Mengapa Kami Berhijrah Ke Luar Negara

152 Shares

Ini adalah post lisa yang pertama dalam kategori ‘Expat Life’. Disebabkan ramai yang bertanya kepada Lisa dan suami mengapa kami berhijrah ke luar negara. Di Malaysia sudah tiada kerja ke sampai perlu mencari kerja di luar negara?Dan bukannya dekat dengan Malaysia. Jika naik kapal terbang mengambil masa 7 hingga 8 jam perjalanan untuk tiba di Dubai ni. Bila bercakap mengenai sebab kami berhijrah sebenarnya ia lebih kepada rezeki yang Allah bagi ketika kami sangat memerlukannya tetapi ada perkara yang perlu dikorbankan. Bab pengorbanan tu nanti Lisa akan berkongsi dalam entry post yang lain. Nantikan ya.



Membuat keputusan untuk berhijrah ke luar negara bukanlah perkara yang mudah. Ia perlukan nekad yang kuat serta kesabaran yang perlu dipegang. Orang lain nampak kita seperti senang lenang tetapi hakikatnya cuma kita dan pasangan serta anak-anak sahaja yang tahu apa yang kita alami sepanjang menjalani kehidupan di luar negara.

Banyak sebenarnya yang Lisa nak kongsikan dengan anda sebagai pembaca setia di website Ladylisaa.com kerana perkongsian ini mungkin boleh beri inspirasi dan motivasi buat anda yang ingin cuba untuk berhijrah ke luar negara tetapi masih keliru atau takut-takut lagi. Jangan risau, setiap keputusan yang kita buat, Allah bantu yang penting keputusan tersebut tidak melanggar syariat Islamiah.

Menambah Nilai Dalam Resume ( Increase The Value of Resume)

Pekerjaan suami Lisa yang melibatkan persaingan sengit di Malaysia membuatkan suami Lisa terpaksa menambah nilai dalam resume dia. Mentor suami Lisa dalam bidang pekerjaannya pernah berpesan, jika ada peluang untuk ke luar negara maka pergilah ambil sebanyak pengalaman dalam bidang pekerjaan tersebut kerana ia boleh menambahkan nilai dalam resume dia. Ada beberapa bidang pekerjaan memerlukan kita mempunyai banyak pengalaman dan berdasarkan pengalaman tersebut membantu untuk meningkatkan lagi peluang kerjaya tersebut. Semakin banyak pengalaman semakin bertambah ilmu kita dalam sesuatu bidang pekerjaan. Bila Lisa dan suami berbual setelah kami berhijrah lebih 3 tahun ini, suami Lisa kata banyak benda baru yang dia belajar dari pelbagai negara. Bila bekerja dengan jepun lain caranya. Bila bekerja dengan orang france lain caranya. Begitu juga yang terkini iaitu bekerja dengan orang arab lain perangainya. Itu semua ilmu. Dan itu semua juga adalah pengalaman yang perlu dikutip. Ia tidak datang bergolek tetapi kita yang perlu mencarinya.

Melayari Pengalaman Hidup

Bak kata orang, hidup ni cuma sekali sahaja. Kutiplah sebanyak mungkin pengalaman dalam hidup ini. Tidak kisahlah sama ada dari segi kerjaya, suasan kehidupan dan sebagainya. Itulah yang kami mahukan iaitu melayari pengalaman hidup di negara orang. Skop ini sebenarnya sangat luas untuk diperkatakan. Tetapi bagi Lisa sendiri, Lisa suka cuba perkara baru. Itu membuatkan ia menjadi pengalaman hidup yang sangat bermakna. Tidak boleh dijual beli dan tidak dapat di mana-mana.

Mengutip Kembali Impian Yang Tidak Pernah Dicapai

Kebetulan Lisa dan suami pernah mempunyai impian yang sama selepas menjalani peperiksaan SPM, iaitu kami ingin sambung pelajaran ke luar negara. Suami Lisa ingin belajar di France dan Lisa ingin sambung belajar sama ada di Dublin atau pun di Australia. Perancangan ALLAH itu sangat cantik. Both of us tiada rezeki untuk sambung belajar ke luar negara. Dan tiba-tiba after 10 years, Allah beri hadiah kepada kami untuk merasai hidup di luar negara. It’s such a blessing from Him. Kami kutip kembali impian yang tidak pernah kami capai. Allah Maha Baik. Walaupun bukan di negara yang kami ingin belajar tetapi Allah beri negara yang sesuai untuk kami. Surprisingly, tempat yang kami teringin nak pergi belajar, alhamdulillah kami dah pun travel ke sana.

Kepada anda yang sedang memasang impian, teruskanlah berusaha untuk mencapai impian tersebut dan bersangka baik dengan ALLAH.Mungkin hari ni Allah belum makbulkan doa anda, mungkin esok lusa ALLAH makbulkan. Perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik.

Belajar Tentang Budaya Negara Orang

Kepada anda yang ada follow Lisa di instagram mahupun di facebook, anda akan perasan yang Lisa suka post tentang budaya di negara yang Lisa duduk sekarang ni iaitu UAE. Termasuklah cara kehidupan mereka, makanan,budaya, ekonomi dan sebagainya. Kerana bagi Lisa it is beautiful things that we can learn. Perkara baik kita ambil dan perkara yang tidak baik, kita tinggalkan. Mungkin ada setengah kata, oh Lisa ni nak menunjuk-nunjuk tentang perkara itu tetapi niat Lisa sebenarnya memang Lisa suka perkara tersebut untuk dikongsi dan supaya anda yang ingin travel ke sini at least anda ada ilmu tentang negara ini. Bak kata orang jika kita tidak ada pengalaman sendiri, maka belajarlah dari pengalaman orang kerana itu juga ilmu untuk kita manfaatkan.

Ketika sambutan Qatar Independence Day

Belajar Bersyukur Menjadi Rakyat Malaysia

Sempena lagi berapa hari saja nak merdeka, suka Lisa kongsikan kepada anda tentang bersyukurlah kita menjadi rakyat Malaysia berbanding menjadi rakyat di negara lain. Antara perkara yang boleh Lisa kongsikan dengan anda adalah di Dubai, cuacanya adalah 6 bulan panas dan 6 bulan sejuk. Bila musim panas boleh cecah sehingga 49 darjah. Jika anda kurang minum air, anda boleh jatuh pengsan. Ketika musim panas, Lisa dan keluarga hanya mampu duduk dalam rumah sahaja atau pergi ke shoppping mall. Kami tak mampu nak keluar berjalan-jalan kerana cuaca terlampau panas. Kepanasan dan humidity di sini membuatkan anda sukar bernafas. Jika di Malaysia, bila-bila masa pun boleh keluar dan tidaklah sepanas di sini.

Selain itu, untuk pengetahuan anda di Dubai terdapat ramai pekerja yang terdiri daripada mereka yang berasal dari negara India dan Philipine. Di negara mereka peluang pekerjaan sangatlah terhad. Walaupun mereka mempunyai taraf pendidikan degree atau master tetapi di sini mereka bekerja sebagai buruh kasar. Mereka tinggalkan anak bini di negara asal mereka demi mencari sesuap nasi untuk diberi kepada anak dan isteri di sana.

Pernah beberapa kali, ada orang india, bangladesh dan philipines suka bermain dengan Fareeq dan mereka suka tengok Sarah. Bila Lisa dan suami sembang, mereka kata bila main dengan Fareeq dan sarah rasa terubat rindu mereka dengan anak-anak mereka yang sudah lebih setahun dua tahun tidak berjumpa. Hanya dapat video call sahaja. Mereka juga ada tunjuk gambar anak-anak mereka kepada kami.

Jika hari ini, anda buka mata dan melihat isteri atau suami mahupun anak-anak di depan mata anda, bersyukurlah. Itu rezeki yang terindah kerana ramai orang di luar sana tidak dapat rezeki tersebut.

Lisa rasa sangat bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana di Malaysia mempunyai suhu yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Kita mempunyai banyak kemudahan dan kelebihan di mana di negara lain tiada apa yang kita ada.

Belajar Hidup Ini Pinjaman Sahaja Bukannya Kekal

Semasa kami di Malaysia kami pernah pasang impian nak rumah besar, nak kereta besar, duit banyak dan sebagainya. Tetapi apabila kami mula berhijrah ke luar negara kami mula faham bahawa semua itu tak kekal. Cukup apa yang ada itu sudah memadai untuk bahagia.

Kami ada sebuah kereta di Malaysia dan kereta tersebut kami beri kepada ayah suami Lisa untuk beliau pakai ketika kami tiada di Malaysia. Dulu kami ingat kereta ini milik kami yang kekal. Tetapi sebenarnya Allah beri kami pinjam sekejap untuk merasainya. Kami melepaskan perkara yang kami sayang dan kami mula faham bahawa hidup ini dan apa pekara yang di sekeliling kita hanyalah pinjaman sahaja. Ia tidak kekal dan ia bukan milik kita selamanya.

Anak-anak Masih Kecil

3 tahun yang lepas, semasa kami buat keputusan untuk berhijrah ke Qatar, ketika anak kami yang sulung baru 2 tahun dan kami fikir anak masih kecil dan masa inilah untuk kami mudah travel ke sana sini. Tiada terikat dengan sesi persekolahan serta tiada yuran yang perlu dikeluarkan. Cumanya tahun ini, Fareeq sudah masuk 5 tahun dan dia pun dah mula bersekolah di sini. Ia sedikit sukar buat kami namun insyaALLAH kami akan pastikan pejarannya tidak terganggu jika kami kerap travel atau berhijrah lagi.

Ini adalah pertama kali Lisa dan Fareeq naik kapal terbang tanpa suami di sisi untuk berhijrah ke Qatar.

Sebenarnya banyak lagi Lisa nak share dengan anda tentang mengapa kami berhijrah ke luar negara tetapi memandangkan sakarang dah lewat malam, insyaALLAH Lisa share next time. Anyway, Lisa nak ucap thank you so much because stopping here. Any comment or any suggestion, drop here ok.

152 Shares




Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

152 Shares
Share152
Pin