh setelah menggunakan shake herbalife ini anda akan dapati wang anda akan lebih jimat berbanding membelanjakan wang ke arah perkara yang tidak perlu oleh badan serta kehendak anda.

Anda mungkin juga meminati: Fungsi Aloe vera Herbalife

Produk ini tidak bertujuan untuk mengubati sebarang penyakit

 

Oleh demikian, sebenarnya shake herbalife mempunyai banyak manfaat untuk tubuh badan kita. Anda tidak perlu risau dari segi kajian dan pembuatannya kerana Herbalife sudah lebih 30 tahun dalam pasaran dan mempunyai pakar dalam bidang nutrisi dan bidang pengurusan berat badan. Anda hanya perlu mengambil keputusan untuk memulakan program herbalife ini dan rasai kenikmatannya.

Saya merupakan coach herbalife lebih 6 tahun dan telah menggunakan shake herbalife ini sebagai sarapan pagi dan makan malam lebih 6 tahun juga. Alhamdulillah banyak manfaat yang saya perolehi sehingga kini. Jika anda berminat untuk memilih shake herbalife sebagai sarapan pagi anda, boleh hubungi saya dan akan bantu anda dalam pengurusan berat badan. InsyaALLAH.




13 thoughts on “Fungsi Shake Herbalife”

  1. Pingback: Senarai produk Herbalife Untuk Turun Berat Badan 2017 - Blog Mama Lisa

  2. Pingback: Fungsi Teh Herbalife Untuk Kurus - Blog Mama Lisa

  3. Pingback: Fungsi Aloe Vera Herbalife - Blog Mama Lisa

  4. Pingback: Fungsi Protein Herbalife - Blog Mama Lisa

  5. Pingback: Fungsi TC Formula Herbalife - Blog Mama Lisa

  6. Pingback: Fungsi Nw Formula Herbalife - Blog Mama Lisa

  7. Pingback: 5 Sebab Anda Perlu Sarapan Pagi? - Blog Mama Lisa

  8. Hi there, i read your blog from time to time and i own a similar one and i was just curious if you get a lot of spam remarks? If so how do you stop it, any plugin or anything you can suggest? I get so much lately it’s driving me mad so any help is very much appreciated.

    1. for this time, i use akismet plugin , dear. may be u can try this plugin and its very good bcoz most of blogger use this plugin. tq

  9. Pingback: Fungsi TC Formula Herbalife - Ladylisaa.com

  10. Pingback: Fungsi Protein Herbalife - Ladylisaa.com

  11. Pingback: Fungsi Aloe Vera Herbalife - Ladylisaa.com

  12. Pingback: Fungsi Teh Herbalife Untuk Kurus - Ladylisaa.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top