Blog post

Pengalaman Travel Backpacker di Brussel

April 28, 2018
10 Shares

Seawal 7 pagi kami sudah keluar dari rumah host Airbnb di Rotterdam untuk kejarkan train ke Brussel. Untuk tiket dari Rotterdam ke Brussel, kami beli secara online dan sebulan lebih awal supaya harganya lebih murah berbanding harga tiket di kaunter. Tiba sahaja di kaunter train tiket, kami diminta untuk menunjukkan salinan email yang telah di print out. Malangnya, suami Lisa hanya print front page sahaja, rupanya kita kena print tiket yang ada bar code sekali, jadinya terpaksa bayar 5 euro untuk mereka tolong print.



Suasana pagi di Bandar Rotterdam

 

Kami menaiki lift ke tingkat atas dan selepas beberapa minit train pun tiba. Di belah eropah, public transport mereka sangat punctual. Jangan sesekali lambat dari masa yang telah ditetapkan. Jika lambat peluang untuk kena tinggal agak tinggi. Sebab itulah, kami akan siap sedia untuk ke station train dan bus sejam atau 2 jam sebelum, sebab kita tidak tahu kemungkinan apa yang akan berlaku se’masa perjalanan menuju ke sana. Ingat lagi pesan mak Lisa waktu Lisa sekolah rendah, mak kata biar ki ta tunggu orang jangan orang tunggu kita. Perkara ni berlaku bila kadang-kadang Lisa bangun lambat dan pak cik van dah tunggu depan rumah dan dia akan bunyi hon banyak kali. Heheh..

Baca: Pengalaman Travel Backpacker di Amsterdam

Perjalanan dari Rotterdam ke Brussel ambil masa 2 jam dan kami tiba di Brussel central pukul 10 lebih, kemudian kami terus contact host Airbnb untuk mendapatkan kebenaran beliau untuk kami meletakkan beg dan menekiruskan pengembaraan kami di bumi Belgium ini.

Semasa Lisa berjalan dari Brussel central menuju ke station tram, mata ini dijamu dengan bangunan bersejarah serta mereka ini sangat kaya dengan ukiran patung lelaki wanita separuh bogel di dinding-dinding bangunan. Haha..sorry terpaksa juga sebut pasal hal ni supaya anda tak terkejut macam Lisa. Ukiran tersebut sangat halus dan teliti. Pandai mereka buat ukiran tersebut.

Jam besar yang terletak tidak jauh dari brussel Central.

Antara bangunan lama di Brussel

 

Tempat pertama yang kami cari adalah tempat makanan halal.. perut dah berkeroncong, so memang kena isi perut dulu baru seronok nak sambung jalan-jalan. Husband Lisa google restoran Halal dan mr.google kata ada di station liedts iaitu restoran bbq chicken ala-ala KFC. Bila kami sampai, kami rasa sangat terkejut sebabnya ramai sangat orang muslim lalu lalang di sini. Kami menikmati makan tengahari dengan seleranya. Dan kami decide untuk pergi ke Menneken Pis dan mr.google kata kami perlu ambil train dari Gare Du Nord Bruxxel dahulu. Waktu kami ikut jalan yang mr.google berikan, tak sangka kami berjumpa muslim town sepanjang perjalanan tersebut. Jika anda yang datang ke Belgium dan mencari makanan halal yang banyak pilihan, anda boleh datang ke sini dan sepanjang jalan terdapat kedai-kedai yang menjual pakaian muslimah, halal groceries, restoran halal, keperluan ibadah seperti al-quran,telekung dan sejadah. Kebanykan peniaga terdiri daripada orang Turki dan orang Arab. Kami rasa sangat teruja bila berjumpa dengan ramai muslim di sini. Sebabnya, bila di tengah bandar Belgium, untuk berjumpa dengan muslim sangat susah dan kami cuba cari makanan halal pun tidak banyak pilihan di sana. Station Liedts ini terletak 11 minit sahaja dari Brussel Central.

Muslim street di Brussel

 

Kami terus menuju ke Menneken pis dan tak sabar nak menikmati waffle yang pelbagai jenis bakal dihidangkan.

inilah Menneken pis. Bak kata suami Lisa tengok budak kencing. Tapi yang paling kagum tu, tempat ini merupakan tempat tumpuan pelancong di dunia.

 

Sebelum sampai di Menneken Pis ini, terdapat lorong kiri dan kanan yang menjual souvenir brussel serta jualan coklat dan yang paling menyelerakan adalah waffle.

 

Mesti anda terliurkan tengok waffle yang pelbagai jenis topping ni. Waktu kami melangkah masuk di lorong ini, bau waffle memang menyengat hidung kami. Terus tak sabar nak makan.

 

 

 

Datang Brussel ni, wajib pekena waffle dan beli coklat Godiva. Di hadapan Menneken Pis ini terdapat kedai Godiva, so Lisa terus masuk beli coklat Godiva ni. Memang sedap. Actually, this is my first time rasa coklat ni. Harga di sini boleh dapat serendah 2 euro untuk sebiji coklat. Tapi ada juga yang dijual dalam peket dan pelbagai rasa. Jangan lupa try coklat caramel dia. Memang sedap baq hang.

 

Alhamdulillah dapat capai 3 jenis coklat ni. Tapi paling tak boleh bla bila ada chinese aunty and uncle ni borong banyak sangat coklat Godiva ni. Pastu siap keluarkan duit euro berkepuk-kepuk. Adeh kaya betul cina ni. Heheh..

 

Kami berjalan kaki menuju ke Grand Palace yang terletak tidak jauh dari Menneken Pis, hanya 7 minit berjalan kaki. Wah memang cantik ukiran bangunan di Grand Palace ini. Bila anda masuk di Grand Palace square ini, seperti anda berada di zaman abad ke14. Mereka masih mengekalkan ciri-ciri bangunan lama tersebut. Untuk sejarah Grand Palace ini, anda boleh baca di sini. Ia sangat menarik kerana sejarah ini melibatkan World War 1.

Kami lihat jam di tangan baru pukul 3 lebih dan kami meneruskan perjalanan ke Atominium di mana ia merupakan bangunan yang unik berbentuk atom. Dari station yang berdekatan Grand Palace ini menuju ke Atomium mengambil masa 45 minit, kerana ia terletak jauh sedikit dari bandar brussel. Kami menaiki train dan ada 1 transit.

Bila tiba di Atomium ni, kami sangat teruja melihat keunikan struktur bangunan ini. Kita dibenarkan masuk dengan bayaran tertentu dan boleh beli di sini. Setiap sfera tu mempunyai tempat tertentu iaitu jika sfera yang di atas sekali anda boleh meneropong seluruh bandar tersebut, ada sfera menempatkan exhibition hall dan lain-lain lagi.

atomium

 

Amboi, kemain teruja anak beranak ni melompat depan Atomium ni. Fareeq happy betul bila tengok benda-benda unik ni.

Hujan rintik-rintik mulai turun ketika kami on the way balik hotel.

 

Bila dah nak dekat maghrib, kami pun pulang kembali ke rumah Airbnb kami yang terletak di tengah bandar Brussel. Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan kami di bumi Belgium ini. Benarlah kata-kata kawan yang pergi ke belgium ini, sehari pun dah cukup untuk cover negara Belanda ni.

Bila anda berada di sini, anda akan kagum dengan certain word you can understand contohnya kantoor(Office) dan gratis(Percuma) . Rupanya Belanda ni lah, yang menjajah negara Indonesia maka beberapa words dari Belanda sudah diguna pakai oleh negara Indonesia.

Esoknya kami kena bangun awal pagi lagi sebab nak naik bus menuju ke bumi Kota Cinta iaitu Paris.

10 Shares




Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Share10
Pin
+1
10 Shares